Bertemu Kak Murni & Ibu Najihah

51 4 1
                                    

Langsir itu ditarik, membuka sebuah dunia baharu. Aku hanya terpaku melihat pemandangan di hadapanku. Ya, aku telah tersesat ke satu tempat yang aku tidak tahu sebelum ini. Aku mengerdip-gerdipkan mata. Kata-kata mak terngiang-ngiang di telingaku.

"Hanim, mak dapat rasakan yang hijab kamu ni terbuka. Abaikan benda yang kamu nampak tetapi orang lain tak nampak."

Aku berpusing ke belakang. Bilikku tidak lagi kelihatan. Semuanya kosong. Aku ketakutan. Di mana aku sekarang ini, fikirku.

"Hanim?" Terdengar seseorang memanggil namanya. Aku cam suara itu. Itu suara Kak Murni! Di mana Kak Murni berada sekarang?

"Kak Murni!" laung Hanim sekuat hati.

"Kak Murni di mana?"

"Hanim...Kak Murni di sini. Di belakang kamu." Murni terus memeluk Hanim seerat-eratnya.

"Kak Murni...kita dekat mana ni..." Aku ketakutan. Murni cuba menenangkanku.

"Inilah alam bunian, Hanim. Alam di mana Kak Murni tinggal. Kamu boleh keluar masuk secara bebas ke alam ini. Jangan takut, semua orang di sini baik-baik sahaja." Kak Murni melepaskan pelukannya. Aku kembali tenang.

"Macam mana saya nak keluar?" tanyaku.

"Baca ayat yang sama seperti tadi dan niatkan dalam hati kamu mahu keluar dari sini. Tapi jangan pergi dulu. Mari akak bawa kamu berjalan-jalan di sekitar sini." Kak Murni mengelus kepalaku.

"Mari..." Aku menggenggam erat tangan Kak Murni. Lalu kami berdua berjalan melalui denai di tengah padang yang hijau itu.

25 minit sebelum itu...

"Ah, penatnya. Padahal aku cuma angkat barang saja," keluhku. Aku terus masuk ke dalam bilik untuk solat isyak. Ya, aku cuma tinggal berseorangan pada waktu ini kerana rakan-rakan serumah aku bertugas syif malam. Hanya aku sahaja yang bertugas syif normal.

Seusai solat isyak, aku berasa bahuku ditepuk oleh seseorang.

"Kak Suri?" Aku separa terkejut. 'Kakak angkat' aku sejak sekolah menengah tiba-tiba datang menjengukku. Mungkin atas arahan Ibu Najihah, tekaku.

"Assalamualaikum Hanim," kata Kak Suri

."Waalaikumusalam Kak Suri...siapa yang Kak Suri bawa sekali tu?" tanyaku apabila melihat seorang lagi perempuan bersebelahan Kak Suri.

"Hanim... Kak Suri dah nak kahwin. Jadi Kak Suri akan jarang datang jumpa Hanim. Nama akak ni Murni Zaliha. Dia nak kawan dengan kamu," kata Kak Suri.

"Nak salam dengan Kak Murni boleh?" Aku menghulurkan tanganku untuk bersalam dengan takut-takut. Pantang larang yang ditetapkan Ibu Najihah menetapkan bahawa aku tidak boleh bersalaman dengan bakal kakak angkat baru kecuali jika mendapat kebenaran kakak angkatku yang terdahulu.

"Tunggu dulu. Hanim nak terima Kak Murni dan lepaskan Kak Suri?" Kak Murni bertanya kepadaku untuk kepastian.

"Saya nak terima Kak Murni tapi saya masih nak Kak Suri," balasku.

"Tak boleh, Hanim. Kak Suri nak kahwin. Ikut pantang larang, ianya tak dibenarkan sebab Kak Suri akan berkahwin. Lain kisahnya kalau Kak Suri belum berkahwin. Kalau kamu langgar pantang larang ni, kamu boleh dihukum dengan hukuman yang sangat berat. Kamu boleh hilang ingatan dan menderita seumur hidup. Kamu nak dihukum macam tu?" Kak Suri membantah.

Riak wajahku berubah. Rasa takut mula menguasai diriku. Ya, aku pernah buat Ibu Najihah marah. Akibat itu, wajahku berubah menjadi hitam sehinggalah aku memohon ampun kepada Kak Suri dan Ibu Najihah. Sisa daripada sumpahan itu masih kelihatan di wajahku walaupun ianya semakin pudar.

Kakak Angkatku BunianWhere stories live. Discover now