BAB 9

67 5 0
                                    

"Baiklah semua, pagi ini akan diteruskan dengan misi kita. Seperti yang sedia maklum, dalam borang yang ada dengan kamu sekarang ni, kamu diminta isi setiap unit kawasan yang ada. Cari nilai tapak untuk sebuah kedai. Kalau kamu dalam sektor kemudahan awam, kamu cari berapa nilai tapak kemudahan awam terdapat disana. Cari nilai betul-betul sebab nanti kita nak buat pelan konsep, pelan kunci dan lain lain. Kalau kamu ambil maklumat salah, kamu kena datang sini semula menggunakan transport sendiri. Faham?"

Seawal jam tujuh pagi, kami sekelas diarahkan untuk melaksanakan tugas yang diberi. Aku satu kumpulan dengan Kasturi dan seorang lelaki yang namanya Aqil.

Fuh!

Nasib baik ada Aqil yang pandai dalam bidang ni. Selamatlah sikit aku dari disoal. Bukannya apa, aku ni agak lembab orangnya. Dah la terjun dalam bidang yang aku tak minat. Kadang aku rasa seperti sedang sedekahkan diri menjadi mangsa buat ikan Josh. Masuk dalam mulut, digigit sampai lumat dan selamat sampai ke alam Barzah.

"Jomlah kita gerak sekarang. Cepat mula cepat habis." Aqil mengajak.

Aku dan Kasturi membuntuti langkahnya dari belakang. Kiri kanan depan belakang aku memerhati keadaan sekeliling. Disebabkan kami dari sektor perniagaan, jadi kami perlu mengkaji setiap nilai tapak sebuah kedai.

Ah!

Aku suka pergi site tapi aku tak suka buat tugasan. Tambah pula dengan otak aku yang agak slow untuk beri dan ambil maklumat. Haih, ternyata seorang Inayah memang akan bodoh bab pengiraan buat selamanya.

Sedang kami fokus untuk mengerjakan tugasan, mata aku tertangkap satu imej yang amat aku kenali. Satu susuk tubuh Umai dan seorang lelaki berbaju hoodie hitam! Hampir terlongo aku sekejap. Sampai sini lelaki tu ikut dia.

"Kau kenapa, Nil?" Bahu aku disentuh dari belakang. Kasturi menegur aku hairan. Dahinya berjongket sedikit.

"Aku nampak seseorang."

"Kau nampak apa?" Dia liar pandangan ke jalan besar.

Pertanyaan Kasturi aku biarkan berlalu. Mata masih mencari cari kelibat Umai tapi dia sudah hilang di sebalik jalan. Haish, makin lama jiwa aku membuak-buak inginkan kebenaran. Aku perlu tahu apa sebenarnya hubungan Umai dengan lelaki itu. Kenapa mereka berbicara hal mangsa tempoh hari?

"Penatnya." Keluh aku didalam bilik. Hampir empat jam kami buat tugasan. Kaki aku pun sudah terasa melecet. Lenguh habis satu badan. Cuaca di Langkawi pulak bukan sejuk tapi panas dek bahang dari pantai. Boleh hitam muka aku yang sudah sedia hitam.

"Kau nampak apa tadi Nil?" Tiba-tiba Kasturi menyoal aku lagi. Kerusi di meja solek dia duduk. Tudung yang dipakai dilepaskan dan diletakkan diatas kerusi. Air mineral diteguk rakus.

"Aku nampak Umai." Senada aku menjawab.

Kasturi pusing menghadap aku. "Dia dengan siapa?"

"Dengan lelaki berhoodie hitam." Ringkas aku menjawab.

"Siapa tu?" Soalnya.

Aku bingkas bangun dari katil. Kerusi kecil aku ambil dan duduk di depannya.

"Kau ingat tak lelaki berhoodie yang langgar aku masa masuk dalam lift haritu? Haaa, dia lah."

Terbuntang mata Kasturi mendengar. Dia pun terkejut. "Apa kaitan Umai dengan lelaki tu? Kau silap orang kut."

"YaAllah, betul. Buat apa aku menipu kau. Dah banyak kali aku nampak Umai dengan lelaki yang sama. Aku tak buta lagi lah." Tegas aku berbicara.

"Takkan lelaki tu sanggup datang sini?"

"Tak mustahil sebab dia datang sini pun kemarin. So, selama seharian kemarin takkan dia duduk sini sorang-sorang?"

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now