Doaku Untukmu Sayang

6 2 2
                                    

NOOROO'S VOTE
______________________
" Bukan setakat vote, promote sekalilah! "

NOOROO'S VOTE______________________" Bukan setakat vote, promote sekalilah! "

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Quote
"Biarlah langit yang memutuskannya."

━━━━━━━━━━━━━━━
SEBUAH KARYA
mrssakeena

KATEGORI
sad romance
━━━━━━━━━━━━━━━

└──────S I N O P S I S──────┘

━ ~Your happiness is my happiness, Bunga.~

Cinta,

Naz Hans percayakan cinta. Namun dia tahu, mencintai juga tidak semestinya harus memiliki. Bagi dia, biarlah dia memendam rasa kasih, sayang, cinta terhadap gadis yang dicintai daripada gadis itu terus-menerus sakit kerananya. Dia tidak layak untuk mencapai kebahagiaan bersama Qaireen kerana Hans tahu, satu hari nanti dia terpaksa meninggalkan gadis itu bersama insan yang lebih menyayanginya nanti.

"Aku sayangkan kau dunia akhirat, Bunga." - NAZ HANS.

"Sayang? Ini yang kau panggil sayang? I'm hurt so much, Hans." - PUTERI QAIREEN NISRINA.

Puteri Qaireen Nisrina mencintai Hans, namun tidak berani ingin meluahkan kerana dia tahu, lelaki itu tidak menganggap dia lebih daripada seorang kawan baik sejak dari kecil lagi. Mana mungkin Hans mencintai dirinya seperti mana dia mencintai lelaki itu.

Pertemuan dia bersama Tengku Qarizh Arsyad menimbulkan perasaan tidak enak dalam hatinya.

"YAHH! Buta ke apa? Habis kotor baju akulah, gila!" - PUTERI QAIREEN NISRINA

"Oops, sorry mak cik. Tapi aku rasa ini bukan salah aku, kan? Dah kau tu yang buta tak nampak!" - TENGKU QARIZH ARSYAD

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya menjerat perasaan di hati masing-masing. Qaireen buntu. Siapakah yang layak bersamanya?

"Tuhan, aku sayangkan dia. Tapi jika inilah takdir aku dan dia, aku redha. Biarlah dia bahagia bersama orang yang selayaknya dengan dia." - NAZ HANS

"Aku cintakan dia. Tetapi dalam masa yang sama, hati dan perasaan aku mulai berubah dengan mencintai orang yang mencintai aku. Adakah aku patut berhenti mencintai orang yang tak mencintai aku?" - QAIREEN NISRINA

"Kalau itulah yang engkau pilih, kebahagiaan yang kau cari, aku sanggup berundur demi kebahagiaan orang yang aku cintai." QARIZH ARSYAD

Apa masalah besar yang perlu Hans perlu hadapi? Siapakah pilihan terbaik buat Qaireen?

Biarlah langit yang memutuskan~

└──────P R O M O T E──────┘

━ Sempena esok-esok mau raya ni, nah saya vote semua bab dalam buku ni~ Tak ada duit raya jadi terimalah cover ni sebagai ganti

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

━ Sempena esok-esok mau raya ni, nah saya vote semua bab dalam buku ni~ Tak ada duit raya jadi terimalah cover ni sebagai ganti.

└──────J A M I N A N──────┘

━ Pernah dengar trope tiga segi yang selalu diguna pakai dalam komik dan juga drama Melayu? Selalunya aku akan elakkan baca dan jadi haters nombor satu cerita tiga segi sebab dia buatkan aku stress tengok watak utama nak pilih mana satu. Atau aku stress sebab teringatkan aku pada trigonometri.

Eh? Tapi cerita 'Doaku Untukmu Sayang' guna juga trope ini? Haaaaa tapi cara author guna ni bukan kaleng-kaleng gayanya.

━ Buka sahaja bab pertama, terus rasa macam satu trend ayat yang digunakan netizen - she just like me for real for real! Gaya monolog Qaireen yang santai buatkan aku goyang kaki sambil makan iftar sahaja melayan. Tak ada stress stress sampailah bapak dia yang berjudi minta duit. Dasar.

━ Watak lelaki pula, seorang tsundere... sorang lagi pula nampak macam playboy. Tapi aura kesembilan belas daripada Qarizh lain macamlah. Terangguk-angguk aku masa Qaireen puji Qarizh. Sampai aku cam.. ni mesti ship endgame ni. Nama pun nak dekat sama.

    Mula-mula perangai macam nak minta kena lopak air tapi sekarang rasa macam nak sua air milo yang manis sahaja untuk jadi juadah raya nanti.

━ Cuma, terdapat masalah besar yang timbul dalam Prolog yang memecahkan hubungan yang dibina Qaireen. Salah Hans ke? Salah Qarizh? Ke salah lelaki sebab laki semua sama? *terbalikkan meja*

━ Apa-apa pun, jemputlah baca dan mulakan perang ship korang dalam ni. Jangan stresskan penulisnya sudahlah. Aku tak bertanggungjawab!






Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Apr 09 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Nooroo's Vote ( IN PROCESS ) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora