Bab 20

8 3 0
                                    

Tiga orang telah menjadi mangsa pembunuhan secara berturut-turut.Para pelajar mula gusar dengan persekitaran mereka.Baru sahaja Warren keluar dari kelas, tiba-tiba kini pulang dengan jasad tidak bernyawa.Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Semua guru-guru sedang mengadakan mesyuarat tergempar di bilik mesyuarat. Waktu pada hari itu telah diganti dengan pembelajaran kendiri.Masing-masing bukan sibuk belajar malah sedang bergosip tentang kejadian yang terjadi.

"Zaf." Panggil Ayyan.Zafril mengangkat wajahnya dan memandang Ayyan.

"Jom buat misi kita." Putusnya.Dia tidak sanggup lagi mendengar berita pembunuhan di sekolahnya.Ken dan Zafril yang mendengar kata putus dari Ayyan menganggukkan kepala mereka.

Mereka bergerak secara senyap ke bangunan sukan tingkatan 5. Mereka melalui koridor dan masuk ke bilik loker penyimpanan barang.Ken sibuk melihat-lihat nombor yang ingin mereka cari di bahagian kanan,Ayyan mencari di bahagian kiri dan Zafril mencari dibahagian tengah.

Saat sedang sibuk mencari loker itu,mereka disapa dengan suara garau seseorang.

"Kau cari apa?" Tanya seorang senior tingkatan 5. Mereka terkedu melihat figura dihadapan. Pelajar itu kelihatan seperti baru lepas latihan berenang.Kalau macam tu, maksudnya...

" Ni pelajar kelas mana ni?" Tanya lagi seorang pelajar senior.Mereka berkumpul di situ.Ken membuat isyarat untuk melarikan diri.Ayyan menggangguk kepala.

"Kami sebenarnya nak cari..."

"Cari apa?"

"Cari jejak kaki yang hilang !!!!" Terus Zafril,Ayyan dan Ken berlari meninggalkan kawasan itu.Kedengaran suara jerkahan pelajar senior tadi.Mereka berlari-lari masuk ke bangunan tingkatan 4 semula.

Tercungap-cungap mereka ketika itu.Tawa mereka bertiga meletus apabila masing-masing bertentang mata.

"Ni kerja gila pertama yang aku pernah buat." Kata Ken.

"Hahahah...nanti kita datang sana lagi."
Pelik Zafril mendengar kata-kata Ayyan.

"Aku dah nampak loker tadi.Cuma itulah ada pula yang datang tadi." Tersengih-sengih Ayyan ketika itu.Zafril menunjukkan ibu jarinya.

"Good job."

****

Adelia yang sedang berada di bilik penyiaran dikejutkan dengan kehadiran Darwin.Darwin dengan selambanya menutup radio penyiaran.

"Apa nama boyfriend kau tu?"

"Siapa?" Bila masa pula dia ada teman lelaki?

"Budak yang naik motor dengan kau tu.Apa nama dia?"

'Mesti budak-budak tu buat hal!' Kata Adelia dalam hatinya.Dia telah mula menyumpah seranah ketiga-tiga makhluk yang suka buat hal yang tidak dapat dijangka.

" Tak penting untuk kau tahu." Adelia memusingkan badannya untuk menghadap meja semula.

"Dia pecah masuk bangunan F5." Adelia mengangkat keningnya.

"Jadi? Bangunan tu bukan korang punya.Semua orang boleh masuk bangunan tu.Tak perlu izin sesiapa." Darwin berdecit sebal dengan perlakuan Adelia yang acuh tidak acuh sahaja. Dia menolak sedikit kerusi yang di duduki oleh Adelia untuk menghadapnya semula.

"Kau lupa undang-undang pelajar dekat sini?Lagi satu, dia dah pukul senior tingkatan 5."

"Maksudnya budak yang kena tumbuk dengan dia tu lemahlah.Baru kena sekali,dah kecoh." Bidas Adelia.

" Satu perkara lagi, undang-undang pelajar mana yang kau maksudkan? Aku tak pernah tahu atau dengar pun yang sekolah kita ada perbatasan antara tingkatan."Tambahnya lagi.

"Kalau tak bagitahu nama dia, aku..." Darwin mula mengugut dirinya.

"Touch him and I will make sure everyone know what did you do." Kolar baju Adelia ditarik kasar. Dia agak marah kerana Adelia melindungi Zafril.Adelia dan Darwin bertentang mata untuk beberapa ketika.Tajam mata masing-masing menatap antara satu sama lain.

"Try on, Darwin. Kau tahu sejauh mana aku boleh buat." Cabar Adelia.Kolar baju dilepaskan secara kasar. Dia keluar dari bilik penyiaran dan menghempas pintu tersebut. Adelia hanya melihat dia keluar, kemudian dia menyambung tugasannya semula.

"Apa bendalah yang diorang cuba buat ni?" Bebelnya ketika itu.

Cassandra masuk ke dalam bilik penyiaran dan memandang pelik ke arah Adelia yang sedang membebel seorang diri. Dia melabuhkan punggung di sebelah Adelia.

"Tadi aku nampak Darwin keluar dari sini. Kenapa dengan dia? Nampak marah je."

"Datang bulan lah kot." Cassandra mengangkat bahu.

"Aku dah tengok ranking tadi.Not bad lah." Adelia memandang Cassandra dengan senyuman di wajahnya. Senyuman mengusik.

"Ehem...orang sana tu pun hebat juga."
Ketawa dirinya saat dipukul pada bahu menggunakan fail di tangan Cassandra.

"Mahu tapi malu. HAHAHAH!!" Bukan dia tidak tahu apa yang berada difikiran rakannya ini.




HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTHWhere stories live. Discover now