𝟎𝟒. 📄 --- ꪆ 𝐂𝐇𝐀𝐏-𝟎𝟑 : 𝐃𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦? ୧

41 6 25
                                    

Previous Chapter
Chap : 02- Permission

"Taufan", suara Aquamarine memecah kesunyian.

"Kalau nak ajak gaduh, aku taknak. Kita settle kat luar", jawab Taufan, empat sesiku ‘L’ muncul diatas kepala Aquamarine, tanda bengang.

"TAK HINGIN!"

"Fine, fine... Ha, kenapa?", soal Taufan seraya menghirup Latte Caramel miliknya.

"Hali tu..."

"Adik beradik kau, kan?"

Tersembur air dibuatnya.

Chapter 3
Dendam

If possible, I don't want to sacrifice other people's happiness, just for my satisfaction 

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"HARGH! TSUNAMI!!", pekik Ice yang terbangun dek kerana terkena impak dari semburan Taufan.

"Tsunami palamu kupentil. Itulah kau, tidur saja reti", pintas Ametrine lantas menyisip air mocha miliknya.

"Apa, apa? Dah itu memang hobi aku!", rungut Ice, kain basah yang dihulur Aquamarine disambut lantas dia mengelap mukanya yang penuh dengan Latte Caramel milik Taufan.

"Ugh... Melekit...", rungut Ice seraya mengelap lehernya.

"Pergi salin baju sana", arah Aquamarine seraya berjalan kearah Ametrine. Tempat duduk yang kosong ditempati Aquamarine, lantas wajah Taufan yang dari tadi menyepi dipandang.

Ice yang mendengar arahan Aquamarine hanya mengangguk sebelum berjalan ke pejabat milik bapanya. Nasib baiklah dia dan Blaze selalu bawa baju lebihan di kafe milik bapanya itu.

Itupun dipesan si Gempa, bukan apa. Diorang tu kadang malas balik rumah, jadi disuruh Gempa untuk bekalkan baju tambahan, jadi taklah mereka susah nak menyalin baju daripada kehulu kehilir dari kafe ke rumah.

"Lama termenung?", soal Ametrine, iris ungunya mencerlung tajam kearah Taufan.

"Ekhem... Apa benda kauorang berdua merepek, ni? Dia, dia lah. Aku, aku lah.", ucap Taufan, masih cuba menyembunyikan fakta.

"Tak payah nak berseloroh lebih, Fan. Kami tahu semuanya", kata-kata dari Ametrine membuat Taufan tersentak.

"Pada mulanya, aku tak yakin dengan identiti kauorang. Tapi, lately ni aku always nampak Hali keluar dari kawasan perkuburan. Buatkan aku dan Ame curious", jawab Aquamarine pula.

"Per...kuburan...? Dah kenapa kau lalu kawasan situ, pula?", soal Taufan bernada pelik.

"Nak cari rumah kedua kau, mana tahu ada tempat kosong lagi untuk abu mayat kau lepasni"

Terdiam seketika saat Ametrine melontarkan kata-kata pedas buatnya.

Jelingan tidak puas hati diberi Taufan, namun sedikitpun tidak Ametrine pedulikan. Dia hanya meneruskan hirupan Latte Caramel miliknya sahaja.

𝐁𝐄𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐎𝐋 • 𝑩𝑩𝑩'𝒔 𝑭𝑨𝑵𝑭𝑰𝑪Donde viven las historias. Descúbrelo ahora