Bab 2

30 14 0
                                    

Tangannya bergerak memasang petunjuk pada papan yang berwarna hitam itu.Zafril memandang beberapa petunjuk yang dia ada sekarang.Sangat sedikit.Tak sempat dia nak minta Ayyan ceritakan hal tadi.Wajah gadis tadi kembali menjengah fikirannya.Entah kenapa dia merasakan kalau gadis itu mengenalinya.Zafril ingin meminta Ayyan menceritakan semuanya tentang sekolah itu esok supaya dia dapat beberapa maklumat lagi.

Badan direbahkan ke atas katil untuk tidur.Harapnya esok akan ada waktu terluang untuk datang ke bilik muzik tempat arwah abangnya meninggal.Firasatnya mengatakan kalau ada bukti yang tertinggal di situ.Mata dipejamkan dan akhirnya dia masuk ke dalam alam mimpi.

*******

"That is his brother,am I right?" Tanya King.

"Yes." Queen mengesahkan perkara tersebut.Tangannya ligat bermain dengan poker kad itu.

"Jadi macam mana ni? Kau nak uruskan dia macam mana?" Tanya King.Queen membahagikan kad tersebut.

"Chill,dia datang sini pun mesti sebab nak tahu kenapa atau macam mana abang dia mati." Joker mengutarakan pendapat.Mereka berada di sebuah bilik yang hanya diterangi sebuah mentol.Segala maklumat yang ada dipasang pada papan kenyataan atau dinding bersama benang merah.Gambar Zafril ditampal dan dibulatkan dengan markah merah.

"Make sure dia tak masuk campur.Kalau tak ,menyusahkan nanti."

"But it's more fun to play with him.Don't you think so?" Joker meletakkan kadnya dia atas meja.

"Let him do what he wants.Just watching him from the far." Queen menyusun kadnya dia atas meja.Sempurna.Joker mengeluh dan King hanya mendiamkan sahaja.Selalu begini.Hanya dua orang sahaja yang susah dikalahkan iaitu Queen dan Ace kalau bermain kad.Peraturannya , yang kalah kena dengar cakap orang yang menang.

'Let's see what you want to do.'

********

Zafril menunggang motosikal ke sekolah.Dia melihat para murid kebanyakan dihantar oleh ibubapa mereka.Cemburu sedikit saat dia melihat Ayyan dihantar keluar dari kereta bersama ibunya.Dia memakirkan motosikalnya dan membuka helmet.

Dia menoleh ke sebelah saat melihat seseorang sedang memarkir motornya.Dibuka helmetnya dan beg galas dibawa turun.Zafril rasa seperti terkena renjatan elektrik apabila pelajar perempuan semalam disebelahnya.

"Hai?" Sapanya dengan tersenyum sedikit.Disangka gadis itu akan membalasnya namun disebaliknya pula terjadi.

Gadis itu hanya menghiraukan Zafril dan bergerak menuju ke kelas.

'Sombong siak.Kalah ratu.'

Dia juga turun dan bergerak ke koridor kelas untuk pergi ke loker penyimpan untuk mengambil beberapa buku.Ayyan yang telah masuk datang menyapa Zafril.

"Yow....moody nampak." Usik Ayyan.

"Tak adalah Yan.Aku mengantuk je." Padahal dalam hati dah menyumpah seranah perempuannya tadi.Panas pula hati.Kita dah tegur,balaslah balik.

*******

Kelas dimulakan dengan subjek sejarah.Cuaca diluar tiba-tiba mendung.Sejuk pula rasanya. Pandangan dilemparkan keluar untuk melihat para pelajar yang sedang bersukan di padang.

Ralit dia melihat, tiba-tiba bulu romanya naik.Terus dia pandang ke hadapan.Malang tidak berbau.Puan Nora sudah berada berhampirannya. Ditenung wajah Zafril ketika itu silih berganti dengan Ayyan yang telah lelap.Al kisahnya hari ini,dia denda untuk berdiri di atas kerusi di luar kelas  bersama Ayyan.Itu pun Ayyan masih mahu lagi melelapkan mata.

"Ayyan,kau tak cerita lagi pasal semalaman."
Mata melihat orang yang lalu lalang memandang mereka.Ayyan melihat sekitarnya sebelum berbisik-bisik dengan Zafril.

"Yang semalam kau nampak tu semua pelajar yang ada ibu bapa yang berpengaruh dekat sekolah ni."

"Maksud kau?"

"Macam mana nak cakap eh? Kalau kau nak kekal dekat sekolah ni,sama ada kau kaya atau pandai.Sekolah ni ada tiga golongan,satu orang-orang kaya,dua golongan bijak pandai. "

"Yang ketiga tu?"

"Orang yang masuk sini sebab biasiswa dan tak pandai."

"Kalau masuk golongan ketiga tu ?"

"Jangan harap kau dapat hidup aman dekat sini.Lagi- lagi kalau kau tak pandai dan orang susah memang habis kau kena jadi punching bag semua bagai."Zafril tercengang mendengar hal tersebut.Sekolah apa macam ni?

"Kau berpengaruh,kau selamat."

"Tak ada orang ke yang bantah hal ni?"

"Kau nak mampus awal boleh report.Tapi aku cakap memang budaya sekolah ni macam ni.Nak ubah macam mana pun tak boleh."

" Kau pernah dengar Hidden Card?" Tanya Ayyan.

"Apa benda pula tu?"

"Organisasi rahsia pelajar.Semua golongan akan cuba untuk masuk organisasi ni.Tahu kenapa?"

"Untuk berkuasa dekat sini?"

"Pandai pun kau ni."Zafril terdiam mendengar semua yang diperkatakan oleh Ayyan.Siapa sangka sekolah yang abangnya masuki ini merupakan neraka dunia bagi golongan orang yang susah.Kenapa begini budaya mereka?

**********

Ken mendekati dua orang rakannya yang sedang berada di perpustakaan. Khusyuk betul buat kerja sampai tak sedar dia datang.

"Huii,buat apa tu?" Ayyan dan Zafril mengangkat kepala melihat Ken yang duduk di situ.

"Kau tak buta kan? Nampak tak kerja bertimbun ni?" Geram pula dia tengok Ken ni.Dahlah tak masuk kelas.

"Memang tak buta tapi nak dengar suara kau.Takut bisu pulak." Sindir Ken sambil tergelak.Zafril tergelak mendengar balasan Ken.

Ken mengeluarkan bukunya lalu melakukan tugasan yang sama seperti mereka.Zafril merasakan ada seseorang yang memerhatikan mereka dari rak buku itu.Dia memandang lama pada rak buku tersebut.

"Kau tenung rak buku tu kenapa?Tunggu benda tu bergerak?" Tegur Ken.

"Ada orang ke dekat situ?" Ayyan menyoal Zafril apabila kawannya ni ralit betul tenung bahagian rak buku tu.

"Macam." Zafril bangun untuk mendekati rak buku tersebut namun hampa apabila dia melihat hanya kemunculan seekor kucing sahaja disitu.Kucing?Macam pelik.

Dia mengangkat kucing tersebut dan diletakkan diluar.Zafril duduk semula dan menyambung pekerjaannya yang tertangguh itu.Tanpa dia sedar,memang ada yang memerhati tindak-tanduknya.

HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTHWhere stories live. Discover now