BAB 16

52 4 0
                                    


Bau-bauan hospital menerjah masuk dalam rongga hidung. Ah! Aku paling benci bau hospital dan ubat. Sangat alergik. Tapi sekali demam, panadol juga yang ditelan.

Sikit-sikit aku buka mata. Cahaya lampu laju menujah anak mata. Aduh! Agaknya berapa lama mata aku terpejam tidak terbuka? Melihat cahaya sahaja buat mata aku tidak mahu buka sampai bila bila. Aku ibarat orang yang duduk dalam gua beribu tahun lamanya. Silaunya bukan main.

Dengan kekuatan yang masih tersisa, aku cuba bangun dari katil. Mata diliar melihat keadaan sekeliling. Hanya ada aku seorang diri didalam bilik berdinding putih. Aku dah mati ke?

Herh!

Kalau aku dah mati pun lagi senang. Tak ada bunian dan lembaga itu datang menghantui aku. Hidup aku tenang dan damai tanpa gangguan. Tapi itulah, tetap kena jawab pertanyaan malaikat munkar dan nakir. Kalau soalan yang ditanya tidak diberi jawapan, bersiap sedialah kena hukuman. YaAllah, jauhkan kami dari siksaan kubur.

Pintu bilik kedengaran terbuka. Laju mata aku melihat siapa gerangan yang membuka. Rupa-rupanya mak dan ayah. Mereka berjalan menghampiri aku. Namun, disebabkan aku agak trauma dan takut dengan lembaga yang menyerupai mak tempoh hari. Aku lebih berjaga-jaga mahu memastikan itu adakah mak sebenar ataupun tidak.

Aku kesotkan badan yang masih diatas katil. Bergerak ke hujung sedikit. Jauh dari mereka. Melihat riak wajahku yang sudah bertukar cering, aku tahu mereka berdua mesti hairan dengan kelakuan yang tiba-tiba.

"Adik dah bangun? Nak minum ayaq dak?" Soal mak. Air didalam bekas termos dituang kedalam satu cawan kecil lalu disua kepadaku.

Namun, cawan itu tidak aku ambil. Sebaliknya aku menatap halus wajah mak dan ayah silih berganti. Bukan aku nak menipu. Sememangnya aku agak gerun untuk melihat wajah mak. Aku takut andai muka mak berubah jadi lembaga yang tersenyum sinis kepadaku sebelum pengsan tidak sedarkan diri.

Dahi mak berkerut. Dia memandang ayah sejenak. Cawan yang tidak diambil oleh aku, mak tarik semula lalu diletakkan keatas meja. Ruang besar diatas katil, mak duduk perlahan.

"Adik kena ganggu lagi?"

Entah. Bila mak menyoal soalan itu buat jantung aku makin berdegup kencang. Bagai baru selesai membuat larian 200 meter.

"Betul ka ni mak?"

Pertanyaan mak dibalas dengan pertanyaan dari aku. Dapat lihat kening mak bercantum apabila mendengarnya.

"Ya, ini mak. Kenapa?"

Mak bawa tangannya mahu menyentuhku. Jari jemarinya aku perhati lama. Hanya kedutan tua sahaja yang ada. Bukan cari runcing beserta kuku tajam hitam yang mahu mencekikku.

Ketika kulit mak mula menyentuh lengan aku. Tiba-tiba aku terasa bagai eletrik menyambar. Badan bergetar hebat. Mindaku automatik teringat kejadian lepas.

"Kawan kau akan mati!"

"Mereka akan jadi mangsa aku!"

Terngiang-ngiang suara itu bergema dalam kotak minda. Kepala rasa mengerkau kuat bagai nak meletup. Tanpa sedar, aku ketuk kepala sendiri dengan kuat sambil muka meringis sakit. Air mata mula bercucuran jatuh. Tangisan yang terjadi bukan sebab sakit kepala diketuk tapi aku risau keselamatan kawan-kawanku disana. Lagi-lagi Kasturi.

Kalau bukan aku, siapa lagi yang perlu dibantu? Nak harapkan Umai? Dia penyebab kenapa kami semua terpalit sekali dalam masalah dia.

"YaAllah, adik kenapa buat macam ni?" Mak cuba menarik tanganku dari terus memukul diri sendiri. Aku dengar suara mak seakan bergetar menahan tangis.

SEMESTER DUA ( C )Where stories live. Discover now