BAB 2

613 102 5
                                    




SUASANA bingit di kelab malam bagai menerbangkan masalah yang melanda dirinya hari ini. Electronic dance music yang bergema memenuhi ruang kelab itu membuatkan kepala turut digerak-gerak mengikut rentak muzik yang rancak.

Cola di tangan diteguk rakus untuk menghilangkan rasa dahaga di tekak. Tidak cukup satu gelas, ditambah lagi dengan gelas lain. Begitulah Airish menghabiskan malam-malamnya untuk melegakan diri dari kesunyian hidup. Melihat gelagat manusia yang sakan menari mampu menghiburkan hatinya yang tengah gundah-gulana.

"Hai..." Tegur seorang lelaki asing yang tiba-tiba duduk di sebelah.

Airish menoleh kejap, dia tidak berminat untuk bertegur sapa dengan lelaki. Baginya, lelaki-lelaki yang hadir ke kelab malam ini majoriti kaki perempuan. Pantang nampak perempuan seorang diri, mulalah datang menggatal.

"Sorang aje ke?" Tanya lelaki itu. Matanya tidak lepas memandang wajah cantik Airish dari sisi. Walaupun, rambut ikal Airish sedikit menutup wajah itu, namun simbahan lampu RGB dari kelab malam berjaya menyerlahkan kecantikan gadis itu.

Airish bingkas berdiri dari kerusi bar. Dia ingin beredar dari kelab malam itu. Cukuplah tiga jam dia menghabiskan masa di sini malam ini.

"Nak balik dah ke? Awal lagi, baru pukul 11 malam ni." Ujar lelaki tadi seraya memaut lengan Airish yang terdedah. Senyuman di bibir sengaja dileretkan.

"Lepaslah..." Airish menarik lengannya kerana tidak selesa diperlakukan begitu. 

Namun, belum sempat lelaki itu melepaskan lengannya, satu suara nyaring menempik ke arah mereka.

"Hoi, Airish!" Seorang wanita yang berambut panjang mencerlung memandang Airish.

Langkah laju di atur mendekati Airish. Gelas kaca yang berisi minuman keras di tangan terus disimbah ke wajah Airish.

"Kau ni memang perempuan tak tahu malu ke? Boyfriend aku pun kau nak rampas?" Rita, kakak tiri Airish terus menghamburkan tuduhan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Oh, ni boyfriend kau ke?" Sarkastik Airish bertanya sambil telapak tangannya mengelap wajah yang basah. "Okey apa kalau aku rampas boyfriend kau? Kau pun dah rampas baba aku dari aku."

"Kau cakap elok sikit! Baba kau memang sayangkan aku. Dan, kasih sayang dia pada aku melebihi kasih sayang dia kepada kau. Kesian... patutlah perangai kau ni macam jalang. Rupanya tak cukup kasih sayang. Opsss!"

Pedih kata-kata Rita menikam sanubari. Hinaan demi hinaan dilemparkan dari keluarga tirinya kepada dia.

"Sejalang-jalang perangai aku, aku tak pernah menganiayai orang. Bukan macam kau dan ibu kau, menumpang kasih sayang dari suami orang. Opsss..." Balas Airish kembali.

Terpempan Rita disindir begitu oleh Airish. Mahu sahaja tangannya naik menampar pipi Airish tetapi bahunya ditarik oleh teman lelakinya.

"Ish you ni, tak payahlah buat kecoh dekat sini. Malulah orang pandang."

"What? Malu? I yang patut malu tau, perempuan ni sengaja cari pasal dengan I."

Airish yang malas mahu memanjangkan pergaduhan terus membawa diri untuk keluar dari kelab malam itu. Tiada sebab untuk dia berlama-lama di situ, buat tambah sakit hati lagi adalah.

Bajunya yang basah akibat terkena simbahan alkohol dari Rita tadi dikibas-kibas. Mahu sahaja dia memuntahkan isi perutnya kerana tidak tahan dengan bau menyengat itu, tapi cuba ditahan supaya dia tidak muntah di hadapan orang.

Puas ditahan, cecair muntah tetap keluar dari rongga tekaknya.

'Bluekkkk...'

Airish menekan-nekan perutnya untuk mengeluarkan sisa muntah yang memualkan dirinya. Hujung bibir kemudian di lap untuk membersihkan kotoran dari kesan muntah.

CYPHERWhere stories live. Discover now