P23 : WARDEN

272 6 0
                                    

Dari apa yang saya baca,kamu ada mendapat maklumbalas yang baik juga semasa jadi intern.Sesuai apa yang saya perlukan." Kata Cikgu Habibah sambil membuka kembali cermin matanya.

"Terima Kasih Puan Pengetua .Tapi apa maksud yang Puan Pengetua perlukan tu?", tanya Wafi untuk mendapatkan kepastian.

"Selain daripada menjadi guru di sekolah ini,saya nak kamu jadi warden sambilan dan bergilir jadual dengan Cikgu Amin.Kamu akan mulakan tugas pada minggu hadapan,tentang jadual warden kamu boleh jumpa dengan Cikgu Amin di pejabat warden." Jelas pengetua sekolah itu kepada Wafi.

"Haa Cikgu Amin?", Tanya Wafi terkejut.

"Ya,dia ketua warden di sini.Kamu boleh temui dia sekarang.Mungkin pada masa ini dia sudah berada dekat sana." Kata Cikgu Habibah lagi.

Sejujurnya aku tidak kisah pun siapa ketua warden di sini,cuma aku terkejut apabila Cikgu Amin masih lagi bertugas di sini.Aku cukup kenal dengannya apatah lagi dia adalah ketua warden yang sama semasa aku berada dalam Ting 1 hingga Ting 3 di sini.Aku segera melangkah menuju ke pejabat warden yang dimaksudkan.Dahulu pejabat warden terletak di dalam bilik guru,
kini pejabat warden telah berpindah ke blok yang baru.Ruang parkir yang besar dahulu dibina sebuah bangunan 2 tingkat dan tingkat bawah menempatkan pejabat warden dan perpustakaan.

"Masuk", kedengaran arahan ringkas yang diberikan oleh Cikgu Amin dari dalam selepas aku mengetuk pintunya.

"Cikgu Amin..Kenal saya lagi tak?",
Soalku pada Cikgu Amin.Wajahnya tidak banyak berubah,cuma uban putih sudah mula memenuhi kepalanya.

"Ehh kamu Wafi bukan?PMR betch 2007?", kata Cikgu Amin selepas memerhati sosok tubuh dan wajahku sekian lama.

"Ya Cikgu,Saya Wafi." Jawabku lagi sambil menghulurkan tangan dan mengucup tangan Cikgu Amin.

Cikgu Amin seakan akan tidak percaya bahawa aku kini telah pun menjadi seorang guru dan bakal mengajar di sini.Dia juga tidak menyangka rezeki pertamaku sebagai seorang guru adalah kembali semula ke sekolah yang telah banyak berbakti kepadaku.

Aku akan bertugas sebagai warden disini secara mingguan bertukar jadual dengan Cikgu Amin.Sebagai contoh pada minggu ini aku bertugas,
manakala pada minggu hadapan pula giliran Cikgu Amin pula untuk bertugas.Jika sebelum ini aku seperti rasa berat hati untuk menerima tugas selaku warden,tetapi tidak kali ini. Mungkin kerana jarak rumah Shazuan dan sekolah ini tidak terlalu jauh.

Cikgu Amin bercerita kepadaku bahawa ada lagi cikgu lama yang masih mengajar di sini seperti Cikgu Azman dan Ustazah Aziyan.Beberapa orang staff lama masih bekerja di sini seperti Cik Zul dan Abang Radzi.Aku memang cukup mengenali mereka semua.
"Mari,saya tunjuk kamu bilik kamu di asrama",pelawa Cikgu Amin kepadaku.

Aku di bawa memasuki bangunan asrama oleh Cikgu Amin.Sejujurnya terus banyak kenangan dan memori terus berlingkar di ingatanku.Aku menghabiskan masaku selama 3 tahun di sini.Banyak kenangan pahit dan manis aku lalui bersama kawan-kawanku yang lain dan terutamanya sekali bersama Shazuan.

Aku dibawa masuk ke dalam bilik warden yang jauh lebih selesa dari dulu.Mungkin baru sahaja selepas baik pulih.Bilik warden ini menggunakan tiles,bukannya tikar getah seperti dahulu.Tambahan pula ruang mandi dan tandas dibuat berasingan dan jauh lebih selesa berbanding dulu.Peralatan seperti aircond,kipas syiling,dapur memasak,televisyen,peti sejuk dan lain-lain semuanya disediakan dan kelihatan seperti baru.

"Ini bilik kamu semasa kamu bertugas nanti.Saya akan perkenalkan kamu pada organisasi asrama dan kepada semua penghuni asrama.Hari Ahad kita buat mini meeting bersama organisasi asrama dahulu selepas asar di pejabat warden.Kamu jangan tak datang ya." Pesan Cikgu Amin.

"Baik Cikgu", jawabku ringkas

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now