Aku telah pun sampai di A Famosa Resort Melaka.Kehadiran awalku di sini adalah untuk menyediakan keperluan penginapan dan aktiviti untuk program reunion betchku yang akan bermula esok sehingga Ahad.Hanya aku bertiga sahaja yang datang awal pada hari ini iaitu aku,ZulFakar dan Fakhrul.
Kebetulan semasa aku tiba,Fakhrul dan ZulFakar juga baru sampai di sini.Fakhrul menaiki kereta bersama ZulFakar.Kami bertiga berjabat tangan dan memeluk tubuh masing-masing.
"Wah,maintain lah body kau Wafi", Puji ZulFakar kepadaku."Kena pandai jaga la bro.Kalau tak nanti roi (boroi) tumpang duduk depan", kataku lagi sambil ketawa.
"Dia makan besi Zul.Besi dengan dia memang tak boleh dipisahkan", Celah Fakhrul yang mengundang hilai tawa kami bertiga.
"Rumah ni je boleh masuk pi,rumah sebelah tak boleh masuk lagi.Ni pun lepas kawtim dengan owner baru dia bagi kita masuk awal,tapi boleh guna 1 bilik je la", Kata ZulFakar kepada kami berdua sebaik melangkah ke dalam villa ini.
"Berkira betul owner ni,kita pakai rumah dia 2 malam kot.1 bilik je dia bagi guna awal", rungut Fakhrul dengan kesal.
"Takpe,malam ni aku boleh je tidur luar,takde hal.", Kataku kepada mereka.
"Tidur dalam bilik je pi,tak silap ada 3 katil single dalam bilik ni.Ohh tak,ada 4 katil single", kata ZulFakar ketika membuka pintu bilik tersebut.
Setelah kami bertiga meletak beg di atas katil,kami bertiga kembali ke ruang tamu untuk membuat perbincangan mengenai persiapan penginapan dan aktiviti untuk reunion.
Kali ini jumlah betch kami yang menyertai reunion adalah seramai 33 pelajar lelaki dan perempuan.Fakhrul juga menjelaskan kepada aku dan ZulFakar jumlah kutipan untuk program kali ini telah mencecah sebanyak RM3,300.Itu merupakan jumlah yang cukup besar sebenarnya.
Memandangkan di dalam setiap villa mempunyai 4 - 6 bilik,kami bertiga menjangka bahawa setiap orang akan mempunyai bilik masing-masing untuk tidur.Susunan aktiviti pada hari pertama cukup santai,pada sebelah malam kami semua akan berkongsi pengalaman kami terkini dan aktiviti bertukar hadiah.Pada hari Sabtu selepas sarapan pagi kami akan meronda di Safari A Famosa dan bermain di Taman Tema Air di sini.Pada sebelah malam pula kami akan menyaksikan pertunjukan bunga api dan tarian koboi sebelum membuat aktiviti BBQ sebelum tidur.
Pada hari Ahad ada sedikit pengisian sukaneka sebelum pulang ke rumah masing-masing.Selepas itu kami berbual mengenai perkembangan terkini kami bertiga. Fakhrul telah menamatkan Diploma dalam bidang Perakaunan & Perbankan manakala ZulFakar kini hanya menunggu panggilan untuk memasuki tentera.Dalam pada masa yang sama juga mereka berdua mengusik hubunganku dengan Aida.Aku tidak menyangka perkara ini telah diketahui oleh rakan-rakan betcku yang lain.
Aku hanya mampu ketawa sahaja apabila diusik mereka.Jam sudahpun menunjukkan pukul 10.00 malam,kami bertiga tidak makan diluar,sebaliknya ZulFakar memesan makanan dari luar sahaja.Kami bertiga menjamah makan malam tersebut dengan begitu berselera sekali.Seperti biasa asap rokok memenuhi ruang makan di dalam rumah ini selepas itu.
Aku dapat merasakan rokok yang dihulurkan oleh ZulFakar begitu "kick" buatku.Tetapi aku hanya melayani sahaja.Ketika itu barulah aku tahu yang rokok itu sebenarnya bercampur dengan ganja.Padaku tiada masalah pun untukku menghisap ganja,kerana pakcik-pakcikku di kampung juge begitu.Lagipun aku melayannya ditempat yang privasi begini,jauh dari pengetahuan sesiapa.
YOU ARE READING
PENEMPATAN 2016
RomanceAKU MENYERTAI RÉUNION BERSAMA KAWAN MRSM DAN TIDAK SEDAR DIRIKU SEBENARNYA TELAH DIJERAT. AKU JUGA AKHIRNYA DITAULIAH SEBAGAI SEORANG GURU DAN DIHANTAR KEMBALI KE SEKOLAH YANG PERNAH MENCIPTA PELBAGAI KENANGAN DAN MEMORI SEWAKTU AKU BERGELAR PELAJA...