BAB 5

1.2K 125 8
                                    

ANGIN yang menyentuh batang tubuh Naina itu seakan berbisik, menyampaikan berita bahawa dia tiba di tempat itu lagi; masa lalu. Bulu roma Naina automatik menegak sembilan puluh darjah.

“Ini... mimpi.”

Naina menelan air liurnya sendiri. Terasa kesat, berpasir, seolah-olah ada arsenik yang mengalir ke kerongkong. Mencucuk-cucuk sehingga dadanya pula terasa padat dan berat.

Tangan mula naik menggosok dada sendiri. Belum apa-apa, dia sudah rasa sukar untuk bernafas. Oksigen yang masuk tidak memenuhi kapasiti paru-parunya itu.

“Aku nak bangun... aku taknak ada dekat sini lagi....” Dia merayu.

Berkali-kali Naina cuba memaksa diri untuk bangun daripada tidur. Kerana Naina tahu, tibanya roh dia ke alam mimpi ini hanya membawa satu makna.

Malapetaka.

Mata mula memerhati sekeliling. Ya. Masih sama seperti mimpi lalu. Ada bangunan usang di kiri kanan, tidak berwarna dan dipenuhi dengan contengan merah.

The world is not safe anymore.

H E L P.

I can see you.

Kali ini, ada contengan perkataan baru. Entah apa makna disebaliknya, Naina tidak tahu.

Kakinya mula melangkah ke hadapan. Melalui jalan lurus yang penuh dengan dedaunan kering di atasnya. Kepala mula menoleh ke arah kiri. Ada papan tanda bersaiz besar, gah terpacak di situ.

Papan tanda itu juga diconteng dengan tulisan berwarna merah pekat.

Are you proud of who you have become?

Entah kenapa, sebaris ayat itu buatkan Naina diam seketika. Kepala automatik berfikir, adakah dirinya sekarang ialah apa yang dia pernah inginkan?

Lamunannya terganggu tatkala hidung mula menangkap satu bau yang seakan-akan besi. Bau yang biasa dia hidu apabila terlibat dengan kes-kes pembunuhan.

Matanya mula memandang ke arah tulisan di dinding bangunan lain. Sekejap, dia toleh ke kanan.

The demons are coming.

Sekejap, dia toleh ke arah kiri.

Dying is the best option.

Setelah diamati, bau itu datang dari contengan tersebut. “Da... darah?”

“Kau rasa... itu darah siapa?” satu bisikan di telinga Naina hampir membuatkan jantungnya gugur. Terus dia menoleh ke sisi. Namun, tiada sesiapa disitu.

Saat dia menoleh ke hadapan semula, terus dia tersentak hebat. Kaki mula berundur beberapa tapak kebelakang. Tindakan drastik.

“Amanda....” Nama yang tidak asing lagi itu meniti di bibir.

Gadis bergaun hitam yang labuhnya mencecah lantai hanya menghadiahkan senyuman lebar.

“I will be your tourist guide today, Naina Hijannah. Welcome aboard.”

Naina mengetap rapat rahangnya seraya menggeleng laju. “Aku taknak ada dekat sini. Aku nak bangun sekarang, Amanda.”

“Oh, no you don’t.” Gadis itu mengejek sebelum mula merapatkan jarak.

“Kau ada dekat sini, sebab kau sendiri yang pilih. Kau yang tolak pintu gerbang di hutan sana, Naina.”

Mendengarkan itu, kepala Naina mula teringatkan mimpi lepas. Ya. Dia berada di dalam hutan bak orkestra.

“I just follow the voices!” Naina beralasan. Namun, apabila melihat senyuman Amanda semakin melebar, dia mula menyedari sesuatu.

“Suara tu... suara kau? Kau yang panggil aku?”

Internet Death Angel | TERBITWhere stories live. Discover now