Chapter 41

39 2 3
                                    

Aku berjalan laju masuk ke dalam perkarangan hospital menempatkan Edward. Pagi tadi selepas mendapat panggilan daripada pihak hospital, aku terus menuju ke hospital. Gembira tak terkata aku rasakan ketika itu.

Ketika berada di depan pintu bilik menempatkan Edward, degupan jantungku berdegup laju, dah rasa macam nak duduk interview je

"Bismillahirahmanirohim" aku membuka pintu bilik Edward

Aku melihat Edward yang sedang berbaring di atas katil pesakit dengan mata terpejam. Mata je terpejam orangnya bangun

Delisha masuk ke dalam bilik Edward dengan perlahan-lahan tidak ingin mengejutkan Edward. Setelah memastikan pintu ditutup Delisha menoleh ke arah Edward dan tidak ia menyangka Edward turut melihat ke arahnya

"Astaghfirullah alazim. Awak ni tak kejutkan saya tak boleh ke ? Saya ingatkan awak tidur tadi" Ujar Delisha

Edward hanya memandang ke arah Delisha tanpa sebarang respon darinya. Naik malu Delisha dengan pandangan Edward

"Hermmmm, awak dah okay ?" Ucap Delisha prihatin sambil menuju ke arah Edward lalu meletakkan beg makanan yang dibawanya di atas meja sebelah katil Edward

"Kau siapa?" Soal Edward setelah lama berdiam diri

Terkedu Delisha mendengar soalan daripada Edward. Tidak menyangka soalan pertama yang akan ditanya oleh Edward

"Awak tak kenal saya ke ?"

"Saya Isha.. Delisha Medina. Awak tak kenal ke ?"

Edward hanya menggelengkan kepalanya tidak tahu

"Please tak lawak Ed" Ujar Delisha bertukar nada

"Aku tak kenal kau langsung" Balas Edward dengan wajah tanpa riak

"No tak mungkin. Awak main-main je kan? Doktor pun tak kata apa-apa pun pasal awak" Soal Delisha lagi dengan mata yang mulai berkaca

Edward menggelengkan kepalanya lagi

Delisha hilang kata melihat respon daripada Edward. Hiba hatinya ketika itu. Dia tidak menyangka yang Edward akan melupakan dirinya secepat ini. Dan semua yang berlaku punca darinya

"Ermmm takpe laa kalau macam tu. Awak rehat laa ye. Ouhh yaa ni saya ada bawakan makanan kesukaan awak nanti awak makan ye. Saya pamit balik dulu" Ucap Delisha dengan suara sebak lalu ingin melangkah keluar daripada bilik menempatkan Edward

Dia tidak mahu Edward melihat Air matanya jatuh. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar daripada bilik Edward, dia mendengar suara Edward dari belakangnya

"Isha..."

"Sweetheart sayaaa" Panggil Edward perlahan

Delisha terkedu lalu menoleh kebelakang semula ke arah Edward. Dia melihat Edward yang tersenyum manis melihat ke arahnya

"Apakah ini?" Bisik hati Delisha

"Ma..cam mana awak.."

"Ingat kau?" sambung Edward

"Takkan aku nak lupakan orang yang penting dalam hidup aku. Cinta hati aku. Sweetheart aku" Balas Edward dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya

"So awak sajalah nak kenakan saya ?" Ujar Delisha dengan nada geram

Edward mengangguk kepalanya

Setelah mendapat anggukan daripada Edward Delisha tidak dapat menahan tangisnya lagi. Naik gelabah Edward melihat tangisan kuat daripada Delisha. Tidak menyangka respon daripada Delisha

The Enigmatic Mr Hazel EyesWhere stories live. Discover now