: 26

6 3 0
                                    

*ೃ༄

"Bintang," seseorang memanggilnya sebaik sahaja dia menaiki ke tingkat ke-tiga bangunan blok C itu iaitu tingkat di mana kelasnya berada. Dia memalingkan wajahnya ke gerangan itu.

"Meena nak apa?" soal Bintang. Kenapa tiba-tiba Ameena mahu bercakap dengannya macam dia tidak buat sebarang kesalahan. Dia sudah tahulah kenapa Hannah jadi seperti itu. Itu semua dikenakan oleh Ameena. Dia yang suka menghasut Hannah.

"Kau memang macam ni kan?" soal Ameena. Suaranya tidak kuat mahupun nyaring tetapi jelas Bintang tahu ada sedikit sindiran yang diselitkan melalui suaranya itu. Bintang tahu perangai Ameena walaupun tidak semua tapi, dia tidak mahu memburukkan Ameena. Mungkin itu hanya di fikirannya sahaja.

"Tak, aku tak faham apa yang kau cuba cakap ni, Meena," kata Bintang. Tidak pernah Ameena cakap kasar dengannya. Dia bahkan tidak pernah menggunakan perkataan aku dan kau apabila bersembang dengan Bintang tetapi kenapa hari ini dia pelik sangat? Kenapa?

Ameena menolak Bintang ke dinding berdekatan dengan mereka itu. Kedua-dua belah bahu Bintang ditekan kuat ke dinding hingga menyebabkan Bintang berdesis kuat. Sakit. Sudahlah dia kurus, tulang bahunya pula ditekan kasar.

"Meena ni kenapa?" jerkah Bintang. Dia memberanikan dirinya untuk menjerkah Ameena. Selama ini, dia tidak pernah menaikkan suaranya kepada Ameena langsung.

"Kau ni memang lapar attention kan? Semua orang kau nak kan?" soal Ameena. Bintang menatapnya tajam. Bertanyakan kepada dirinya sendiri kemanakah perginya Ameena yang dia kenal sebelum ini? Kemanakah Ameena yang lemah lembut? Mana?

"Aku tak nak bergaduh dengan kau. Kau pergilah masuk kelas. Nanti cikgu masuk," ujar Bintang. Nada suaranya mula kelihatan lain. Walaupun dia mencuba untuk tidak menunjukkannya. Dia cuba untuk tidak mengeluarkan emosinya kepada Ameena. jika diikutkan dia memang mahu menumbuk wajah cantik milik Ameena itu tapi dia takut. Takut kalau ibu dan bapanya dipanggil ke sekolah atau dia dikeluarkan dari sekolah.

*ೃ༄

"Dia cakap dekat kau tu ke? Ameena?" tanya Ros. Dia bertanya kepada Bintang apabila habis sahaja Bintang menerangkan tentang hal yang baru sahaja terjadi kepadanya tadi pagi. Bintang hanya menganggukkan kepalanya laju. Dia tidak memandang ke arah Ros kerana sibuk dengan sandwich di tangannya itu.

Makan lagi tenang daripada memikirkan tentang apa yang berlaku tadi. Fikir Bintang. Mungkin Ameena hanya terasa padanya sedikit. Nanti dia carilah cara untuk memujuk Ameena tetapi perlukah selepas apa yang terjadi tadi?

Ros gelak terbahak-bahak. Semua orang yang berada berdekatan dengan mereka memandang mereka semacam. Habislah Ros tukar dekat grup tingkatan 5 nanti dengan kenyataan 'Ros kelas 5-b tak pandai kontrol gelak dia we.'

"Ros, gelak tu kontrol sikit!" marah Sabrina. 

"Taklah macam lawak jelah. Kau tak rasa ke yang dia tu lagi lapar attention? Korang pun rasa kan?" tanya Ros. Sakit perutnya kerana tertawa. Habis keluar air matanya. Padahal dia ketawa aje pun. Kalau orang lain tengok mungkin dia akan dianggap baru sahaja lepas menangis.

"Kau ni Ros. Tak baiklah kau cakap macam tu dekat dia. Manalah tahu dia ada masalah apa ke," kata Sabrina. Sejak tadi lagi bahu Bintang diusap-usap olehnya.


"Lepastu kalau dia ada masalah dia boleh buat benda terlarang lah? Dia ingat dia seorang je ke yang ada masalah?" marah Ros. Bukannya dia marah pada Sabrina atau pun Bintang tetapi dia geram sangat dengan Ameena tu. Suka hati dia aje.

"Betul lah apa yang Rina cakap tu Ros. Manalah tahu dia ada masalah besar ke? Kita mana tahu situasi dia macam mana," ujar Bintang. Cuba untuk menasihati Ros walaupun dia juga geram dengan perangai Ameena yang tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba mencekiknya itu.

*ೃ༄

"Lan nak tanya sesuatu ni pa," ujar Bulan.. Dia menarik pergelangan tangan bapanya, menyuruh bapanya untuk duduk di atas sofa berdekatan mereka. Entah apalah yang hendak dia bicarakan dengan bapanya itu.

"Ya Allah, Lan nak apa ni?" soal Tuan Hamza. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumah mereka itu. Tangan Bulan yang memegang pergelangan tangannya itu dialihkan. Rimaslah pula apabila anak lelakinya itu asyik memegang pergelangan tangannya sahaja.

"Okey pa, dengar ni," kata Bulan lagi. Tuan Hamza hanya mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Layankan ajelah anaknya ini. Kalau tak dilayan habis satu buku matematik nanti dia kerjakan.

"Ni Malik yang tanya tau, bukan Lan. Malik yang tanya. M.A.L.I.K. Malik," tegas Bulan. Dia tidak mahu bapanya salah faham kerana dia memang tidak mahu menanyakan hal ini kalau tidak Malik yang menyuruhnya. Lagi-lagi Tuan Hamza hanya menganggukkan kepalanya.

"Kalau kita nak kahwin kan, apa yang kita patut buat?" soal Bulan. Tuan Hamza menggaru kepalanya. Apa pulalah yang anak dia ni mengarut ni. Tahun ni nak SPM dah sibuk pula tanya fasal kahwin.

"Kahwin? Pergi kursus, cari katering, cari baju, cari wedding planner. Haa cukup," kata Tuan Hamza. Dia melihat wajahnya anaknya yang cuba untuk mencerna atau mungkin itu bukan apa yang Bulan mahu dengar?

"Kahwin ni bukan untuk ada isteri aje. Bila kita dah buat keputusan nak kahwin kota kenalah bersedia untuk menjadi suami. Jalankan tugas sebagai suami. Bukan harap pada isteri aje. Manalah tahu isteri tu sakit ke? Takkanlah nak harapkan isteri juga?" terang Tuan Hamza. Bulan mengangguk-anggukkan kepalanya. Faham dengan apa yang dijelaskan oleh bapanya.

"Bila dah jadi suami, kita kenalah bersedia untuk menjadi seorang ayah. Bukannya nak anak aje. Anak tu amanah, memang betul anak tu rezeki daripada Allah tapi, bukan bermakna rezeki tu ada pada anak," terang Tuan Hamza lagi. Bulan mula menggaru belakang lehernya. Tidak faham dengan pernyataan bapanya yang satu ini.

"Tak faham dekat mana-mana?" soal Tuan Hamza.

"Tak faham dekat rezeki bukan pada anak. Maksud papa apa?" soal Bulan.

"Nanti bila dah kahwin Bulan tahulah. Papa nak explain pun tak pandai sangat," kata Tuan Hamza. Bahu Bulan ditepuk-tepuk perlahan.

"Tak nak tidur lagi ke?" soal Tuan Hamza. Bulan bingkas bangun daripada duduknya.
Menandakan dia sudah pun mahu ke kamar beradunya.

To Be Continue...

Bulan dan BintangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora