[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒉𝒐𝒆𝒔

223 16 13
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Dr. Christine mengetuk pintu pejabat Daniels.

"Come in," panggilnya, pandangannya masih tertumpu pada dokumen di hadapannya.

Dengan langkah professional, wanita Amerika itu masuk. Bunyi klik tumitnya bergema lembut ketika melangkah ke arah Daniels sambil membawa satu laporan kesihatan. Kemudian, dia berhenti di hadapan Daniels.

Daniels bertemu dengan pandangan Dr. Cristine.

"Yes, Cris?" Daniels bertanya.

Cristine menyerahkan laporan kesihatan Kytor kepada Daniels.

"I think we should take him to the US, Dan. You know what can happen if we delay," desaknya.

Daniels berdiam diri, meneliti laporan itu dengan teliti.

"Not now."

"Then, when? He's unstable, Daniels. If he hadn't been treated, I'm not sure he will be safe," kata-kata Christine membuat Daniels terdiam.

Senyap.

Suasana senyap memenuhi ruangan itu seketika.

"Soon." Daniels akhirnya memecahkan kesunyian.

"Soon, I will take him."

"Is his wife know bout this?" Soal Dr Cristine.

"Nope. I don't want she worried bout him."

Dr Cris mengangguk faham. Daniels menyerahkan semula laporan itu kepada pemiliknya.

"Have a nice day, Dan," kata Cristine sambil menundukkan kepalanya sedikit sebelum keluar dari pejabat Daniels

Daniels memandang kosong saat Dr. Cristine keluar dari bilik pejabatnya.

᪥᪥᪥

Naira menatap dirinya dalam cermin, tudung berwarna creamnya melilit rapi di kepalanya. Namun, bayangan kata-kata papa semalam masih mengganggunya.

Red shoes?

Apa maksud papa hati-hati dengan kasut berkulit merah?

Keraguan menyelubungi fikirannya. Dia ingin bertanya suaminya, tetapi apakah okay saja jika bertanya berkenaan ini? Kytor okay kan?

Sementara itu, suaminya masih di dalam bilik air. Sudah berjam-jam lamanya dia berada di sana, hakikatnya Naira hairan tiada sebarang bunyi pancuran mandian atau air paip yang mengalir dari bilik air itu. Pelik.

Buang air besar kut. Fikir Naira.

Naira bangun dari duduk setelah selesai berdandan, langkahnya menuju pintu keluar dalam keinginannya untuk berjumpa dengan abang Marc, ingin memberitahu tentang keadaan Ryan.

Namun, saat ia melangkah keluar, muncul lelaki besar dan tegap di sisinya dengan tiba-tiba. Naira terperanjat, nasib tak menjerit histeria je tadi.

Raut wajah lelaki asing itu dingin, dan misteri dengan pemakaian sut biru tua dan tatu yang ketara di lehernya beserta parut menakutkan di wajahnya.

Naira hanya memberikan senyuman nipis, lalu berusaha mengelak dengan memusing tubuhnya menuju arah yang berlawanan untuk turun ke bawah. Saat itu, langkahnya terhenti tiba-tiba. Sekejap. Wait a minute.

Warna kasutnya...

Kasut lelaki itu... merah?

Rasa dingin melanda tubuh Naira saat dia menyedari sebentar tadi. Jantungnya berdegup tidak terkendali.

Perlahan, dia memusing tubuhnya dan menaiki tangga semula, dan dia melihat lelaki tersebut sudah menghilang. Matanya langsung tertuju pada pintu bilik suaminya yang terbuka lebar.

Tadi dia baru saja menutup pintu bilik itu.

Naira merasa gelisah. Langkahnya bergegas menuju ke bilik suaminya. Dia terdengar bunyi barang-barang jatuh dari dalam bilik membuatnya semakin gelisah. Namun, sebelum dia bisa sampai ke bilik suaminya, muncul beberapa lelaki asing di hadapannya

Naira terpaku, tubuhnya kaku. Dia berdiri dengan gementar melihat raut-raut wajah bengis orang-orang asing ini. Naira mundur perlahan, saat dia melihat mereka memegang senjata tajam dan bahkan senjata api.

"Aargh!" Itu suara Ryan!

Naira merasakan jantungnya berdegup kencang. Dia memalingkan pandangan ke belakang untuk berlari meminta bantuan. Tetapi terlambat. Dia sudah dikelilingi oleh sekelompok lelaki asing. Hatinya berdegup kencang, mencari cara untuk meloloskan diri dari situasi menakutkan ini. Dia tahu bahawa satu-satunya jalan keluar adalah jika seseorang datang menyelamatkan mereka, tetapi pada masa seperti ini, harapan itu terasa begitu jauh dan tipis.

Dia perlu meminta bantuan abang Marc. Atau.. abang Han. Tidak pun, papa..

"Fuck!" Terdengar teriakan dari dalam bilik suaminya membuat Naira menoleh, hatinya berdegup lebih kencang. Firasatnya memberitahunya bahwa sesuatu yang sangat buruk sedang terjadi di dalam sana.

Lelaki berkasut merah itu muncul dari balik pintu dengan seseorang yang digenggamnya dengan kasar

Dia--

-- sedang menyeret seseorang hingga ke hadapannya.

Itu...

Itu suami dia!

Jantungnya terhenti seketika.

"Da.. darah.." Suara Naira terputus saat dia melihat darah mengalir dari kepala suaminya. Tangisannya hampir tak tertahankan melihat keadaan suaminya yang cedera mungkin kerana pergelutan tadi.

Lelaki berkasut merah itu, sosok yang sebelum ini hanya menjadi bayangan misteri di kepalanya, kini menjadi nyata di depan matanya. Tatapannya tajam seperti belati, menusuk terus ke jiwa Naira, memberi rasa takut yang melumpuhkan.

Adakah ini hanya kebetulan, atau ada kaitan dengan peringatan misteri yang diterima daripada papa semalam?

"A.. abang.."

"Uhuk! Uhuk!" Ryan terbatuk lemah membuat hati Naira merasa hancur. Mata Naira melihat sendiri bagaimana suaminya tidak berdaya di hadapannya, wajahnya penuh dengan lebam-lebam membuat dia teringat Kytor dulu yang cedera parah 6 tahun lepas dan Naira merasa ingin berlari mendekatinya, melindunginya dari mereka, tetapi kakinya menggeletar hebat, lalu ia jatuh terduduk. Melihat suaminya terbaring di hadapannya.

Dan kemudian, panik melanda dirinya apabila dia menyedari bahawa dia sendiri dikelilingi oleh mereka dengan pandangan menakutkan.

"A... abang..." Naira menangis takut.

Bagaimana ini boleh berlaku? Fikiran itu menghantuinya, tetapi dia tidak mempunyai masa untuk tertanya-tanya. Sekarang apa yang dia mahukan ialah dapat melindungi suaminya daripada mereka.

Dan...

Buk!

Semuanya menjadi gelap bagi Naira ketika sebuah pukulan mengenai belakang kepalanya.

Naira merasakan dunianya berputar, dan pandangannya kabur sebelum akhirnya tenggelam dalam kegelapan yang dalam.

-
-
-
-
-

Maaf tak banyak idea chapter ini. Maafin author 😭 Vote & comment. Thank you! ❤️

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now