[87] She Is Better Than You

2K 124 21
                                    

"Adelia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Adelia." Kimi Zarif meleraikan pelukan Adelia di pinggangnya. Dari riak wajah Kimi Zarif sahaja, Saleha sudah tahu bahawa Kimi Zarif tidak senang dengan kehadiran wanita itu.

"What did you say to her?" Soal Kimi Zarif.

"I didn't say anything." Jawab Adelia.

"Adelia." Riak wajah Kimi Zarif berubah serius. Dia sepertinya tidak percaya dengan wanita itu, dia yakin Adelia sudah mengatakan sesuatu pada Saleha. Kimi Zarif tidak mahu Saleha berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya nanti.

"I cakap yang I ni girlfriend you." Akhirnya Adelia mengatakan hal yang sebenarnya pada Kimi Zarif.

"Saleha." Kimi Zarif melihat ke arah Saleha membuatkan pandangan mereka bertemu.

"Tak apa Encik Zarif, saya faham." Saleha yang sedari tadi mendiamkan diri, akhirnya bersuara.

"See, dia faham." Adelia memeluk lengan kanan Kimi Zarif. Dengan pantas lelaki itu menarik tangannya dari pelukan Adelia. Kimi Zarif meninggalkan Adelia lalu mendekati Saleha.

"Saleha, she's not my girlfriend." Jelas Kimi Zarif, kini dia sudah berdiri betul-betul di hadapan Saleha. Adelia mengerutkan dahinya, dia tidak faham kenapa Kimi Zarif perlu menjelaskan semuanya pada pada wanita itu.

Saleha hanya diam sambil menatap wajah Kimi Zarif dan Adelia silih berganti, dia tidak tahu ingin berkata apa. Saleha yakin dia tiada hak untuk mengetahui hal peribadi anak lelaki majikannya itu. Tetapi kenapa Kimi Zarif ingin menjelaskan semuanya? Adakah Kimi Zarif takut dia akan menceritakan semua itu pada Puan Fatinah nanti?

"Say something.." Melihat riak wajah tenang Saleha membuatkan Kimi Zarif merasa bahawa Saleha tidak peduli jika dia bersama dengan wanita lain. Benarkah Saleha tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap dirinya?

"Saya faham dia bukannya kekasih Encik Zarif.." Sejujurnya Saleha tidak pernah berniat untuk masuk campur dalam hal peribadi lelaki itu.

"Zarif." Panggil Adelia. Kimi Zarif mengetap rahangnya. Dia melihat ke arah Adelia dengan riak wajah serius.

"Adelia, I dah cakap yang I tak ada perasaan pada you."

"Zarif.. I know you love me.." Suara Adelia terdengar lembut.

"I never love you.."

Saleha mengeluh kecil, dia tidak tahu kenapa dia perlu berhadapan dengan situasi seperti ini. Saleha merasa seperti berada di dalam drama cinta yang dilakonkan oleh Kimi Zarif. Yang pasti, dirinya hanyalah pelakon tambahan sahaja.

Saleha berniat untuk berlalu pergi namun langkahnya terhenti saat Kimi Zarif memegang lengan bajunya. Saleha melihat ke arah lengan bajunya dan wajah Kimi Zarif silih berganti. Apa pula kali ini? Kimi Zarif bahkan tidak melihat pun ke arahnya.

"Encik.." Saleha cuba untuk menarik lengan bajunya tetapi usahanya tidak membuahkan hasil.

"I love Saleha." Kata Kimi Zarif secara tiba-tiba, membuatkan mata Saleha membulat. Apa yang Kimi Zarif  katakan tadi benar-benar membuatkan Saleha terkejut.

"I cuma cintakan Saleha." Sambung Kimi Zarif lagi.

"I don't trust you." Riak wajah Adelia berubah serius. Saleha terasa ditikam oleh pandangan tajam Adelia ke arahnya.

Saleha akhirnya kembali tenang, dia yakin Kimi Zarif tidak serius dengan kata-katanya. Kimi Zarif mengatakan hal itu kerana ingin membuatkan wanita itu pergi.

"I nak you pergi dari sini." Kata Kimi Zarif dengan tegas.

"I tak percaya yang you cintakan perempuan ni! I'm better than her!" Kata Adelia dengan nada yang sedikit kuat.

"Don't ever compare yourself to her. She is better than you." Kata-kata Kimi Zarif membuatkan hati Adelia menjadi lebih panas.

"You kata perempuan kampung ni lebih baik dari I?!"

"She's-

"Sekurang-kurangnya aku tak bodoh macam kau." Belum sempat Kimi Zarif meneruskan katanya, Saleha sudah memotong. Saleha tidak tahan mendengar hinaan dari wanita itu.

"Kalau dia tak suka kau, pergi jelah. Lelaki bukannya satu. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kalau aku cakap dia suami aku, mesti kau tetap nak goda dia kan? Kau tak ada harga diri ke? Rupa dah cantik, akal tu bagi cantik sikit." Sambung Saleha lagi. Kimi Zarif dan Adelia terkedu, mereka hanya mampu mendiamkan diri sambil melihat ke arah Saleha.

Mata Saleha membulat, dia terus menekup mulutnya sendiri. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru saja dia katakan. Kali ini, dia betul-betul hilang kawalan.

Melihat wajah Adelia yang tiba-tiba berubah menjadi merah, membuatkan Saleha rasa lebih bersalah.

"Saya minta maaf.. Saya tak sengaja.." Saleha tertunduk, dia benar-benar terlepas cakap. Dia tiada niat untuk mengatakan hal itu pada Adelia, dia juga bukanlah wanita yang sempurna.

Tidak lama selepas itu, Saleha dapat mendengar bunyi dari kasut tumit tinggi wanita itu pergi meninggalkan mereka berdua. Saleha mengangkat wajahnya memandang ke hadapan, ternyata wanita itu sudah tiada. Saleha terus melihat ke arah Kimi Zarif. Ternyata lelaki itu masih melihat ke arahnya dengan riak wajah terkejut.

"Lengan baju saya."

"So.. Sorry.." Kimi Zarif melepaskan genggangamnya dari lengan baju Saleha.

Keadaan sunyi buat seketika, Saleha tidak tahu kenapa Kimi Zarif tiba-tiba terlihat kekok.

"Saleha.. Tadi aku cakap yang aku suka-

"Tak apa Encik Zarif, saya faham. Encik Zarif cakap macam tu sebab nak dia pergi kan." Belum sempat Kimi Zarif meneruskan katanya, Saleha sudah memotong.

"Saleha, boleh tak izinkan aku habis cakap dulu."

Saleha mengerutkan dahinya, dia undur satu langkah kebelakangan kerana ingin memberi jarak di antara mereka.

"Encik Zarif nak cakap apa?" Soal Saleha. Sejujurnya dia masih ada banyak kerja yang perlu dia selesai, dia bukannya anak orang kaya seperti Kimi Zarif.

"Aku su-

"Saleha." Panggil Qayyum. Kelihatan Qayyum mendekati Kimi Zarif dan Saleha. Bibirnya mengukir senyuman manis ke arah Saleha. Kimi Zarif mengetap rahangnya, kenapa lelaki itu perlu datang di saat seperti ini?

"Kau tak nampak ke aku tengah cakap dengan dia?" Soal Kimi Zarif. Saleha mengeluh kecil.

"Encik Zarif, sebenarnya saya nak keluar beli barang sikit dengan Qayyum." Jelas Saleha.

"Kenapa kau tak bagi tahu aku?" Soal Kimi Zarif dengan wajah serius.

"Kenapa pula saya perlu bagi tau Encik Zarif?" Soalan berbalas soalan. Saleha sudah meminta izin pada Puan Fatinah untuk keluar membeli barang bersama Qayyum. Selepas itu, masih banyak kerja yang perlu Saleha lakukan. Dia ikut Puan Fatinah ke Malaysia bukannya kerana ingin bercuti, tetapi kerana ingin membantu wanita itu. Saleha juga harus membeli barang keperluannya sendiri.

"Saya pergi dulu Encik Zarif.." Saleha tersenyum tipis sebelum berlalu pergi mendekati Qayyum. Saleha bersyukur kerana semuanya sudah berakhir. Saleha berharap dia tidak akan berhadapan dengan situasi seperti itu lagi selepas ini.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

Maaf lambat update. Nanti saya tulis bab Ian dan Kai banyak-banyak lepasni.

🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡Where stories live. Discover now