: 27

6 3 0
                                    

*ೃ༄

"Mentang-mentang dah berbaik dengan kau, kemain eh Hannah," kata Ros. Dia sibuk menanda buku sambil melihat Malik dengan Hannah sedang berdua-duaan. Taklah berdua-duaan sangat sebab di sebelah Malik ada seorang lelaki bernama Bulan.

Suka betul dia tu menyibuk. Akan tetapi, kalau dia tidak menyibuk, mesti Hannah dan Malik akan dipanggil oleh pengetua ataupun guru kaunseling. Sekolah mereka tidak boleh ada murid berlainan jantina berdua-duaan. Walaupun ada sahaja yang leka tentang hal ini.

"Kau.. tak nak ada apa-apa ke dengan Bulan?" soal Sabrina yang tiba-tiba sahaja muncul. Dia baru sahaja pulang dari tandas. Terbeliak bola mata Bintang dan Ros dibuatnya. Sejak bila anak Ustaz Thaqif ni pandai belok ke hal-hal yang membawa dosa ni?

"Bukan macam couple lah. Maksud aku tak nak macam diorang berdua tu ke? Diorang taklah tatap mata antara satu sama lain. Just baca buku, tutup buku, sengih-sengih. Lepastu cakap-cakap sikit. Tu je," tegas Sabrina.

"Masalahnya, dia nak ke dekat aku? Aku tak naklah beria sorang diri aje," kata Bintang. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatannya.

"Betul tu tapi, cuba kau bayangkan. Kalaulah dia suka kau," kata Ros. Sengaja dia mahu mengusik Bintang. Mengusik hati Bintang lebih tepatnya. Bintang mengeluh.

"Eh, Ros. Dosa tau tak? Janganlah ajar dia macam tu," kata Sabrina. Ros mengalihkan tubuhnya benar-benar berhadapan dengan tubuh Sabrina. Dia memegang kedua belah bahu Sabrina.

"Rina, kau tahu ke tidak yang kau tu pun berbuat dosa? Tadi yang kau suruh dia ada hubungan dengan Bulan tu apa?" soal Ros. Suaranya lantang. Sepantas kilat Bintang menampar bahu Ros.

"Kau jangan buat kerja gila, Ros!" marah Bintang. Tangannya mencubit pula bahu Ros itu. Nasiblah tak kuat mana. Ros takut bahunya berdarah pula. Bukan boleh percaya sangat Bintang ni. Kecil-kecil cili padi, tapi ganas mengalahkan mak ayam.

"Panggil aku ke?" soal Bulan. Dia menyandarkan tubuhkan ke rak buku yang tinggi itu. Mungkin kerana mereka bertiga terlalu banyak bergaduh sampai kedatangan Bulan pun mereka tidak perasan.

"Ehm.." Bintang terdiam apabila melihat Bulan berada di hadapannya. Kepalanya digaru-garu. Bingung.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?" soal Bulan. Dia tersengih. Mesti sudah ada apa yang dia nak lakukan di dalam benaknya itu. Bintang pergi meninggalkan mereka bertiga kerana sejak kehadiran Bulan, dia menjadi tidak selesa. Sabrina dan Ros pula masih lagi mengusiknya. Kalau ditambah Hannah memang pengsan Bintang di situ agaknya.

*ೃ༄

Selepas sahaja Bintang mencuci wajahnya, dia mengambil tuala yang sudah sedia ada di lehernya untuk mengelap mukanya. Sudah menjadi kebiasaannya untuk melakukan hal itu di setiap pagi. Dia segera menapak masuk ke dalam kamar beradunya kembali untuk menunaikan solat subuh.

Apabila selesai sahaja menunaikan solat subuh, dia pun melabuhkan punggungnya di birai katil. Termenung.

Di dalam fikirannya sekarang adalah Bulan, Bulan dan Bulan. Dia sepatutnya fokus belajar untuk SPM tetapi.. malah sebaliknya. Memikirkan lelaki yang bukan mahram. Sudah pasti dia tahu itu ialah satu dosa yang besar. Dosa berzina. Baru saja habis menunaikan solat, dia malah melakukan maksiat.

"Astaghfirullah Hal Azim." Bintang meraup wajahnya kasar. Al-Quran yang terletak elok di atas mejanya diambil. Manalah tahu boleh menenangkan hatinya yang gelisah memikirkan Bulan itu. Muka surat yang ditanda dengan penanda itu dibuka olehnya.

Semasa dia sibuk membaca Al-Quran, adiknya, Arjuna memasuki ke dalam biliknya. Niat di hati ingin meminjam pen tetapi dia malah duduk di samping Bintang dan mendengarkan Bintang membaca Al-Quran. Lama kelamaan, dia pun tumpas. Menyandarkan kepalanya di bahu Bintang yang masih fokus membaca Al-Quran.

Sesudah membaca,  dia pun membaringkan Arjuna ke atas katilnya lalu membuang telekungnya. Bintang berdecit kecil apabila sahaja dia melihat telekungnya. Sudahlah dia baru sahaja basuh telekungnya beberapa hari yang lepas. Sekarang, Arjuna pula meninggalkan kesan air liur basi di atas telekungnya. Perlulah dia membasuh telekungnya semula.

*ೃ༄

Bulan merenung jauh. Mungkin sudah di Jepun atau malah di Afrika. Entah apa yang dia renungkan. Dia rasa kosong. Bukan kosong, cuma dia memikirkan Bintang. Sampai benda lain sudah tidak boleh masuk ke dalam fikirannya. Hanya Bintang. Kenapa? Kenapa Bintang yang dia fikirkan? Jika ada Malik atau Zuffar di hadapannya, mungkin dia sudah menceritakan segalanya tetapi pendapat Zuffar dan pendapat Malik memang sangat berbeza walaupun mereka berdua ialah adik-beradik.

Bulan segera bangun dari sofa itu. Alat kawalan jauh yang berada di atas meja kecil berhadapan dengannya diambil. Dia menekan suis off di alat itu. Jaket kulit hitam dan kunci motorsikalnya diambil.

"Lan, nak pergi mana?" soal Tuan Hamza sambil mencekak pinggang.

"Papa baru je sudah masak, Lan. Makanlah dulu," ujar Tuan Hamza. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 7:45 pagi. Ke manalah anak dia ni hendak pergi. Takkanlah nak menyibuk rumah orang pagi-pagi buta ni. Waktu cuti pula tu.

"Maliklah," jawab Bulan ringkas lagi kan padat. Tuan Hamza tahu kalau dia balas atau cakap sepatah-sepatah ni mesti ada masalah. Entah apa pula masalah anak tunggalnya kali ini.

"Makanlah dulu." Tuan Hamza tidak bercakap banyak, pergelangan tangan Bulan ditarik olehnya. Tidak kasar tetapi tidak pula dibantah oleh Bulan. Mungkin Bulan tak mahu menjadi anak yang derhaka?

*ೃ༄

Ketik ketak ketik..

Pen di tangan Ameena ditekan-tekan olehnya kasar. Soalan sains di hadapannya tidak dapat dijawab olehnya. Soalan KBAT. Dia meletakkan pennya di atas meja. Memutuskan untuk mengambil angin hadapan rumahnya. Pukul 6 dia sudah belajar. Sudah hampir 3 jam dia belajar kalau diikutkan.

Di saat dia sedang leka mengambil angin, matanya mula tertumpu kepada susuk seorang lelaki yang berada di seberang rumahnya. Lelaki itu memakai jaket kulit berwarna hitam dan helmet full face yang sudah sepastinya milik lelaki itu. Dia kenal benar dengan lelaki itu. Lelaki yang dia idamkan atau lebih kepada lelaki yang dia mahu manfaatkan. Bulan.

Ya, mereka berdua memang berjiran sejak mereka masih berada di tadika lagi. Mereka juga rapat seperti adik-beradik pada masa itu. Bahkan pernah tidur sekali. Hanya untuk beberapa jam kerana kedua ibubapa Ameena memang tidak suka hal-hal seperti itu. Boleh dilabelkan sebagai strict.

Dia melihat pergerakan Bulan. Bilalah dia akan berhubungan seperti dulu lagi? Bilalah Bintang itu akan berhenti menarik perhatian Bulan?

"Cik buat apa ni?" soal Cik Suri. Dia melihat karenah Ameena. Dia juga nampak Bulan yang baru keluar daripada rumah itu. Dia tahu sungguh apa yang dirasakan oleh Ameena. Bahu Ameena diusap-usap olehnya.

"Tak payah sentuh saya lah, Cik Suri." Ameena langsung melangkah masuk ke dalam biliknya semula. Pintu biliknya ditutup kasar. Badannya dihempaskan ke atas katil. Cuti-cuti pun ibu dan bapanya tiada di rumah. Ibunya pulang petang manakala bapanya akan pulang beberapa minggu sekali atau malah berbulan-bulan sekali.

Dia hanya perlu di rumah belajar dan makan bersendirian. Nanti petang dia akan ada latihan renang.



To Be Continue...

Bulan dan BintangWhere stories live. Discover now