Bab 15

59 2 0
                                    


Hari ini merupakan hari minggu dan pada pukul 9:00 AM Nafisa Aralyn sedang menyiapkan bubur nasi yang penuh dengan khasiat untuk di bawa ke hospital untuk bakal suaminya. Aralyn membuka peti sejuknya untuk mengeluarkan sayur-sayuran yang diperlukan untuk bubur nasinya. "Hmmm ayam akan memberikan protein kepada bakal suaminya.'' Kata Aralyn semasa dia memotong dadu isi ayam tersebut. Tidak lupa juga akan sayur-sayuran yang hendak digunakan dipotong dan di masukkan dalam mangkuk yang bersesuaian sebelum digunakan.

Seusai masak, Aralyn terus masuk ke biliknya dan mencapai tuala mandi untuk membersihkan dirinya  untuk kali kedua di pagi ini. Dia telah membersihkan dirinya sebelum memulakan aktiviti memasak di dapur.  Di hadapan cermin dia melilit shawl off white mengenakan abaya full set dengan shawl.

"How gorgeous I am today. Oh I forgot that I looked gorgeous every single minutes."

Tak salahkan puji diri sendiri.

Ketika di lobi hospital, Aralyn mendapat panggilan daripada Dr. Noah Aiden yang baharu saja menggantikan Dr. Azam sebagai profesor IT.

Aralyn mengangkat panggilan tersebut dengan keadaan memandu.

"Hello Aralyn." Sapa Dr. Noah Aiden.

"Ye Dr. ada apa tu Dr." Jawab Aralyn.

"Sorry ganggu malam ni awak free tak?" Kata Dr. Noah Aiden.

"Sorry Dr. malam ni saya tak free lah saya dah janji dengan kawan saya nak keluar. Lain kali kalau saya free saya on hehehe" Jawab Aralyn.

"Tak apa lah kalau macam tu. Assalamualaikum." Jawab Dr. Noah dengan nada sedikit kecewa.

"Waalaikum............."Panggilan di tamatkan oleh Dr. Noah.

"Aikkk, belum aku sempat cakap habis lagi dia dah letak ish ish ish." Kata Aralyn seorang diri.

Aralyn terus menuju ke lift tanpa ke kaunter pertanyaan kerana dia sudah tahu di mana ward Darren berada disebabkan telah melawat bakal suami semalam.

Tiba di ward Darren, Aralyn menolak pintu ward VVIP itu dia melihat lelaki itu masih berada dalam mimpinya dengan riak wajahnya yang tenang seiring dengan kekacakan yang tidak dapat dijelaskan. Namun Aralyn percaya bahawa semua mata dan perhatian akan tertumpu padanya jika bakal suaminya berada di tempat umum.

Setelah puas melihat wajah bakal suaminya. Dia meletakkan bekas buburnya diatas meja. Lalu dia mengambil tempat duduk dengan melabuhkan punggungnya di atas kerusi pelawat yang berada di sisi kanan katil yang menempatkan bakal suaminya yang masih berada di mimpinya sendiri. Tidak lama selepas itu dia menyedari kerusi roda yang berada pada bucu dinding yang agak jauh dari mereka berdua dan berada pada sebelah kiri. Dia merasa sebak kerana dia harus menerima fakta bahawa bakal suaminya akan bergantung pada kerusi roda kerana apa yang diidamkannya tidak akan terwujud.

Nafisa Aralyn  merupakan seorang gadis yang menjadikan novel, manhwa sebagai suatu yang cara untuk melarikan diri daripada dunia nyata yang amat perit. Mengharapkan seseorang  jejaka yang akan membawa  keluar dia daripada dunia yang  kejam. Seorang jejaka yang akan mencintainya melebihi dirinya. Namun dia tahu bahwa itu tidak berlaku memandangkan dia dan Darren atas dasar paksaan.

        POV DARREN

Darren yang baharu sahaja terjaga dari tidurnya. Dia membuka matanya dan perkara pertama yang dilihatnya ialah gadis anggun yang merupakan bakal isterinya. Si gadis anggun itu sedang duduk di sisi kanan katilnya. Namun gadis itu tidak menyedari bahwa dia telah terjaga dari tidurnya dan gadis itu kelihatan seperti sedang dilanda kesedihan, kelihatan seperti berada dalam fikiranya sendiri dan air jernih  yang bertakung di bebobal matanya lalu Darren dapat mengenalpasti bahawa tatapan ikhlas. Melihat hal itu dia melihat ke arah sisi kirinya yang merupakan arah di mana gadis itu tatap. Lalu dia sedar bahwa sesuatu yang menjadi tatapan bakal isterinya ialah Kerusi roda miliknya yang berada pada bucu dinding sebelah kiri.

Megat Haider Eskandar Where stories live. Discover now