Pulang Ke Alam Nyata

28 2 0
                                    


Setelah agak lama kami berjalan, kami tiba di sebuah kampung. Keadaan kampung itu sangat riuh. Aku berasa seperti berada di kampung mak.

"Ini... kampung Kak Murni?" tanyaku kepada Kak Murni.

"Ya. Inilah kampung Kak Murni, Kampung Seri Alam." Kak Murni mengangguk.

"Kak Suri pun duduk di kampung ni ke?"

Kak Murni mengangguk. "Kak Suri tinggal di hulu. Kak Murni tinggal dengan Ibu Najihah. Tapi nanti Kak Suri akan ikut suaminya bila sudah berkahwin nanti. Kak Murni akan tinggal di rumah Kak Suri nanti bila dia pindah."

"Rumah Ibu Najihah di mana?"

"Di hujung sana. Nak tak kita lumba jalan kaki sampai rumah Ibu Najihah?"

"Nak!"

"Satu... dua... tiga!" Kak Murni membuka langkah. Aku yang mulanya hendak berjalan, terus memecut untuk mengejar Kak Murni.

"Akak... tunggu! Laju betul Kak Murni jalan!" Maka bermulalah adegan kejar-mengejar di antara aku dan Kak Murni. Setelah beberapa minit kejar-mengejar, kami sampai di hadapan rumah Ibu Najihah.

"Assalamualaikum ibu!" laung Kak Murni. Seketika kemudian seorang wanita berusia lingkungan 60-an keluar dari pintu.

"Waalaikumusalam. Lah, Murni dan Hanim rupanya. Masuklah. Kenapa Hanim macam kena kejar hantu ni?" Aku dan Kak Murni bersalaman dengan Ibu Najihah.

"Kak Murni jalan laju sangat! Hanim hampir-hampir tercicir tadi," kataku tercungap-cungap.

"Murni ni... Kasihan Hanim. Awak tu dahlah jalan laju," leter Ibu Najihah. Kak Murni hanya tersengih.

Aku dan Kak Murni masuk ke dalam rumah. Ibu Najihah dan Kak Murni duduk di atas kerusi kayu jati manakala aku hanya berdiri. Ruang tamu rumah ini agak luas dan cantik.

"Kenapa berdiri Hanim? Duduklah, lenguh kaki nanti kalau berdiri lama macam tu." Teguran Ibu Najihah mematikan lamunanku. Aku duduk di atas kerusi rotan bersebelahanku.

"Cantiknya rumah ibu. Kemas dan tersusun pula tu," pujiku. Kak Murni hanya tersenyum.

"Tengoklah siapa yang buat..." Ibu Najihah memandang ke arah Kak Murni. Kak Murni masih tersenyum.

"Kak Murni yang buat rupanya..."

"Hanim dah tahu kan kenapa Kak Murni bawa Hanim ke sini?" tanya Ibu Najihah.

"Sebab ibu nak rasa masakan Hanim, kan? Hanim memang pandai masak macam mak."

"Ya... Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kamu sama seperti emak kamu masa dia muda dulu."

"Ibu kenal mak saya?" Keningku terangkat. Adakah Ibu Najihah menyembunyikan sesuatu daripadaku?

"Ya... Dia 'adik angkat' ibu dahulu. Ibu nak ceritakan semuanya kepada Hanim nanti. Hanim boleh janji tak yang Hanim akan simpan rahsia ini sampai bila-bila?"

"Apa akibatnya kalau saya langgar janji ini?" Aku ketakutan. Sesungguhnya aku takut untuk mengikat janji dengan sesiapa.

"Kalau kamu langgar janji ini... kamu akan susah untuk dapat zuriat bila kamu berkahwin nanti. Kalau kamu mahu zuriat, kamu kena datang ke sini dan mohon ampun kepada ibu dan Nek Azizah, emak kepada nenek kamu. Kamu hanya boleh bercerita kepada anak-anak perempuan kamu sahaja."

"Baik...saya berjanji." Setelah aku diam seketika, aku bersetuju.

"Begini... sebenarnya arwah nenek kamu adalah sepupu kepada ibu. Arwah nenek kamu bunian, Hanim. Sebab itu ibu ambil emak kamu sebagai adik angkat. Setelah dia berkahwin, ibu jarang melawat dia. Kemudian ibu pun berkahwin dan ada anak."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kakak Angkatku BunianWhere stories live. Discover now