53

5 1 0
                                    

Setiap hujung minggu,kami berempat akan berada di rumah mama. Bayi kembarku hampir mencecah satu tahun.
Pagi-pagi lagi,Hayla sudah meragam. Pelbagai cara untuk memujuknya tetapi tidak mendatangkan hasil.

"Abang.. Pujuk la Hayla ni. Menangis tak berhenti". Haura menyerahkan Hayla padaku. Aku menyokong belakang badan Hayla dengan tanganku.

"Kenapa Hayla menangis ni? Nak papa dukung ye".

Hayla membalas dengan mengekek lalu dia menggetarkan bibirnya.

"Oh nak berbual dengan papa ye". Aku cuba berbual dengan Hayla. Sekali sekali air liurnya menyembur padaku.

"Bukan main lagi ye kamu dengan papa,Hayla. Papa ni suami mummy tahu. So,papa mummy punya. Bukan Hayla punya".

Hayla mencebik lalu menangis.

"Tak. Tak. Papa ni Hayla yang punya. Bukan mummy punya". Aku bermain peek a boo dengan Hayla. Bukan main galak lagi Hayla ketawa.

"Dasar anak papa. Huh. Mummy nak main dengan abang kamu. Mummy tak nak bawa kamu jalan-jalan". Haura beredar lalu mendapatkan Hayyan.

"Hayyan. Bye adik tu". Haura berjalan ke arah dapur dan bersembunyi di sebalik dinding.

Hayla tidak mempedulikan Haura. Dia cuba bersembang denganku. Aku melayan si adik. Ketika aku melayan Hayla,aku ternampak macam sesuatu. "Lah. Hayla nak tumbuh gigi dah. Yay! Anak papa dah ada gigi".

"Sayang. Sayang. Sini sekejap". Aku memanggil Haura. Haura mendekati sambil mendukung Hayyan.

"Apa dia?"tanya Haura.

"Hayla dah tumbuh gigi. Tengok ni". Aku menguak bibir Hayla dengan jariku.

"Eh yelah. Patutlah meragam dari pagi. Gusi dia gatal". Haura cuba memeriksa bahagian dalam mulut Hayyan. Hayyan mengelak. "Ish. Mummy nak check je. Kot-kot gigi kamu tumbuh". Hayla ketawa ketika Hayyan mengelak dari diperiksa oleh Haura.

"Hayyan Zayden".

Hayyan kaku seketika. "Bagi mummy check mulut kamu ni". Haura memeriksa bahagian dalam mulut Hayyan. "Hayyan pun samalah,bang. Dekat belakang".

Hayla diam dan mukanya mula menegang. "Hayla nak yak ye". Aku meletakkan Hayla di lantai.

"Abang. Pegang Hayyan sekejap. Lupa lah tadi mama suruh keluarkan ayam dari freezer". Haura menyerahkan Hayyan padaku dan berlalu ke dapur.

Aku perhati muka Hayyan. "Muka kamu ni copy paste muka papa. Kening dengan mata seakan-akan. Tapi,sombong dengan papa". Hayyan menyemburkan air liurnya.

"Peek a boo".

Hayyan ketawa apabila Haura bermain peek a boo dengannya. Haura mengambil Hayyan dari tanganku. "Abang pergi cuci Hayla tu. Dia tak nak kalau sayang yang cucikan".

Aku mendukung Hayla dan membawanya ke bilik air. "Ee ucuk la Hayla ni. Tapi,ucuk pun papa sayang sangat". Hayla ketawa mengekek. Macam faham je aku cakap. "Hayla faham ke apa papa cakap".

"Da..da".

Sekejap. Aku tak salah dengar kan.

"Da..da".

Aku menjerit keterujaan dan membuatkan Hayla terkejut. "Anak papa dah nak bercakap dah".

Aku segera mencuci dan memakaikan pakaian baru pada Hayla. Aku mendukung Hayla turun ke bawah. Haura sedang menyusukan Hayyan.

"Sayang.. Abang ada berita gembira ni".

Haura memandangku. "Apa dia?".

"Tadi Hayla sebut perkataan pertama dia".

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [ON GOING]Where stories live. Discover now