🧨Bab 12🧨

31 2 0
                                    

[[ Aidil-Fitri 2008 ]]

"PLEASE, Dil?"

"Not again, Wardah." Bantal kecil atas sofa ditarik rapat ke dada, menongkat dagu. Mata terarah pada skrin tv depan dia. Memang nampak macam dia fokus tengok tv tapi sebenarnya dia sendiri tak tahu cerita apa yang  tengah ditayang sekarang. Tak sempat nak ambil tahu sebab sejak Wardah kupas topik pasal yang satu itu, dia jadi tak boleh nak tenang.

Dua hari lepas, dia dapat panggilan telefon dari sepupunya itu. Beriya-iya Wardah pujuk dia supaya balik KL hari ni. Kata dia nak ajak berbuka puasa sekali. Tambah Wardah lagi, dia amat rindukan Aidil. Dah lama tak jumpa. Sejak masing-masing dah sambung belajar, mereka belum pernah sempat nak jumpa kau-aku. Aidil pun dah lama tak datang lepak rumah Wardah. Dan Wardah pun memang tak ada masa nak pergi rumah Aidil. Yelah, masing-masing kan sibuk dengan rutin hidup seorang pelajar universiti.

"Selagi kes ni tak settle aku takkan diam." Nada tak tinggi mana pun. Tapi aura tegas jelas dikesan pada lenggok suara Wardah.

"Good, then. Mulut kau. Bisinglah selagi kau mampu. Aku tak kesah." Kata Aidil, kekal pamerkan riak tenang. Padahal Wardah tak tahu... Si Aidil tu muka aje nampak tenang tapi dalam hati dan otak berselirat-selirat.

Sejak kes malam raya dulu, tiap kali nama Fitri menjengah dipendengaran setiap kali itulah perasaan yang sama dia rasakan. Tak tenang dan serabut!

Wardah yang berdiri dibelakang sofa yang Aidil duduk terus tarik muka tak puas hati. "Eiiii... Kau ni kan..." Wardah ketap gigi sambil genggam kedua-dua tangan. "Kalau ikutkan hati nak aje aku ketuk kepala kau dengan hammer. Biar bengong setahun. Puas hati aku! Dah buat orang tu kecik hati, lepastu tak tahu nak mintak maaf pulak!" Bertubi-tubi tembakan yang dilepas buat Aidil. "Hah! Tu nak pergi mana pulak?"

Aidil yang tiba-tiba berdiri buatkan dahi Wardah berkerut. "Nak tidur jap. Asar nanti kejutkan aku. Lepas solat ikut aku ke bazaar. Teringin nak makan roti john."

Mata Wardah membulat. "Aku belum habis cakap lagi, Dil!"

"Kalau nak tunggu kau habis cakap sampai ke tua aku kena berdiri dekat sini."

Berdesing betul telinga Wardah dengan ayat yang kononnya loyar buruk itu. Bila Aidil mula mahu menapak masuk ke dalam bilik tetamu, Wardah cepat-cepat menyambung. "Kau tak rasa bersalah langsung ke dekat Fitri?"

Soalan itu buatkan langkah dia mati. "Untuk yang mana satu?" Tak menoleh pun ke belakang, dia bertanya balik. "Untuk part yang dia suka aku atau part yang dia jauhkan diri dari aku ataupun part yang dia dah buang aku jauh-jauh dari hidup dia?"

Wardah mati ayat. Soalan Aidil itu buatkan dia tak tahu nak jawab apa. Sudahnya, dia hanya membalas dengan menyebut nama sepupunya itu. "Aidil..."

"Aku letih, Wardah. Aku puasa. Tak larat nak cakap banyak-banyak. Kering tekak. Kau takpelah tak puasa. Nak bercakap sampai tahun depan tanpa henti pun takpe."

Terjahan Aidil pasal dia tak puasa itu buatkan Wardah spontan tersedu barang dua kali. "K-kau... A-aku puasa! Aku puasalah! Suka hati kau je nak fitnah." Tergagap-gagap Wardah membela diri.

Aidil sengih mengusik. "Habis tu mana datangnya bau megi kari masa aku masuk rumah tadi tu?"

Wardah telan liur. Payah. "Err... Tu bau... Bukan! Bau tu... Erm... Aaa..."

"Kau ABC kan? Aku tahu. Takkanlah kau saja-saja tak puasa. Ala, Wardah... Kau nak malu apa? Bukannya kau tak biasa kantoi dengan aku time tak puasa. Relaks ah." Aidil tak hilang senyum lagi. Seronok pulak dia mengusik si sepupu. "Pergi makan sana la. Kembang megi tu nanti tak sedap." Sempat pulak dia nasihatkan Wardah sebelum menghilangkan diri di dalam bilik.

Wardah yang ditinggalkan dalam keadaan yang masih tergamam, menggigit bibir. "Kenapa bau megi kari hari ni kuat sangat?"

***

[COMPLETED] Cerita Cinta Aidil & FitriWhere stories live. Discover now