"Congratulations datuk, datin, I doakan semoga hubungan datuk dan datin kekal hingga ke syurga. Hashtag 'selamat menua bersama'," Fiona mengekek kecil seraya berjabat tangan dengan Eidress dan Elsa. Dia dengan Elsa berlaga pipi sebelum menyerahkan sebungkus hadiah yang dibalut cantik kepada Elsa.
Malam ini berlangsungnya majlis ulang tahun perkahwinan Datuk Eidress Khalel dengan Datin Elsa Khalida yang ke-10 di kediaman mewah mereka. Majlis diadakan secara tertutup dan hanya keluarga dan rakan taulan terdekat sahaja yang dijemput.
"Terima kasih, Fi. Susah-susah je you ni." Hadiah bertukar tangan.
"Tak susah pun. Lagipun you kan majikan terbaik I mesti I kena bagi something special untuk you. Datuk, make sure tahun ni ada Eid or El junior, ya?" gurau Fiona, mengenyit mata kepada Eidress.
Eidress melebarkan bibirnya. Pinggang ramping Elsa disauk dari belakang, dibawa mendekat. Elsa juga melebarkan lekungan bibir. Dia melentok manja di dada bidang suaminya.
Seperti biasa, watak mereka sebagai pasangan merpati dua sejoli patut dijayakan dengan sempurna biar nampak 'sweet' di mata yang melihatnya.
"Insya-Allah, Fi. Doakan ya? I pun dah tak sabar nak dengar ada orang panggil I 'ayah', right El?" Eidress menyahut gurauan Fiona sambil merenung lembut isterinya.
"Emm, ya. I pun tak sabar nak bergelar 'ibu'. Make me darl!" Elsa mengiakan sambil membalas pandangan suaminya dengan sedikit nakal.
"Okeylah datuk, datin, I pergi ambil makan dulu, ya? Tak manis kacau orang bercinta nak beromantika de amour ni." Fiona menyakat sambil meminta diri. Cemburu dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Elsa dan Eidress. Tak hormat ibu tunggal betul!
Eidress mendekatkan bibir ke telinga isterinya. Perasaan yang sedang bergelodak dalam hati ditahan sebaik mungkin.
"Thanks for giving me this biggest surprise, wifey." Eidress membisik sambil menayang senyuman sinis. Terkejut, memang dia sangat terkejut dengan kejutan yang disediakan oleh Elsa kali ini. Hampir-hampir saja jantungnya terhenti bahana terkedu dengan tindakan drastik Elsa. Gila, isterinya memang gila!
"Most welcome hubby. Turki? Bisness trip? Next time, okay? Malam ni kita enjoy dulu puas-puas, okey?" Elsa turut menarik hujung bibirnya, menggoda Eidress. Rancangannya untuk kenakan Eidress berjaya.
"You dah makin berani, El." Eidress mengumam.
Elsa tersenyum puas. Tak sia-sia dia mengupah orang untuk menculik Eidress ketika lelaki itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur siang tadi. Itulah rancangan gilanya di saat akhir, dia sanggup menundakan temu janjinya dengan Mr. Mika, wakil pengurus produknya dari Jepun demi menjayakan majlis ulang tahun perkahwinan mereka.
"Well, I belajar dengan suami I. Dia mentor I and you patut terima kasih dekat 'dia' banyak-banyak, tau." Elsa mengenyit mata.
Keduanya saling merenung. Elsa dengan perasaan bangganya, dia yakin tentu Eidress terkesan dengan kejutan yang diberikan. Tentu Eidress akan berterima kasih dengannya kerana sudah menyediakan majlis ini, meskipun keduanya sibuk dengan tugas masing-masing.
Tanpa Elsa tahu, Eidress kerunsingan. Jasadnya ada dalam keramaian majlis yang sedang berlangsung sedangkan hatinya jauh melayang. Dia memikirkan keadaan Anggun yang sedang dalam penerbangan ke Turki bersama Dato' Ameer dan isterinya, Datin Dania. Mujurlah ketika dia diculik siang tadi, dia dengan Anggun menaiki kereta berasingan, kalau tidak semuanya pasti kecoh dan kantoi!
YOU ARE READING
KARMA SETIA (E-BOOK)
RomanceBLURB : Elsa Khalida, Memiliki suami yang kaya-raya dan disegani ramai, bagi Elsa itulah definisi kesempuranaan yang sebenar untuk para isteri. Dan dia bertuah kerana memiliki kesempuranaan yang didambakan itu. Tambah lagi, suaminya setia disisi dan...