☆ 13

260 32 2
                                    

Dari jauh Aryan sudah dapat mengecam wanita yang duduk berseorangan di atas kerusi roda itu. Walaupun wanita itu duduk membelakanginya, dia pasti dia tidak salah orang.

Termengah-mengah Aryan cuba mengumpul nafasnya. Sedari tadi dia tidak berhenti berlari sehinggalah dia tiba di taman hospital itu. Dan mujurlah tekaannya tepat apabila orang yang dicarinya berada di situ.

"Cik Saraa." Tegur Aryan apabila dia sudah berdiri betul-betul di belakang wanita tersebut. Namun hampa saat panggilannya hanya dibiarkan sepi. Wanita tersebut seolah-olah tiada niat untuk menyahut panggilannya mahupun berpaling.

Bersama keluhan, Aryan menilik jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir jam 10 malam. Tidak peliklah sekiranya taman hospital itu gelap dan sunyi memandangkan tempat itu hanya dipenuhi pelawat pada waktu petang. Kalau ada orang lain yang lalu di kawasan itu pun, rasanya mereka sudah lari lintang-pukang jika melihat wanita itu berseorangan di sini. Seram!

Perlahan-lahan Aryan mengatur langkah supaya dia dapat berdiri di hadapan Qaisaraa yang sedari tadi menunduk memandang tanah. Tiba-tiba terdetik rasa takut dalam dirinya. Bagaimana jika Qaisaraa sebenarnya sudah berada di dalam wad? Bagaimana jika di hadapannya saat ini ialah... Ah, mengarutlah! Jangan jadi pengecut, Aryan!

"Cik Saraa, awak tak sepatutnya keluar dari wad pada waktu ni. Cik Saraa masih perlukan rehat. Plus, it's dangerous to be alone at- Are you crying?"

Bebelan Aryan terhenti dan matanya terbuka luas sebaik sahaja Qaisaraa mengangkat wajahnya. Hatinya remuk melihat wajah cantik itu memerah dan basah dengan air mata. Padanlah wanita itu hanya menunduk dan mengabaikan kehadirannya tadi.

"Do you like being a doctor, Aryan?" Qaisaraa tidak menjawab pertanyaan jejaka itu memandangkan jawapannya sudah jelas. Sebaliknya dia hanya merenung wajah jejaka itu dan mengemukakan soalan lain. Air matanya yang membasahi pipi hanya dibiarkan, tiada niat untuk mengelapnya.

"Of course I am. Memang itu cita-cita saya dari dulu lagi." Walaupun masih keliru, Aryan tetap menjawab pertanyaan wanita itu.

"Apa yang awak rasa if one day, awak patah tangan dan tak boleh jadi doktor lagi?"

Mendengar soalan yang dituju kepadanya, barulah Aryan faham akan maksud Qaisaraa. Matanya jatuh memandang kaki pesakitnya sekilas sebelum kembali melihat wajahnya.

"Awak boleh sembuh, Cik Saraa."

"Awak boleh janji?" Pintas Qaisaraa membuatkan doktor muda itu terdiam.

Qaisaraa melepaskan tawa kecil apabila Aryan hanya mendiamkan diri. Walaupun bibirnya mengukir senyum, hatinya hancur saat itu. Doktor yang merawatnya juga tiada jawapan buat soalan itu. Itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa hidupnya telah musnah.

Hati Aryan luluh melihat keadaan wanita di hadapannya. Betapa sukar untuk wanita itu menerima kenyataan. Betapa putus asa wanita itu dalam meneruskan hidupnya. Tetapi yang paling sakit ialah dia tidak mempunyai kuasa untuk membantu pesakitnya sendiri. Dia tidak berupaya untuk melawan takdir.

"Walaupun kaki saya sembuh, you know it won't be the same." Qaisaraa menggigit bibir bawahnya bagi menghalang tangisannya daripada keluar. Dia sudah puas menangis. Dia sudah letih meraung. Namun hatinya masih sakit.

"Awak pun tahu... betapa pentingnya menari dalam hidup saya, Aryan. It makes me feel alive. It makes me forget how cruel this world can be. Kalau saya tak boleh menari lagi..." Kata-kata Qaisaraa tersekat di kerongkongnya apabila tangisannya sudah tidak mampu ditahan lagi.

Kali ini giliran Aryan yang menunduk. Lidahnya kelu untuk membalas segala kata-kata wanita itu. Dia tiada di dalam kasut wanita itu. Jadi dia tiada hak untuk memberitahunya semuanya akan baik-baik saja. Kerana melihatkan keadaan Qaisaraa sekarang, pasti wanita itu juga sudah lali mendengar kata-kata sama yang tidak dapat membawa sebarang perubahan.

Tainted Love [OG]Where stories live. Discover now