BLURB : Elsa Khalida, Memiliki suami yang kaya-raya dan disegani ramai, bagi Elsa itulah definisi kesempuranaan yang sebenar untuk para isteri. Dan dia bertuah kerana memiliki kesempuranaan yang didambakan itu. Tambah lagi, suaminya setia disisi dan tidak merungut meskipun mereka belum di kurniakan cahaya mata sebagai tanda pengikat kasih mereka, membuatkan dirinya berlipat kali ganda beruntung. Dengan pakej suami yang dimiliki dan juga statusnya sebagai founder produk kecantikan, dia merasakan kebahagian yang di capai ini sangat sempurna dan gah di mata khalayak ramai. Pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-10, tiba-tiba muncul surat layang dari Encik X untuknya. Semenjak dari itu hidup Elsa tidak lagi tenang dan lenang seperti biasa. Elsa resah tatkala satu persatu kisah silamnya dibongkarkan oleh Encik X. Resah dan akhirnya dia tersesat dalam bayang-bayang sendiri. Eidress Khalel, Bukan kemewahan yang dikejar tapi kebahagiaan jiwa yang didambakannya. Berkenalan dengan Anggun Nayla, memenuhi rasa yang didambakannya. Hari demi hari kasihnya terhadap gadis itu semakin mekar sehingga dia menawarkan sesuatu kepada Anggun tanpa melepaskan apa yang sudah dia miliki. Antara cinta atau setia, dia tidak perlu memilih salah satu kerana dia memerlukan keduanya. Tapi adakah dia perlu melepaskan salah satu apabila terbukanya 'satu pintu rahsia'? Elsa Khalid, Eidress Khalel dan Anggun Nayla terperangkap dalam satu permainan 'karma'. Tatkala satu persatu dibuka, ada yang jatuh terduduk. Semuanya kerana 'KARMA'.