~21

16 5 2
                                    

"waktu tu.."









































Flashback.

6 tahun yang lepas..

Di hospital besar Segamat, terdapat keluarga yang datang untuk melawat seseorang. Itu adalah keluarga Reen. Mereka bolak balik ke hospital untuk melawat nek sainah.

Nek sainah dimasukkan ke hospital kerana sakit buah pinggang dan kencing manis. Makcik Reen iaitu maklang Aida yang menemani nek sainah di hospital.

Sepatutnya wak pie yang teman tapi dia dilarang oleh nek sainah. Alasannya nanti wak pie terlalu mengongkong dirinya.

-
-
-

1:37 petang.

Keluarga Reen sampai di hospital. Mereka ingin pergi ke wad nek sainah di blok D. Namun jaga yang ada di wad itu melarang mereka masuk kerana waktu melawat pukul 3 petang nanti. Mungkin mereka datang terlalu awal.

Jadinya mereka sekeluarga duduk di luar menunggu pukul 3. Reen yang aktif tidak boleh duduk diam pun bangun dari duduknya.

Dia berjalan ke ayahnya lalu berkata

" Ayah Reen bosanlah. Lama lagi ke nak pukul 3? " Rengek Reen pada encik Anwar. Dia juga menggoyang lengan ayahnya. Encik Anwar melihat jam tangannya. Baru pukul 1:43.

"Kejap ye Reen, ni baru pukul 1:43, lama lagi sabar ye." Jawab encik Anwar lembut. Reen memuncungkan bibirnya. Bagi Reen duduk lama-lama ni buatkan badannya sakit.

'ha aku ada idea 💡' ucap Reen dalam hati. " Ayah, Reen nak duit boleh?Reen nak beli air kat mesin sana."  Ucap Reen sambil menepuk lengan encik Anwar. Encik Anwar mengangguk kepala lalu memberi Reen rm50.

"Beli untuk orang lain sekali ye. Ayah nak air mineral." Ucap encik Anwar. Reen mengangguk. Reen beralih ke keluarganya yang lain untuk mengambil order.

Selepas selesai mengambil order, Reen mula melangkah ke mesin air itu. Reen berjalan dengan riang kerana dapat bergerak ke sana-sini. Reen juga melompat-lompat gembira sehingga...

"Aduh!" Jerit Reen kesakitan. Dia tergelincir di lantai yang baru sahaja dimop. Reen berasa ngilu ketika melihat luka ditapak tangannya.

"Hiks..Hiks..atok..sakit..hm" ucap Reen yang perlahan-lahan menangis. Dia masih dalam posisi terduduk di lantai itu. Air matanya semakin deras.

"Adik, adik kenapa ni?" Tanya seorang lelaki yang tidak dikenali. Reen mendongak ke atas lalu melihat wajah lelaki itu. Tangisannya semakin menjadi.

"Hikss.. ja-jangan culik sa-saya.. Hiks, saya tak buat jahat.. hikss.." ucap Reen dengan tangisan ketakutan. Lelaki didepanya tersenyum kecil. Dia mengusap kepala Reen dengan lembut. Dia dapat rasakan kepala Reen bergetar.

"Abang bukan orang jahat. Abang orang baik. Adik jangan takut ye?" Ucap lelaki itu. Dia masih membelai kepala Reen. Reen kembali mendongakkan kepala.

Muka sembap, mata dan hidung merah, bibir gementar sebab menangis. Itulah pemandangan yang indah untuk Faiz Syahmie. Menurut lelaki yang baru habis PT3 itu, gadis kecil didepanya ini sangat comel!
Gigit kang!

"Jangan risau abang bukan orang jahat. Adik percaya cakap abang ye?" Ucap Faiz cuba meyakinkan Reen. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu Reen berdiri. Walaupun ragu, Reen tetap mencapai tangan lelaki itu. Dia berdiri dengan perlahan.

crushku,seniorkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang