"Aku pelik la, Amira. Kau ni single je memanjang. Tak nak ke cari-cari calon ke apa?" soal Mia sambil menyedut air teh aisnya dengan riak muka nakal. Kami sedang duduk berdua di kafe kegemaran kami, tempat yang selalu jadi port lepak sejak zaman sekolah.
Aku menjeling tajam sambil menjawab, "Malas aku. Semua lelaki sama je. Tak setia. Kecuali bapak aku dengan abang aku. Diorang tu lain, setia tak main-main."
Mia buat muka faham-faham sendiri. "Aku tahu. Tapi cubalah cari juga. Tengok aku ni ha, tak lama lagi nak kahwin. Lepas ni tak dapat dah nak lepak selalu dengan kau."
Aku sekadar berdehem, malas nak berbahas panjang. "Ye, ye. Nanti... insyaaAllah aku cari jugak." Kami teruskan lepak sampai petang sebelum pulang ke rumah.
AKU melangkah masuk ke dalam dengan semangat yang entah dari mana datangnya.
"Assalamualaikum semua!" laungku dengan ceria. "Waalaikummussalam!" sahut seisi rumah. "Wahh! Ada kembar aku dengan abang sekali la!" aku bersorak, berlari ke arah Medina yang sedang duduk bersama abangku, Afiq.
Medina bangun dan peluk aku erat. Kembar tak seiras, tapi hati kami dah macam satu. "Ehh ni muka-muka orang single ek?" perli Medina sambil ketawa kecil. "Kurang ajar kau... untunglah kau dapat abang aku. Abang aku tu setia... zaman sekarang mana nak cari orang macam tu." suaraku perlahan, mata ku arahkan ke bawah, entah kenapa rasa sebak tiba-tiba.
Medina tarik aku ke dalam pelukannya semula. "Ala, insyaaAllah, one day kau akan jumpa jugak orang yang betul.". Aku angguk perlahan. "Aamiin..." balasku.
Tak semena-mena suara abangku memecah kehangatan momen itu. "Ehh kau ni dek, sudah-sudah la peluk bini aku tu!" Aku menjelir lidah, "Jeles la tuu" Kemudian, aku peluk Medina makin erat dengan gaya sengaja.
Medina ketawa melihat gelagat kami. Afiq pula buat muka konon marah, tapi aku tahu dia pun seronok. Tiba-tiba aku bersuara dengan nada serius, "Amira rasa nak kerja la mama, papa." semua di ruang tamu pandang aku serentak.
"Kerja apa?" tanya mama.
"Entahlah, janji halal. Reasonnya sebab Amira tak nak asyik guna duit mama papa. Malu la sikit... umur pun dah bukan budak-budak." Mama dan papa angguk tanda faham.
"Tapi kamu rasa kamu nak kerja apa?" soal papa pula. Aku garu kepala yang tak gatal. "Maybe... cashier kot?" Abang aku menyampuk sambil angkat kening, "Tapi... kau tu kan jenis cepat marah. Asyik-asyik nak melenting je. Macam mana nak layan pelanggan nanti?"
Aku buat muka selamba, angkat dua-dua belah bahu. "Adek try dulu la. Kalau tak sesuai, adek berhenti. Tapi bagi peluang dulu, ok?" Papa angguk sambil tersenyum bangga. Mama genggam tangan aku tanda sokongan.
HARI PERTAMA SEKOLAH.
Aku pakai uniform yang disediakan. Tudung aku lilit elok-elok. Nama tag kecil tergantung di dada 'AMIRA' huruf besar semua, macam tengah jerit.
"Ye, cik nak order apa?" soalku kepada pelanggan pertama dengan senyuman paksa. Bukan sebab aku tak ikhlas, tapi sebab aku masih cuba biasakan diri.
"Apa je ada?" tanya pelanggan tu sambil belek menu macam tak ada kerja. "Banyak. Kita ada semua. Dari makanan berat sampai dessert, semua lengkap!" jawabku penuh semangat.
"Hmm... nak cake red velvet la..." Aku angguk. "Air?"
"Teh limau."
"Baik, cik duduk dulu ye. Saya hantarkan nanti." lepas dia makan dan blah, aku mula bersihkan meja dan hantar pinggan ke dapur. Tiba-tiba...
BAM!
Aku terlanggar seseorang. Atau... dia yang langgar aku? "Woi!! Tak nampak ke buta ke??!!" aku jerit, hilang sabar. Nasib baik kafe dah kosong. Kalau tak, dah viral aku kat TikTok. "Eh! Kau yang langgar aku dulu la!" suara lelaki itu tinggi.

YOU ARE READING
𝑴𝒚 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 𝑰𝒔 𝑨 𝑩𝒂𝒃𝒚𝒔𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓
Romance𝓓𝓪𝓽𝓸 𝓱𝓪𝓻𝓲𝓽𝓱 𝓲𝓼𝓴𝓪𝓷𝓭𝓪𝓻 𝔁 𝓛𝓪𝓲𝓵𝓪 𝓐𝓶𝓲𝓻𝓪 Selepas pelbagai kejadian yang melibatkan abangnya dan Medina, serta pergolakan yg melanda keluarga mereka, kini tibalah giliran kisah ank perempuan dlm keluarga itu pula. Amira. Amira...