DAHLIA tersenyum senget. Telefonnya dipandang lama. Kenalannya yang bernama 'Zayyan❤' itu terus dia tekan. Perbualannya bersama dengan lelaki itu dipandang dan dibaca semula. Air mata menitis sedikit demi sedikit."Kau kenapa, Lia...? Jangan menangis untuk orang yang macam tu" ujar Dahlia kepada dirinya sendiri.
Dia memandang ke arah cermin biliknya. Jari telunjuknya dengan cepat naik untuk memaksa bibirnya mengukir senyuman. Dia sudah tersenyum. Namun senyumannya itu hilang serta-merta apabila matanya kembali mengeluarkan air jernih.
Dahlia tersengih-sengih sambil menunggu ketibaan lelaki itu. Mindanya penuh dengan muka seorang lelaki yang dia paling cintai. Zayyan? Ya, lelaki itu.
"Hai. Lama dah kita tak jumpa kan?" tanya Dahlia sambil tersenyum ke arah Zayyan. Lelaki yang sedang berada di hadapannya itu dipandang. Seorang wanita yang berada di samping lelaki itu dipandang hairan.
"Let's break up. I didn't love you anymore" luah Zayyan di hadapannya. Muka gadis itu yang sudah terkejut direnung tajam olehnya.
"W... What? Why? Why, Zayyan?" tanya Dahlia yang sudah terlampau keliru itu.
Mata gadis itu terus membulat apabila Zayyan menunjukkan gambar seorang perempuan yang sedang memeluknya dari belakang. Mereka sedang tersenyum ke arah kamera sambil berpakaian pengantin.
"Awak... Awak dah janji yang awak akan kahwin dengan saya lepas saya habis belajar! Awak janji yang awak akan tunggu saya! Mana semua janji tu, Zayyan?" tanya Dahlia. Air matanya jatuh ke atas lantai.
"Aku? Kahwin dengan kau? Are you stupid, Dahlia Carissa? Siapa aje nak kahwin dengan kau? Dahlah hodoh! Bodoh!" jerit Zayyan di hadapan mukanya.
Lelaki itu dengan cepat membuka langkah untuk meninggalkannya bersama dengan isterinya. Namun, Dahlia terlebih dahulu menyekat lelaki itu dengan memegang hujung bajunya.
"Apa kau ni? Lepaslah! Eh. Kau dengar sini eh perempuan. Dia dah kahwin and dia suami aku! Kau jangan nak menggatal sangat dengan suami orang! Semua orang dekat sini, tengoklah perempuan tak guna ni! Suami saya pun dia nak rampas!" jerit wanita itu sebelum menolak badan Dahlia ke belakang.
Dahlia jatuh ke belakang. Telapak tangannya dan juga kakinya yang sudah sakit itu terus dia hiraukan. Belakangnya bagaikan ditikam dengan benda yang tajam. Dahlia memandang sekelilingnya. Pelanggan di situ mula berbisik-bisik sambil memandang geli ke arahnya.
"Saya dah bagi semua yang awak nak! Saya tolong hidup awak. Awak perlukan duit, terus saya bagi. Tapi... Ini balasan awak, Zayyan?" tanya Dahlia sebelum bangun dari lantai tersebut.
Namun, satu tamparan hinggap pada pipinya. Tangannya dengan cepat naik untuk mengusap pipi putihnya yang sudah memerah itu.
"Kau jangan nak fitnah lah! Suami aku tak pernah minta bantuan dari perempuan bodoh macam kau" sindir wanita itu sebelum pasangan suami isteri itu meninggalkan Dahlia seorang diri.
"Aku... Hodoh? Aku... Bodoh?" tanya Dahlia kepada dirinya sendiri. Dia memandang pantulannya di dalam cermin. Dia tidak tahu jika dia hodoh ataupun tidak. Dia juga tidak tahu jika dia bodoh ataupun pandai.
Dia mengeluh perlahan. Masih dia ingat memori-memori indah apabila dia bersama dengan lelaki itu semasa di sekolah menengah. Cara lelaki itu melayannya amatlah romantik. Masih dia ingat kata-kata dan janji-janji daripada Zayyan.
"Only you in my heart. Dan saya akan jadikan awak sebagai isteri saya apabila kita dah besar"
Telefonnya terus dilambung ke dinding. Retak telefonnya. Janji manis daripada pengkhianat dalam diam itu amat menyakitkan hatinya. Mulai hari ini, dia benci akan Zayyan.
"HAPPY birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Dahlia. Happy birthday to you" Lagu 'Happy Birthday' itu lantang dinyanyikan oleh ahli keluarganya. Dahlia hanya mengukir senyuman yang entah ikhlas ataupun tidak.
Kek strawberi itu terus dipotong. Kek itu terus disuap kepada Dahlia oleh ibunya sendiri. Semua tetamu-tetamu di situ dengan cepet menepuk tangan mereka sejurus sahaja Naurah menyuapkan kek tersebut kepada Dahlia.
"Happy birthday, akak! Semoga akak sihat selalu dan dirahmati Allah" Daniella dan Darwish serentak mendoakan kakak sulungnya itu. Badan Dahlia terus dipeluk erat oleh mereka.
Hans memandang kawan baiknya itu dari jauh. Dengan penuh keyakinan, dia terus melangkah menghampiri Dahlia.
"Aku ada hadiah nak bagi dekat kau. Nah" Jambangan bunga kecil yang berserta dengan kad itu diberikan kepada Dahlia. Selepas itu, kotak yang berwarna kuning muda diberikan pula.
Dahlia mengukir senyuman kecil sambil mengambil pemberian daripada Hans. Selepas Dahlia mengambil hadiah daripadanya, dia dengan cepat berlalu pergi. Sempat lagi dia berpaling untuk memandang gadis itu.
Qaisara yang sibuk memakan kek itu dipandang oleh Hans. Mata dijelingkan.
"Tak baik tau" ujar Qayyum yang berada di tepi Hans. Hans dengan cepat berpaling untuk menghadap kawannya itu.
"Hm" simple sahaja balasan daripada Hans. Dia menghiraukan lelaki itu sebelum berjalan pergi untuk menjamu selera.
"Mama... Kak Damia tak datang ke?" tanya Dahlia. Sudah beberapa kali dia menghubungi wanita itu. Namun panggilannya ditolak berkali-kali.
"Insyaallah dia datang..." balas Naurah sebelum tersenyum ke arah anak perempuannya. Bukan dia tidak tahu bahawa anaknya dan anak Daniel berkawan rapat sejak kecil lagi.
Dahlia mengangguk perlahan. Dia membuka langkahnya ke biliknya selepas mendapat izin daripada kedua-dua ibu bapanya.
Selepas beberapa minit lamanya, pintu biliknya terbuka. Damia melangkah masuk sebelum memandang Dahlia yang sedang murung di atas katil.
"Akak ada hal tadi. Sebab tu lah datang lambat sikit" ujar Damia sebelum melabuhkan punggungnya di atas katil Dahlia.
"Tak apa. Dahlia setia menunggu" balas Dahlia pula sebelum tergelak kecil.
"What do you want to talk about?" tanya Damia sambil memandang skrin telefonnya yang sudah bernyala itu.
"Lia dah putus dengan Zayyan"
Apabila mendengar kata-kata daripada Dahlia, Damia terus terkedu. Dialah yang menyatukan dan mempertemukan Zayyan dan Dahlia. Dia yakin bahawa mereka akan kekal lama. Tidak sangka pula bahawa ini yang akan terjadi.
"Dia... Dia dah kahwin... Tak sangka kan? Haha... Susah sangat nak lupakan dia" gelak Dahlia sebelum mukanya yang murung itu kembali semula.
"I know... It was hard for you to erase him from your mind and heart... But... Tak semua orang yang kita sayang tu akan kekal selama-lamanya" kata Damia sebelum mengusap lembut belakang Dahlia.
"Mungkin Lia tak akan bersama dengan dia. Namun, Tuhan dah tentukan seseorang yang terbaik untuk Lia. Lia cuma tak jumpa lagi siapa orangnya. Stay strong" pujuk Damia sebelum memeluk badan Dahlia.
YOU ARE READING
Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update)
Romance-Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebaha...