Terawikh Ekspres

147 7 7
                                    

Assalammualaikum  semuaa

Sedar tak sedar, kita dah masuk ke fasa 10 terakhir ramadhan. tinggal kurang dari 10 hari je lagi sebelum raya.

So, untuk terawikh, korang buat tak? Selalu buat? selalu miss? ke tak buat langsung?

Ehem kat sini saya sj la nak pesan dan ajak semua, jgn tinggal  terawikh walau sehari pun. Tak semestinya berjemaah, buat sorang2 pun boleh..

Terawikh ni special, besar ganjaran, cuma setahun sekali, so jangan tinggal. Walau sibuk mana pun, penat macamana sekali pun, kena buat jugak. Takyah jemaah kat surau, solat je sorang2 kat rumah..

Actually terawikh boleh siap 10 min je bila buat sendiri.
Ya hanya 10 minit!
percaya tak?
cuma buat rukun sahaja.

Tak igt apa rukun solat, boleh, google.
So bacaan yg wajib bc hanyalah fatihah, tahiyat awal(tak perlu pun baca selawat ibrahimiyah, ckup sekadar selawat biasa).

Takyah bc doa iftitah. Just baca fatihah. Xyah baca surah2 bagai. rukuk pun xperlu baca tasbih. Sebab, Rukun solat kan cuma ada 13 je. Dari takbir, sampai salam. 

2 rakaat tu, 2 minit setengah dah boleh setel. In between rakaat tu tak wajib pun selawat. Nak selawat boleh, simple je, selawat biasa.

Allahumma sollli ala muhammad, wa'ala alihi muhammad.

10 saat pun tak sampai. Terus bangun rakaat seterusnya. So total 2 raakaat tu dari angkat takbir sampai salam cuma 2 minti setengah

Jangan sekali kali tinggal solat terawikh.

So, percaya tak cuma perlukan 10 minit utk siap 8 rakaat?

Solat terawikh ni sgt istimewa. Tak perlu saya nak huraikan fadhilat & kelebihan terawikh ni. Boleh google & dgr bnyk ceramah kt YT.

Solat terawikh ni  memang kena buat. Ibadah khusus yang sangat istimewa. Tolong jgn miss walau sehari.

Nak buat terawikh ni sgt mudah. Kejap jer... Sbb tu takleh miss. Teramatlah rugi kalau miss.
Tak sempat macamana pun, letih macamana pun, sakit sekali pun, kena buat. 10 minit je pun..

Bukan nak merendah atau mengambil mudah bab solat terawikh.
Bukan juga nak ajak org jadi malas.
Cuma kat luar sana ada yg masih xsolat terawikh sbb pelabgai alasan mcm malas, penat, xlarat, xde masa.. So utk encourage golongan trsbt.

Of course, bg yg boleh buat dgn sempurna, boleh je buat sempurna. Takde masalah.

Dan kalau tak larat berdiri sekali pun, boleh duduk, Tak ada masalah. Solat masih sah. sbb solat sunat je, bukan solat fardhu. Yang penting buat, jgn tinggal.

Kalau penat  nak buat direct, boleh buat 2 rakaat, lepastu berhenti. Nama pun terawikh ni berehat. Afdahlnya, lepas 4 rakaat lah berhenti rehat kejap. Baring ke, g minum air, tgk fon, g mkn snek kejap, buat apa2 lah. Takde masalah. No problem

Tu yg boleh setel 8 rakaat dlm masa 10 minit tu kalau directlah.. kalau berhenti henti, ikut lah lama mana or banyak mana rehat... Of course lah, lagi baik buat betul2 bagi lengkap.

Ni cuma nak kasitahu, kena buat jugak2, so buat lah asas saja, asalkan buat, jangan sekali kali tinggal. rugi.. Banyak fadhilatnya.. Benda setahun sekali je kot...
Kena buat jugak2, jangan sekali kali tinggal. Takde masa, letih macam mana pun kene buat. sbb tu buat yg asa saja 10 minit je pun.. huhu.. Ilmu ni aku dpt dari pembacaan dan perkongsian orang..

Saya ni pun takde la baik mana, kalau baik, takdeny ada kat WP ni tulis cerita2 mcmni.. tapi, sbg org islam, tahu jugalah pasal agama dan ibadat ni. Eventually, sy sendiri pun pasti akan bertaubat juga, sebab hidup bertuhan tahu dosa pahala balasan neraka syurga hari akhirat kelak..

Selamat beramal.

Celoteh DinoWhere stories live. Discover now