FAMILY HISTORY

149 7 0
                                    

Author's POV

"What??? Forgive you!!??After all the things you have done you're expecting my forgiveness??!!Fuck off!!"

Jerkah Dorin kuat.Bergema bilik rawatan yang dihuni Seroja sejak 3 hari lepas.Seroja dan Andrian masih lagi memerhati Dorin dan Fumiko.Nampak Dorin seperti begitu membenci Fumiko.Mukanya terlalu tegang ketika ini.

"Dodo..I know I've made terrible mistakes.I swear I dont killed Rossalie.It was an accident!Im telling you this again.I'm not guilty!!!"

Dorin mencekak pinggangnya.Geli dia mendengar panggilan Fumiko itu tadi.Kalau zaman mereka bercinta dahulu panggilan nama itulah yang membuatkan Dorin sentiasa mahu segera pulang kerumah.Cinta yang dibina setelah mereka sah menjadi suami isteri.Cinta yang dibina hasil dari perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga.

Dominic menyunting Fumiko Kobayashi untuk anak sulungnya, Dorin bagi merapatkan hubungan persahabatannya dengan Yakuza dari Osaka Jepun.

Dorin hanya menerima jodoh yang diitetapkan.Lagi pula dia memang mengenali keluarga Yamashita Kobayashi.Anak sulung mereka, iaitu Akira Kobayashi merupakan rakan sekuliah Dorin ketika menuntut di Russia dahulu dan merupakan pakar otorhinolaringologi yang terkenal di benua Asia.

Hubungan rumahtangga mereka baik baik sahaja hingga satu hari Dorin menangkap sendiri kecurangan Fumiko.Paling menyebalkan Fumiko curang dengan kawan baiknya sendiri, iaitu Juevenos.Kata Fumiko, mereka telah lama bercinta sebelum berkahwin dengan Dorin lagi.Hubungan Juevenos dan Fumiko putus ditengah jalan kerana  wanita itu terpaksa menurut kata bapanya.Fumiko cuba menyintai Dorin tetapi dia gagal.Cintanya tidak sekuat dan sehebat pada Juevenos.

Hancur berkecai hati Dorin.Mengenangkan hubungan persahabatannya bersama Juevenos, Dorin melepaskan Fumiko.Namun begitu Dorin meletakkan syarat kepada Fumiko supaya tidak lagi muncul dihadapannya.

Semenjak dari itu Dorin tidak lagi percaya kepada cinta.Dia meninggalkan bidang perubatan dan meneruskan legasi keluarganya bersama Dylan iaitu bapa kepada Andrian di dalam bidang arkitektur sehingga kini.

Persepsinya berubah apabila bertemu Rosalie ketika melawat rakan perniagaannya di Singapura.Hati yang dulu keras untuk menerima salam perkenalan dari insan bernama wanita rapuh sekelip mata apabila bertemu Rosalie.

Tidak menunggu masa yang lama Dorin terus mengikat Rosalie dengan ikatan perkahwinan.Dorin bimbang Rosalie terlepas ke tangan lelaki lain lantaran wanita itu bekerja sebagai pramugari.Dirinya bebas kesana kemari.

Perkahwinan mereka bahagia yang teramat.Mereka pasangan yang saling melengkapi.Walaupun tidak dikurniakan anak, mereka sangat gembira dan harmoni.Perkahwinan tersebut hanya bertahan hingga 10 tahun dan Rosalie terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya sendiri.Semuanya akibat kecuaian pemandu lain.

Kereta yang dipandu Rosalie jatuh ke dalam laut sempadan Constanta dan Bucharest.Selepas melalui autopsi yang diketuai oleh Dorin sendiri baharulah Dorin mengetahui Rosalie sedang hamil.Ada janin kecil berada di perutnya.

Dorin mengarahkan siasatan dilakukan dan hasilnya sangat memeranjatkan.Fumiko yang merempuh kereta Rosalie hingga wanita itu gagal mengawal stereng ketika menuruni cenuram berbukit di tepi laut lalu terjunam.Hasil siasatan juga mengatakan Fumiko berada di dalam keadaan yang tidak stabil akibat alahan kandungan keduanya.

Akibat kejadian tersebut, Fumiko mengalami depressi hingga keguguran dan wanita itu tidak lagi boleh hamil semula.

Dorin mahu mengheret Fumiko ke muka pengadilan tetapi ditegah oleh Juevenos.Demi persahabatan yang lama, Dorin kembali memaafkan kesalahan Fumiko walaupun hatinya remuk.Kata kata Rosalie sentiasa terngiang ditelinganya supaya memaafkan orang yang berbuat jahat kepada dirinya.

FORCED TO BE HISWhere stories live. Discover now