Nak Raya dah

145 4 5
                                    


Hai semua
Macamana puasa kali ni? Sihat? Ada terbabas tak?
Hehe.. Dugaan sikit la tahu ni musim panas yang agak extreme jugak..

So, next week dah raya..
Malas betul nak keje minggu ni. Takde mood. Tapi kene keje sampai isnin. Full day lak tu.. Selasa baru cuti. Kalau nak cuti isnin, kena apply cuti sendiri. dah la cuti pun minimum 8 hari je setahun.

Korang camne? Cuti bila? Berapa lama? Skrg tgh busy ke?
Dah dalam mood raya ke?
Hehe

Preparation pula macamana? Ada shopping baju raya tak? Ada buat kuih? Daging/ ayam dah beli? utk kuih dan ayam/daging tu, Mesti belum lagi kan?

Raya ni Balik kampung? Pernah tak korang tak beraya kat kampung, kat rumah sendiri je?

Korang excited ke nak raya ni? Or biasa2 je?
Sebab for some, dah hilang seri dan enthusiasm utk raya ni, for various reasons..
For me, rasa excited tu tah tak ada, bukan mcm time kecik2 dulu... Takde rase teruja nak balik kmpg jumpa tok nenek pakcik2, sepupu2. Makin besar, everybody grew up and drifts apart..

Personally for me, raya means so little.....
Baguslah kalau korang masih lagi ada semangat nak raya tu..

Do share with us, your opinions, your experriences on comments below....

Celoteh DinoWhere stories live. Discover now