I - O12

17 6 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ KALAU MACAM itu..."

Aminah mengukir sengihan kecil. Jarinya digunakan buat memintal hujung rambutnya.

"... Amy ini memenuhi taste abang tak?" soal Aminah bersama dengan sengihan tanpa maksudnya itu.

"Tak."

"Pft──"

Sepasang manusia itu menoleh pada arah yang sama secara serentak. Tidak jauh dibelakang Aniq, berdirinya Nuriman Nadrah bersama dengan sebalang air.

Cepat - cepat gadis bermata hijau mengalihkan pandangannya. Tidak mahu ditangkap menelinga, Iman sengaja buat - buat sibuk.

Balang air diletakkan ke atas meja bersebelahan dengan meja hidangan. Jujur, Iman tidak dapat menyembunyikan geli hatinya.

Siapa sahaja tak mahu gelak apabila melihat seseorang ditolak mentah - mentah oleh seseorang yang dikagumi olehnya?

Okay, mungkin ini bakalan kedengaran tidak kelakar jika berlaku pada diri Iman sendiri.

Tetapi sekarang berlaku pada Aminah. Jadi tak salahkan kalau dia gelak?

Iman menggelengkan kepalanya beberapa kali── cuba untuk membuang rasa geli hati yang bertamu.

Jujur lagi, dia mahu menghamburkan tawanya sekuat hati sekarang ini.

Gadis bermata hijau terang itu menoleh ke arah Aniq sekilas. Aminah sudah pun hilang entah ke mana. Malu agaknya senah itu.

"Ibu suruh kau bawa jag air ke depan. Kemudian isi air itu dalam balang ini." ujar Iman sebaik sahaja menyusun beberapa balang air yang telah dibawa olehnya sebentar tadi.

Renyah jugalah mahu ulang - alik daripada belakang ke hadapan semata - mata mahu membawa balang air ini.

Aniq hanya sekadar mengangguk. Tanpa berlengah, lelaki itu mula membuka langkahnya ke arah belakang dewan orang kampung.

Dan itu kali pertama Iman membuka mulut dan memperdengarkan suaranya kepada Aniq hari ini── selepas berlakunya isu bertikam lidah dirumah Puan Noraini petang tadi.

Sebenarnya, Iman agak terasa dengan Aniq. Cuma entah kenapa rasa terasa itu tidak boleh melekat lama dalam hatinya.

Lihatlah sekarang. Dia cuba untuk meyakinkan dirinya bahawa Aniq telah melukai hatinya. Namun, sia - sia sahaja.

Hatinya terlebih dahulu telah memaafkan Aniq.

Sikap dinginnya terhadap lelaki itu hanya propaganda semata - mata.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

PINGGAN BERISI lauk dan nasi berserta dengan sepiring kuih, Iman letakkan ke atas meja makan.

Kurang daripada sepuluh minit lagi, azan maghrib bakal berkumandang── menandakan masuknya waktu solat maghrib dan berbuka puasa.

Sebelum melanjutkan sesi iftar beramai - ramai, orang kampung diminta untuk solat berjemaah terlebih dahulu sebelum menjamah makanan berat.

Iman mengeluh kecil. Hanya dia seorang sahaja yang sudah mengambil nasi dan lauk. Penduduk kampung lainnya sudah pun mula mengosongkan kawasan dewan.

Plastik lutsina diambil lalu dibungkusnya pinggan yang sudah diisi lauk dan nasi itu. Selesai membungkus pinggannya, Iman mengambil keputusan untuk keluar daripada dewan tersebut.

Hanya tinggal Sara dan beberapa anak dara kampung sahaja yang berada dalam dewan tersebut. Mereka mempunyai kengkangan untuk berpuasa. Jadi, mereka ditugaskan untuk menjaga dewan tersebut.

Start Again [ s.u ]Where stories live. Discover now