‧͙⁺˚*・༓☾ Bab 1 ☽༓・*˚⁺‧͙

164 18 2
                                    


PEMANDANGAN yang indah itu dipandang seketika. Sawah padi hijau yang terbentang luas bersama dengan bukit yang tinggi itu menambah lagi suasana kampung. Burung pula berkicauan di langit pagi. Air embun menitis dari daun pokok. Angin dengan lembutnya menampar pipi Haider.

"Shah, makan lah dulu kuey teow goreng tu. Nanti sejuk kang" suruh Cik Noraini sambil memandang anak terunanya yang sibuk dengan lukisannya itu.

Haider dengan cepat tersengih tanpa menjawab kata-kata daripada ibunya itu. Gigi putih miliknya yang tersusun rapi itu ditayangkan seketika. Haih... Nak suruh orang jealous lah tu!

"Shah duduk sini berapa hari?" tanya Cik Noraini sambil sesudu kuey teow goreng itu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Seminggu aje, ibu" balas Haider sebelum tersenyum. Rajin betul anak terunanya yang satu ini melontarkan senyuman. Kaca mata bulat miliknya itu diperbetulkan sedikit.

Vroom! Vroom!

Bunyi beberapa buah motosikal itu menarik perhatian kedua-dua ibu dan anak itu. Beberapa remaja lelaki sedang membonceng motosikal sambil ketawa terbahak-bahak. Entah apalah yang lawak.

"Anak Mak Semah lah tu. Pagi-pagi dekat kampung ni, langsung tak ada kerja lain. Mesti berempit dengan budak-budak tu" omel Cik Noraini sebelum menggelengkan kepalanya.

"Abang! Lukis muka Fiya!" suruh seorang budak perempuan sambil berlari-lari anak menuju ke arah Haider.

Haider terus memandang Safiya sebelum tersengih. Cat airnya yang hampir kosong itu dipandang lama. Manakala, buku lukisannya yang hampir habis itu dipandang juga. Nak lukis macam mana ni?

"Tak bolehlah, Fiya. Malam ni abang lukis, boleh tak? Cat air dan kertas lukisan abang dah nak habis. Kalau guna juga, hidung je boleh lukis" terang Haider sebelum alatan-alatan melukisnya itu disimpan di dalam beg kecil.

"Abang pergilah beli dekat kedai!" jerit Safiya sebelum menghentakkan kakinya ke tanah berkali-kali.

"Ya lah... Abang nak pergi beli lah ni..." balas Haider malas sebelum berjalan menuju ke arah motornya yang berwarna hitam itu.

"Shah tolong belikan ibu ikan sardin, telur, lepastu... Kangkung. Beli sos tomato dengan sos tiram juga" pesan Cik Noraini sebelum menghulurkan senarai bahan yang dikehendakinya.

"Hati-hati Shah. Dekat bandar tu sibuk. Jaga Fiya tu" pesan Cik Noraini sebelum melambaikan tangannya kepada anak terunanya dan anak bongsunya.

Haider membawa motornya dengan perlahan-lahan apabila melalui jalan kampung itu. Setelah beberapa minit lamanya, barulah dia sampai ke jalan bandar pula. Bandar Petaling Jaya amat sibuk dengan orang ramai dan kenderaan yang lalu lalang. Menyesakkan. Inilah sebab kenapa dia tidak gemar ke bandar.

Apabila pasar raya yang besar itu
sudah kelihatan, Haider dengan cepat memberhentikan motornya pada tempat letak kenderaan. Safiya yang sudah mengantuk itu dengan cepat dia kejutkan. Tubuh kecil milik budak perempuan yang berumur 6 tahun itu terus dia dukung. Alahai, ringan dan kecil sungguh!

Pasar raya yang sudah penuh dengan orang ramai itu terus dia masuk. Safiya yang masih tidur itu terus sahaja terjaga apabila mendengar suara orang ramai. Budak perempuan itu dengan cepat berdiri di atas lantai itu. Tangan kecilnya dipimpin oleh abangnya.












DAHLIA tersenyum bahagia. Dia memandang mamanya yang sedang tersengih-sengih apabila melihatnya. Zafrel yang berwajah tenang itu dipandang pula.

"Anak mama!" jerit Naurah sebelum memeluk anak daranya. Rambut Dahlia diusap perlahan.

Tengku Daniella dan Tengku Darwish memandang kakak sulungnya sebelum tersengih. Pasangan kembar itu dengan cepat berlari ke arah kakaknya sebelum badan Dahlia dipeluk erat.

Dahlia tersenyum bahagia. Dia dengan cepat membalas pelukan adik-adiknya itu. Kedua-dua remaja yang berumur 15 tahun itu diusap lembut kepala mereka olehnya.

Hans pula telah tersenyum lebar dari belakang. Dia cuba untuk menyembunyikan senyumannya itu. Namun gagal apabila Qayyum sudah tersengih kecil.

"Apasal kau?" tanya Hans sebelum menjelingkan matanya.

"Ana tidak boleh berkata begitu sama anta. Ana lebih tua dari anta" ujar Qayyum sebelum menggelengkan kepalanya.

"Diam lah kau" marah Hans sebelum berlalu pergi. Qayyum sudah ditinggalkan di belakang.

"Papa. Kita pergi shopping nak tak? Bolehlahhh" pinta Dahlia sambil menarik-narik lengan Zafrel. Zafrel tersengih sedikit. Perangai anak sulungnya ini sama sahaja dengan perangai isterinya. Kedua-dua mengada dan manja.

"Ya lah, tulip" balas Zafrel.

"Abang ni! Merajuklah!" Bibir Naurah dijebikkan. Manakala, tangannya disilangkan di dada. Dia langsung tidak memandang suaminya itu.

"Jangan macam tu, mawar abang" pujuk Zafrel sebelum menghampiri isterinya pula.

Sesudah Naurah menjebikkan bibirnya, Daniella pula yang menjebik bibir. Zafrel sudah memandang wajah anak keduanya itu dengan muka yang pasrah.

"Niella nak letak dekat mana?" tanya Daniella dengan mukanya yang masam mencuka itu.

"Aduh... Sunflower ni..." keluh Zafrel.

'Sejak bila keluarga aku dah jadi bunga ni? Ya Allah...' getus Zafrel di dalam hatinya.

BMW M8 milik Zafrel itu memasuki kawasan pasar raya yang besar itu. Selepas kereta dihentikan, Dahlia lah orang pertama yang melangkah keluar.

Dahlia tersenyum bagaikan sudah tiada hari esok. Petaling Jaya Mall itu dipandang lama. Inilah pusat beli-belah kegemarannya. Black card yang diberikan oleh papanya itu dipegang erat. Bahagianya!

Troli dibawa. Tengku Daniella yang berada di sampingnya itu dipandang seketika. Ralit betul remaja itu mendengar lagu walaupun di dalam suasana yang bising itu. Mereka berdua terus berjalan menuju ke bahagian pakaian. Tengku Darwish hanya diam di belakang. Introvert kan!

"Niella dan Wish nak yang mana?" tanya Dahlia sambil memandang kedua-dua adiknya itu sambil membelek-belek beberapa helai baju. Namun, pasangan kembar itu dengan cepat menggelengkan kepala mereka.

"Dekat sini murah. Niella nak yang mahal. Kan, bang?" balas Daniella dengan sombongnya sebelum menolak troli itu. Mereka bertiga menuju pula ke bahagian di mana alat-alat tulis dijual.

"Akak, Wish nak beli pen hitam boleh tak?" tanya Darwish.

Dahlia tergelak kecil sebelum mengangguk kepalanya. Nak beli benda murah macam tu pun nak kena tanya! Comel betul.

Dahlia melangkah ke belakang sedikit. Namun, matanya terus membulat apabila dia merasa seperti dia sedang memijak sesuatu yang kecil. Dia dengan cepat berpaling ke belakang. Kelibat seorang budak perempuan yang berair matanya itu dipandang lama.

"Maafkan saya, encik" ujar Dahlia sebelum memandang lelaki berkaca mata itu. Lelaki itu hanya tersengih kecil sebelum menundukkan sedikit kepalanya. Dia terus berlalu pergi bersama dengan budak perempuan itu.

"Anak dia ke tu? Mesti dia duda!" kata Daniella. Muka remaja itu sudah memerah.

Dahlia dengan cepat menggelengkan kepalanya sebelum mencubit bahu Daniella dengan lembutnya.

Haider pula dengan cepat memandang adik perempuannya selepas mereka melangkah keluar dari pasar raya itu. Safiya yang sudah menangis tanpa mengeluarkan bunyi itu dipandang sayu. Kaki kecil milik adiknya itu diusap lembut. Sudah memerah dan bengkak kaki Safiya.

"Dah, dah. Jangan nangis. Nanti kalau abang jumpa perempuan tu semula, abang akan lenyek kaki dia dengan tayar kereta kebal. Heels bukan kemain tajam" sindir Haider sambil menggelengkan kepalanya. Dia dengan cepat mendukung Safiya yang masih menangis teresak-esak itu. Hidung budak perempuan itu sudah memerah.

Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update) Where stories live. Discover now