Bab 10

54 5 2
                                    

Aralyn yang masih tidak ada hala tuju dia menghentikan keretanya di pinggir jalan lalu menangis teresak-esak di dalam keretanya.

Setelah beberapa minit Aralyn kembali memandu kereta menuju company daddy selepas keadaannya semakin stabil.

Apabila Aralyn tiba di company daddynya semua mata tertuju padanya.
Tetapi Aralyn hiraukan saja. Kemudian dia memasuki ruangan dan terus berjalan ke bilik office daddy.

Di bilik office daddy dia melihat daddy yang sedang sibuk mengerjakan documents yang berterabur di atas meja sehingga tidak menyedari kehadiran dirinya yang berada di hadapan pintu bilik office daddy.

Tidak menunggu lama Aralyn terus membuka pintu bilik office daddynya and masuk ke dalam office daddynya. Selepas itu daddy melihat ke arah Aralyn.

"Daddy..." Aralyn dengan nadanya yang tidak sanggup untuk menahan airmatanya lagi.

"Daddy, Ara takut...." Saat ni airmatanya mengalir di pipinya.

Dato' Imran terus terdiam seketika kerana melihat airmata anak perempuannya mengalir. Dato' Imran terus berjalan menghampiri anak perempuannya.

Kemudian Aralyn tersedar dari tidurnya  dan tanpa disedari air mata mengalir di pipi mulus Aralyn tanpa disedari. Aralyn terus mengalihkan pandangan ke kearah tinggkap keretanya dan Aralyn menyedari bahawa langit sudah hampir gelap sambil menyeka air mata yang membasahi pipi mulusnya.

Aralyn terus meluncur keluar keretanya dari pinggir jalan yg diberhentinya selepas mendapat panggilan dari neneknya.

Aralyn meluncur masuk tempat parking di mall Pavilion untuk menunaikan solat Asar yg belum dilaksanakan olehnya dalam masa yang sama Aralyn boleh mengisi perutnya yang tidak dijamah sama sekali hari ini.

Selesai solat asar Aralyn menuju ke sebuah restaurant cloud 9 dan mengambil tempat duduk sambil menunggu makanan yang dipesan olehnya.

Semasa menikmati makanan fikirannya dipenuhi dengan kebimbangan terhadap perkahwinan yang tidak diingini sehingga dia tidak terlalu menikmati makanan yang dipesan oleh dirinya dan makan hanya sekadar untuk melapis perutnya yang tidak diisi sejak pagi tadi.

Seusai makan Aralyn membatalkan keinginan untuk membeli belah barangan kesukaannya disebabkan oleh sakit kepala yang dialaminya. Aralyn terus melajukan keretanya untuk kembali ke penthouse milikinya. Tiba di tempat lot parking kereta. Dia keluar dari perut keretanya.

Semasa dia merasai bahawa ada sesuatu yang mengikuti dirinya namun apabila dia mengalih pandangan ke arah belakang dia tidak melihat apa-apa yang pelik. Sebenarnya Aralyn selalu mengalami hal yang serupa namun dia tetap berasa tidak selamat dan takut lalu dia berjalan dengan lebih laju menuju ke lif.

Aralyn terus sahaja tertidur selepas pulang dari Pavilion dan masih berpakaian abaya yang meliputi tubuh badannya dan selendang yang masih melilit di kepalanya kerana keletihan serta masalah yang dialami sehingga dirinya terlepas solat maghrib.

"Ya Allah, macam mana aku boleh terlajak tidur ni.. ya Allah tolonglah ampunkan ara.." Aralyn baharu yang terjaga dari tidurnya terus berlari menuju bilik air untuk mandi.

Selepas menganti solat magrib yang tidak ditunaikan Aralyn terus solat Isya' dan solat tahajjud untuk menemui jawapannya.

Aralyn mengulang dua kalimah Syahadah sebanyak 10× dituruti mengagungkan nabi, Asmaul Husna dan zikir nabi yunus.

" Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kau tempatkanlah ibu ku ke dalam syurga mu, kau lembutkan lah hati daddyku untuk menerima ku, kau berikanlah kesihatan yang baik kepada daddy ku, kau tenangkanlah hatinya dalam isi dunia. Ya Allah kau berikan lah aku petunjuk dalam semua persoalan. Ya Allah, jika benar engkau menciptakan dia untuk ku maka aku terima dengan seikhlas hati kerana aku tahu bahawa engkau sebaik-baik perancang. Namun jika dia bukan seseorang yang ditakdirkan untukku maka engkau jauhkan lah aku darinya. Ya Allah sesungguhnya aku sedar bahawa termasuk dari orang yang lalai namun aku sangat menginginkan seorang suami yang mampu membimbingku ke jalan yang benar, seorang suami yang selalu mengagungkan engkau, seorang suami yang tidak hanya memahami agamamu namun juga seseorang yang mengamalkan agamamu dan juga seseorang yang mampu menasihati dengan kesabaran yang tinggi dan mampu memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada ku sebagai isterinya. Amin amin ya Rabbal Alamin." Doa yang diiringi dengan tangisan dan esakkan Nafisa Aralyn.

Nafisa Aralyn tertidur di atas sejadah dengan diiringi air mata.

Megat Haider Eskandar Where stories live. Discover now