part 14 : menyesal ?

171 24 8
                                    

Amisha memandang wajah Fattah dengan muka tidak percaya. “ what!?... abang tipu je kan? ”

“ apa motif saya nak tipu? buat apa? menipu bukannya dapat pahala pun dosa makin bertambah banyak lah juga”

Savage! Amisha terksima. Dia terduduk. Air matanya mengalir deras. Habis make-up sebentar tadi luluh.

Pap! pipi Shyraf ditampar oleh Puan Lisa yang merangkap ibu Amisha.

“ tengok apa kau dah buat sekarang! puas hati kau!? kalau kau tak datang sini tadi takde benda ni akan terjadi ” jari ditunding kepada Fattah.

Belum sempat dia melangkah untuk melepaskan tangan untuk Fattah, bahunya ditarik dari arah belakang.

Kelihatan Datin Afyra menarik bahu bakal besannya. “ dengar sini Puan Lisa, kalau kau sayangkan persahabatan kita dan kalau kau masih nak teruskan perkahwinan ini aku warning kau jangan sekali kau tunding jari atau sentuh Fattah Asyari. Kalau kau sentuh dia ibaratkan sentuh anak aku juga. ” dengan tegas amaran diberikan kepada Puan Lisa.

Puan Lisa tidak mampu berbuat apa. Dia menelan air liur ketika mendengar amaran tersebut.

Perkahwinan diteruskan semula. Semua nya berjalan dengan lancar. Tiba masa semua tetamu dan dua mempelai menjamu selera.

Sedang ingin mengambil lauk, bahu Fattah ditepuk dari belakang. Kelihatan tiga figura lelaki senyum ke arahnya. Mike mengendong William manakala Marcus dan Luca tidak kelihatan.

“ mana Marcus dan Luca? ” Fattah bertanya apabila tidak melihat kelibat dua beradik itu.

“ kau tanya aku mana aku tahu ” Mike meletakkan William di atas pehanya.

Kening dinaikkan. “ bukan kau datang dengan diorang ke? kenapa boleh tak tahu pulak ”

Daniel datang menyapa. “ korang cari dua beradik beruk tu ke? tengok tu.. ” jari Daniel ditunjukkan ke arah dua beradik yang sedang berkejaran di khemah lain ( bahagian ajk memasak ).

“ ya rabbi. apahaal dua beruk tu? ” Fattah menggelengkan kepala.

“ sebab tu kot? ” mulut Daniel dimuncungkan ke arah seorang perempuan genit yang sedang gelak ketawa dengan tetamu yang ada di situ. Dia memakai bawal berwarna hijau peach. Sedondon dengan warna tema pernikahan Amisha dan Shyraf.

“ kenapa dengan Az? ” Fattah bertanya pelik ke arah Daniel.

“ kau kenal perempuan tu? seriously? macam mana? ” Daniel pula bertanya kehairanan ke arah Fattah.

“ kawan aku masa kecil takkan tak tahu. Amisha tu kakak tiri Az jadi hubungan mereka tak berapa baik sebab mak Amisha sentiasa lebihkan anak dia. Aku kagum dengan Az walaupun seorang diri terkapai-kapai dalam lemas dalam lautan dalam tapi dia tetap berjaya menyeberang ke tebing dan bernafas dengan baik semula ” Fattah sengaja memberi maksud tersirat.

“ dia pernah lemas ke? ” Daniel bertanya ke arah Fattah semula.

“ Allah..bukan tu maksud aku, faham-faham je laa maksud ayat tadi. kau ni, kalau dia lemas dah mati dia tu kat lautan lagi. ” Fattah berpaling ke arah William.

Anak kecil itu digeletek. William tidak tahan dengan tangan Fattah yang lincah menggeletek badannya mula menggigit.

Aargghhh!!

“ tajamnya gigi Will. Will makan apa? papa bagi makan pisau ke? ” tangan yang digigit William diusap lembut. Oleh kerana badan Fattah putih, kesan gigitan William di tangannya nampak ketara.

“ kalau aku bagi makan pisau mati anak aku tu bangang ” Mike menggelengkan kepala. “ sapa suruh kau kacau dia? aku pernah bagi amaran tak nak dengar ”

matrimonio forzato | OGWhere stories live. Discover now