PROLOG

656 44 3
                                    


PINTU bilik temu duga aku tutup perlahan-lahan dengan penuh adab melayu dan sopan. Kalau ikutkan hati, nak saja aku hempas pintu ini kuat-kuat. Kalau boleh biar sampai roboh pintu kaca yang berkilat-kilat itu menyembah karpetnya yang tak ada satu pun sampah. Sempat juga aku pandang si penemu duga berperut boroi itu sebelum pintu tertutup rapat.

Bila rapat saja pintu, aku terus mendengus geram. Rasa macam nak sumpah seranah, maki hamun dan tebuk perut penemu duga itu dengan tombak biar keluar segala benaknya. Nak marah, tapi kena sabar… Rasa nak marah, tapi kena sabar!

“Tak guna punya lelaki overdue sepuluh bulan! Kau fikir aku ni ada ambil kelas tuisyen dalam rahim ke? Pengalaman kerja? Dah nama pun fresh graduate. Mana nak cari pengalaman kerja? Lainlah kalau aku tepek dekat resume itu senior bla, bla, bla atau experience in bla, bla, bla. Letak iklan nak hire fresh graduate, tapi nak fresh graduate yang ada pengalaman bekerja sekurangnya tiga tahun?”

Sakit hatiku!

Mana nak cekau tiga tahun pengalaman bekerja kalau aku ini baru pergi panjat pentas untuk hari konvokesyen? Pengalaman kerja dalam bidang yang dipohon pula itu! Kalau nak pengalaman kerja kedai makan ke, 7 Eleven ke, okeylah juga!

Nonsense! Company gila! Penemu duga gila! Semua pun gila!

Tengah-tengah layan marah tiba-tiba aku rasa macam nak terkencing pula. Cepat-cepat mata melilau cari mana-mana signboard yang beritahu arah tandas. Syarikat ini terlalu besar! Sambil mencari, sambil itu jugalah kaki aku melangkah cari tandas. Cari punya cari. Tiba-tiba...

BUK!

Aku terundur beberapa langkah ke belakang bila terempuh satu tubuh yang bukan main tinggi dan keras. Kejap, nak tanya. Ini badan ke dinding?! Bapak keras! Mak kau bagi makan batu ke dari kecil?

Kaki yang terundur ke belakang secara mendadak terus buatkan aku hilang imbangan. Baru nak tergolek jatuh, tiba-tiba ada tangan yang terus raih sebelah tanganku sebelum tanganku direntap deras ke arahnya.

Kuch kuch hota hai!

Kalau tadi kaki aku terundur ke belakang, sekarang aku tertarik ke depan pula. Muka hampir bercumbu dengan dada pemilik tubuh yang keras ini kalau tak kerana tanganku yang laju saja angkat fail menyelit di tengah. Bibir mendarat pada permukaan fail sebelum fail terlucut ke bawah.

Fuh, selamat bibirku yang masih dara dan hidungku yang tak berapa mancung. Kalau berlaga tadi, mungkin aku kena cepat-cepat cari cermin dan periksa batang hidung sendiri. Takut kalau terkemek atau melintang selepas bertembung dengan dia yang nampak begitu kekar.

 “Are you okay, miss?”

Aku lekas berundur semula bila dengar suaranya. Beberapa langkah jarak antara kami, barulah aku angkat kepala dan lihat wajah si pemilik suara jantan bertubuh keras. Mulut hampir ternganga dan air liur hampir meleleh. Hiperbola, tapi itulah ayat yang terbaik untuk terangkan susuk di depanku ini. Kacak!

Aku hampir cium dada anak orang! Entah-entah suami dan bapa orang! Kalau nampak dek bininya, mahu aku kena terajang keluar tingkap terus ke longkang depan sana!

Miss, are you okay?” Lelaki itu menyoal lagi. Prihatin bunyinya.

“Okey, okey!” jawabku ringkas. Aku terus buka langkah semula untuk sambung cari tandas.

Kalau perempuan lain di tempat aku, aku boleh kerat jari yang air kencing terus tersedut semula kerana nak berlama-lama di sini untuk cuci mata pandang pemandangan indah di depan. Tapi bukan aku! Tak dinafikan, dia memang kacak. Tapi panggilan alamku lebih penting.

Tapi baru jalan kurang lima langkah, tiba-tiba tanganku ditarik dari belakang.

Wait...”

“Hello! Apa pegang-pegang ni! Haramlah!” Tak sempat pun dia nak habiskan kata, aku sudah marah dulu.

Sambil marah itu, sempat mata menganalisis tubuhnya. Lelaki bertubuh tinggi dan berkulit agak gelap. Cerah sikit daripada sawo matang. Pakai cermin mata hitam walaupun matahari tak wujud dalam bangunan ini. Rambutnya yang hitam terlihat seakan ada satu garisan keperangan. Rambut palsu ke?

My bad. Actually, awak tertinggal fail...” Dia terus hulurkan fail di tangannya.

Fail aku!

Erk... Alamak. Malunya. Inilah namanya bercakap tak pandang-pandang. Macam mana fail besar perut pun aku boleh tak nampak? Fail sendiri pula itu! Bukan ke aku sendiri yang sedar fail itu terlucut dari tangan selepas dinodai aku?

Aku cepat-cepat turunkan tangan yang bercekak pinggang tadi ke sisi. Kerana mulut yang lebih laju berbanding mata, aku sudah tersalah sembur orang. Bersama sengihan malu, aku ambil dan aku tunduk pandang bawah. Malu habis.

Sorry!” Dan aku cabut lari laju-laju!

Miss?! Do you want to catch up later on sometime?!” Sayup-sayup aku dengar ada suara menyoal bila kaki sudah melangkah jauh dari tempat tadi. Suara lelaki tadi.

Jumpa lagi?

Hell, no!

.......

Saya rasa kebanyakan karya yang saya masukkan di Wattpad selalunya serius kan?🤣 Nah, cuba layan Querida Cinderlisa ini pula. Kalau tak gelak, maksudnya urat gelak dah putuslah tu🤣✋🏻
 

CINDERLISA Where stories live. Discover now