BAB 5

727 116 13
                                    

"CEPATLAH..."

Gesa Airish apabila melihat Qarizh hanya berdiri kaku. Helmet di tangan dihulurkan kepada Qarizh.

"Kenapa ATV?" Tanya Qarizh kehairanan.

"Dah ni je kenderaan yang ada. Atau awak nak guna sportcar awak tu redah batu bata nanti?" Perli Airish. "Cepatlah naik, jangan banyak tanya pula. Lambat nanti awak kena bayar extra charge."

Qarizh menyambut helmet dari tangan Airish. Dia mengalah juga apabila melihat renungan tajam Airish bak helang yang hendak menyambar mangsa. Garang betul.

Lambat-lambat, Qarizh menaiki ATV tersebut. Dia sengaja mencipta jarak agar kedudukan mereka tidak terlalu rapat.

"Awak boleh bawa ATV ni ke?" Qarizh was-was.

"Mestilah boleh! Apa awak ingat saya ni tak power ke?" Airish mendabik dada. Setakat ATV, celah jari dia ajelah. Dulu kecil-kecil, dia selalu membawa ATV untuk bersiar-siar.

"Sure? Awak ada lesen ke?" Qarizh masih kurang percaya.

"Lesen?" Airish hampir tergelak. "Apa awak ni, nak bawa dekat sini mana perlukan lesen pun. Saya dah well-trained lah, awak cakap aje awak nak saya bawa ke mana. Ke syurga pun boleh."

Qarizh hanya diam mendengar tawa Airish yang sedang mempersendakan dirinya. Boleh percaya ke?

"Dah, jom kita gerak sekarang. Ready, set, go!" Airish mula menekan pedal untuk bergerak.

ATV mula meluncur dengan lajunya sehingga Qarizh hampir tercampak ke depan. Nasib sempat dia menahan diri, kalau tidak, free-free dia terpeluk anak dara orang.

"Wah..." Airish teruja dapat mengelilingi kawasan resort. Tangannya juga naik melambai ke arah pelanggan resort yang berada di sekitar itu. Seronok betul dapat bertegur sapa dengan orang.

Qarizh cepat-cepat mengawal handlebars. Risau jika ATV mereka terpesong terjun longkang nanti. Tak ke sia-sia percutiannya?

Airish memberhentikan ATV di hadapan tasik buatan dengan keluasan 650 hektar. Dia memberikan isyarat kepada Qarizh untuk turun dahulu sambil jari-jemarinya cuba membuka tali helmet.

"Ish..." Airish berdepan kesukaran untuk membuka helmet apabila buckle tersebut sedikit ketat.

Qarizh yang sudah berjalan beberapa langkah ke depan menoleh ke belakang. Dia yang jatuh simpati melihat Airish merungut seraya mendekati gadis itu.

"Let me help you." Tanpa banyak soal, dia membantu Airish untuk membuka buckle.

Airish terkedu. Tidak sampai beberapa saat, helmet ditarik dari kepalanya. Airish cepat-cepat membetulkan rambutnya yang kusut untuk mengawal riak wajahnya yang malu dengan layanan baik dari Qarizh.

"Kita nak buat apa dekat sini?" Qarizh bertanya sambil melihat sekeliling yang jauh dari tempat penginapannya.

"Nak jalan-jalanlah. Ni tempat pertama yang saya bawa awak. Tasik cinta." Beritahu Airish.

"Tasik cinta?" Soal Qarizh kembali.

"Yup, kalau awak nak tahu, tasik ni famous di kalangan pelanggan atau pelancong luar dari resort ni tau. Sebab, sesiapa yang datang sini pasti akan merasai cinta." Airish mula bercerita. "Ada yang jatuh cinta di sini, bercinta di sini dan meraikan cinta mereka di sini. Menarik lagi, tasik ni juga selalu dijadikan tempat photoshoot untuk majlis perkahwinan atau anniversary. Sebab itulah tasik ni dinamakan tasik cinta."

Khusyuk Qarizh mendengar penerangan Airish.

"Awak yakin ke tasik ni boleh buat orang jatuh cinta?" Qarizh tertarik untuk bersoal jawab.

CYPHERWhere stories live. Discover now