Bab 16

3 1 0
                                    

Bunga dan Puan Siti yang duduk dikerusi itu sambil diikat, mereka lemah tidak mampu untuk bergerak.

Walaupun dia sudah melihat kakaknya menderita dihadapannya, dia masih tidak berpuas hati. Dahlia...

Ya Dahlia, hanya Dahlia dia tidak dapat untuk menangkap. Dahlia anak kedua kepada Puan Siti itu sangat licik, Tiara mengira Dahlia sudah pun tumpas. Namun sangkaannya meleset.

Tiara mundar-mandir dihadapan Bunga, hatinya resah. Takut rancangannya itu hancur hanya gara-gara Dahlia yang masih bebas di luar sana, dia tiada pilihan dia harus mendapatkan Dahlia.

Bunga yang melihat ibu sedaranya yang keresahan itu langsung tersenyum sinis, dia tahu apa yang menjadi kerisauan oleh Tiara. Dia lah yang membebaskan Dahlia, kalau tidak dia dan Dahlia sekali duduk dekat tempat ni.

"Arrrhhhhhh, bodoh lah apa yang aku nak buat ni?" Kata Tiara buntu. 

Tiara menggigit kukunya, matanya kemerahan, tubuhnya basah bermandikan peluh. dari tadi dia tidak tenang, dia berharap sangat agar Dahlia segera tumpas. Biarlah dia masuk penjara sekali pun, janji dendamnya terbalas.

Puan Siti mengangkat wajahnya, dia melihat adiknya itu yang keresahan. Lantas doa membuka mulut untuk mulakan bicara, "apa yang kau tak puas hati sangat dekat aku ni Ti?" Mendengar kakaknya itu menanyakan soalan, Tiara langsung berhenti lantas mengangkat sebelah keningnya. "Kenapa kau tak puas hati sangat dengan aku? Apa yang aku buat sampai kau sanggup buat aku macam ni? Jawab Ti, aku dah tak tahan, lepas emak meninggal hidup aku jadi tak tenang, Ti. Tolong lah bagi aku ruang untuk bahagia bersama anak-anak aku.

kau pun boleh ikut kami Ti, tak perlu kau buat macam ni..." Panjang Puan Siti berbicara, dia perlukan jawapan mesti ada sebab Tiara buat begini padanya kan?

Langsung Tiara duduk bersila dihadapan kakaknya, Puan Siti sekadar melihat. "Kau nak tahu ke kenapa?" Tanya Tiara, Puan Siti mengangguk lemah. "Betul ni? Okey meh lah aku cerita..."

Puan Siti sedia mendengar, "Aku jadi macam ni sebab kau kak, sebab kau, emak selalu lebihkan kau. Sedangkan aku, langsung tak diendahkannya. Aku nak juga disayang, dimanjakan, tapi semua tu berbalik pada kau. Aku langsung tak dapat apa-apa, asyik kau, kau, kau je mak lebihkan. Habis tu aku? Aku ni bukan anak dia ke sampai dia buat macam ni dekat aku?" Panjang lebar Tiara meluahkan semua yang terbuku dihatinya.

Sesekali dia mengesat air matanya, sakit hatinya itu apabila mengenangkan perbuatan emak erhadap dirinya, dulu Tiara bagaikan bukan anak kandung malah dianggap seperti anak tiri sahaja. Dia pun mahu dibelai seperti kakaknya sewaktu kecil dulu.

Salah kah dia untuk managih rasa kasih sayang, dia kehausan kasih sayang, dia perlukan kasih sayang. 

Puan Siti terkilan, memang betul, dari kecil hingga dia sudah mempunyai anak hanya dirinya sahaja yang dibelai oleh emaknya. Selalu dimanjakan, hanya Tiara yang selalu mengalah dengannya. Namun semua itu dia tidak sedar, masa berjalan begitu pantas, kalau boleh memutarkan balik waktu dia mahu tebus kesalahannya pada Tiara.

Kakak mana sahaja tidak sayangkan adik kan?




Dahliadari tadi dia mundar-mandir, pening Absyar dibuatnya.

"Serius lah?" Tanya Absyar seakan tidak percaya. Dahlia mengangguk tanda mengiyakan. Absyar mengusutkan kepalanya, serabut.

Dahlia menggigit kuku, apa yang dia harus buat? Balik kampung? Ta, tak, kalau dia balik kampung mesti dia akan diapa-apakan oleh ibu saudaranya itu, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali lagi!

"okey, okey now kau jangan panik sangat tenang and chill je. Insya-Allah kakak dan ibu kau selamat." Itu hanya kata penenang, walaupun tutur kata Absyar begitu tenang tapi tidak dengan hatinya.Dalam hatinya dia tidak berhenti berdoa agar Bunga selamat dan tidak diapa-apakan oleh Tiara.

"kampung kau dekat mana?" Soal Absyar.

"Kampung Separa..."



"Abang, betul ke kita nak balik rumah Lia ni?" Soal Bunga ragu-ragu. Absyar hanya mengangguk, ya dia buat keputusan untuk terus balik ke kampung halaman milik Bunga.

Dahlia membulatkan matanya, timbul rasa tidak senang hati. Dia merasa kedelamatannya terancam, tapi dia tidak tahu mengapa dia merasa begitu, moga-moga Allah sentiasa melindungi mereka aamiin...

"Aku bawa ustaz, so kau jangan risau," ujar Absyar seraya tersenyum manis ke arah Dahlia. Tenang hati Dahlia saat Absyar berkata begitu, kalau tidak sampai je dekat kampung comfirm dia tidak mahu keluar, biar je lah Absyar yang urus hehe.

Dahlia mengangguk-angguk kepalanya, kereta Honda Civic milik Absyar meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan rumah Absyar.

Tenang dia membawa keretanya itu, tapi tidak dengan hatinya.




"Kita jumpa ustaz dulu, nanti baru kita teruskan perjalanan." Terpisat-pisat Dahlia bangun, dia hanya mengangguk apa yang dikatakan oleh Absyar. " Kau duduk je dalam kereta ni, biar aku je yang handle okey?" Dahlia mengangguk kecil lagi.

Saat Absyar keluar dari kereta itu, mata Dahlia terus merasa segar. Padahal tadi nak bukak sikit pun susah, Absyar ni dia ada ubat tidur ke?

Dia melihat ke luar tingkap, dia kaget saat melihat rumah agam yang besar itu. Cantik, mewah dan bergaya, itu ayat pertama yang dikatakan Dahlia dalam hati. Matanya tidak lekang memandang rumah agam itu, baginya rumah itu benar-benar cantik dan mengikut tema setiap sudut dirumah itu.

Saat mata bulat itu melilau melihat setiap inci rumah agam tersebut, mata Dahlia tertancap pada tubuh seseorang. Dia melihat Absyar dan seorang lelaki yang berjubah putih berkopiah, mungkin itu ustaz yang dikatakan oleh Absyar.

Eh tapi kejap, Dahlia merenung lagi ustaz itu. Saat melihat mukanya, Dahlia kaget, Ustaz Lokman?


Hanya KhayalanOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz