Hati [II]

35 15 4
                                    


💖

Buntu? Serabut?

Hati adalah tempat kedua untuk berkomunikasi,

Pertama sekali adalah Ilahi,

Luahkan segalanya padaNya seakan tiada lagi esok hari,

Allah Maha Mendengar setiap bait kata hambaNya,

Hatta engkau berdoa di dalam hati,

Allah masih dengar,

Andai malu untuk berbicara,

Andai malu untuk menunjuk muka,

Diam sahaja,

Tunjuk sahaja,

Hanya tangan yang diangkat,

Untukmu berdoa kepadaNya,

Tidak mengapa ketika itu engkau membisu,

Hanya Allah yang tahu isi hatimu,

Menangislah,

Selagi boleh menangis,

Jangan risau,

Hanya Allah sahaja saksi ketika itu.

by choconad_

Inner Self✓Where stories live. Discover now