Nukilan Ikhlas🤍

18 5 11
                                    

° ° °

✓ Nak berubah itu senang,
Susahnya itu istiqamah,
Perlukan hati yang ikhlas,
Sebulat sehati ingin meninggalkan maksiat,

°•°
°•°
°•°

✓ Jaga 3 perkara;:
1. Solat
2. Al-Quran
3. Ibu bapa

Genggam eratlah di hati.

<>
<>
<>

✓ 3 pasang mata yang tidak akan disentuh api neraka (kata Rasulullah)

1. Mata yang ketika dimalam hari, dia beribadat seperti solat tahajjud, berdoa dan sebagainya
2. Mata yang disaat dia sedang beribadat dan menangis kerana dosa lalu
3. Disaat apabila ada kesempatan melihat yang haram, dia segera beristighfar dan memalingkan mata

°
°
°

✓ Sayang dia?
Tinggalkan dia.
Kata sayang Allah lebih dari dia?
Tetapi mengapa larangan Allah kau tak jauhi,
Malah nafsu kau turuti?



✓ Maaf, masih belum boleh mencintaimu sekarang,
Kerana aku masih belum sepenuhnya mencintai Pemilik Cinta

'
'
'

✓ Belum sempurna kita sebagai seorang muslim kerana rukun islam kedua pun tidak terjaga,
Apa dia?
Solat 5 waktu ")

^
^
^

✓ Kenapa tak rasa manis ketika beribadat?

1. Kerap melakukan dosa
2. Sering melihat perkara haram
3. Tidak segera bertaubat

°
°
°

✓ Memang pahit untuk meninggalkan dosa yang telah biasa kita lakukan,
Namun, yang pahit itu tidak akan memudaratkan malah menyihatkan akal dan iman <3




✓ Hari demi hari,
Sepatutnya hati semakin dekat dengan Ilahi,
Usia demi usia,
Sepatutnya sudah banyak peroleh pahala,

Tetapi aneh ya?
Semakin meningkat dewasa,
Semakin jauh dan lalai,
Apa rahsiamu?
Sudah lihat syurga dan neraka, ya?

by choconad_

•°• °•° •°• °•° •°• °•° •°• °•° •°• °•°


Assalamualaikum, tirai sudah ingin melabuh,
Terima kasih kepada semua yang membaca Inner Self ini,
Saya mengucapkan ribuan terima kasih❤️

Saya sejujurnya hargai setiap pujian kamu semua terhadap ayat² saya. Thank you very much❤️

Kita tutup di sini ya? Saya harap semuanya boleh ambil sedikit sebanyak tinta² dan puisi² ini sebagai pengajaran🤍

Syukran jazilan❤️ jazakumullahu khairan jaza🤍🍉

#freepalestin🍉

Inner Self✓Where stories live. Discover now