CHAPTER 16: BERANI KAU REJECT AKU

88 7 0
                                    

Alora melangkah laju lalu terus mendekati tubuh Ayyad. Lelaki itu tampaknya sedang termenung di tepi longkang.

Banyak tempat yang boleh dia pergi tepi longkang juga yang dia pilih.

"Abang. Maafkan Alora ye. Tak sangka pula sampai macam tu sekali abang kena dengan abang Zack"

Ayyad terkejut melihat Alora disebelahnya. Alora juga turut duduk namun, di jarakkan kedudukan dia dan Ayyad. Dia sangat menjaga batas dalam pergaulan antara dia dan lelaki ajnabi.

"Abang jujur je. Tapi kalau orang dah tak sudi nak buat macam mana"

Ayyad tersenyum kelat sambil mengeluarkan kata-kata sedih.

Jika dulu pasti dengan mudah saja dia menolak perasaan perempuan terhadapnya namun kini, sepertinya dia pula yang ditolak oleh Alora.

"Bukan macam tu. Kita pun baru harini kenal. Takkan sampai nak kahwin. Lagipun, Alora anggap abang macam abang Alora sendiri. Tak lebih daripada tu"

Ayyad memegang dadanya tanda seperti ada sesuatu yang sudah hancur didalam itu. Macam ini rasanya bila ditolak oleh orang yang kita suka.

"Alora reject abang?"

Ayyad memandang tepat kearah mata Alora. Dia berharap akan Alora hanya salah cakap saja. Alora menarik nafas panjang.

"Maaf abang tapi Alora tak boleh tipu. Alora memang anggap abang macam abang kandung. Alora cintakan abang Mustakim. Alora minta maaf. Alora pergi dulu"

Alora memejamkan matanya seketika. Dia rasa berdosa kerana terpaksa menipu pada tika itu.

Alora terus bangun dari duduknya dan ingin melangkah laju ke bawah khemah dimana mereka duduk dan menjamu selera tadi.

"Jangan ingat aku akan mengalah. Kau tak kenal aku siapa lagi Alora Hazal."

Aura mafia nya yang selama ini disorok telah pun mengeluarkan taring.

Alora yang tidak mengenalinya secara dalam hanya menganggap lelaki itu marah biasa saja. Alora terus melangkahkan kakinya ke bawah khemah.

Ketika itu, maklong, paklong dan tok Ki sudah masuk kedalam rumah untuk bertemu dengan makcik Sara sebelum mereka pulang kerumah.

"Mana Ayyad?"

Tanya Zack kepada Alora.

"Abang Ayyad duduk dekat tepi longkang tu. Alora dah cakap dengan dia. Mungkin dia ambil angina dulu"

Daripada kata-kata Alora itu, susah membuatkan Zack berasa tidak puas hati. Selalunya Ayyad tidak seperti itu. Tapi kali ini dia mudah sensitif dan angin.

"Okay takpa. Nanti elok lah dia tu"

Zack masih was-was dengan tindak tanduk Ayyad pada hari ini. Selalunya dia tidak seperti itu.

Dulu, lebih teruk dari ini dia pernah kena 'belasah' dengan Zack tapi dia hanya melawan seperti biasa.

"Jom lah kita balik. Makcik Sara sampaikan salam pada kamu semua. Dia tak sempat nak keluar kesini sebab kena melayan keluarganya yang dari Selangor."

Tok Ki menyampaikan salam dari makcik Sara kepada mereka semua. Tapi mata tok Ki masih melilau mencari figura yang tiada disitu.

"Mana si Ayyad? Alora kenapa tak panggil Ayyad sekali kesini?"

ZACK MUAYYAD: KENAPA MAFIA INI YANG KAU PUJAWhere stories live. Discover now