DAHLIA mundar-mandir di sekitar kawasan tasik tersebut. Kelibat pelukis jalanan yang berkaca mata bulat itu dicari-cari. Mana dia pergi?Dahlia dengan cepat mengalihkan pandangannya. Seorang lelaki tanpa kaca mata dan sedang melukis itu dipandang. Muka lelaki itu persis seperti Haider.
"This is... Haider Akashah twin?" tanya Dahlia kepada lelaki tersebut. Mata kelabu milik lelaki tersebut terus memandangnya tajam. Dahlia dengan cepat menelan air liurnya sendiri.
"This is Haider Akashah. The real one" ujar lelaki tersebut. Dahlia memandangnya yang sudah berkaca mata. Memang 100% sama seperti Haider.
"Oh... Assalamualaikum" Dahlia terlebih dahulu memberi salam. Mata hazel miliknya memandang ke dalam mata kelabu milik Haider.
"Waalaikumussalam" balas Haider pula sebelum tersenyum kecil sebagai tanda hormat. Sudah 3 minggu mereka berkenalan. Dan dia baru sahaja mengetahui bahawa lelaki itu asalnya Melayu dan merupakan penganut agama Islam.
"Boleh saya duduk?" tanya Dahlia sambil menunjukkan ke arah tempat duduk kosong di tepi Haider. Tanpa berfikir panjang, Haider terus mengangguk.
Dahlia tersengih sebelum melabuhkan punggungnya di atas bangku tersebut. Haider yang melukis dengan tenangnya itu dipandang lama.
"Apa?" tanya Haider apabila Dahlia ralit memandang mata kelabunya itu.
"Tak ada apa... Mata tu comel sangat. Saya nak curi boleh?" tanya Dahlia sambil tersenyum-senyum. Namun, Haider menghiraukannya dengan menyambung kerjanya.
"Hi!" Rachael yang baru sahaja pulang dari sekolahnya itu dengan cepat menyapa lelaki dan gadis tersebut. Dahlia yang menyedari kehadirannya itu dengan cepat berpaling ke belakang. Senyuman yang cukup manis dihadiahkan kepada remaja tersebut.
"What you two doing?" tanya Rachael sambil memandang kedua-dua manusia di hadapannya.
Haider dan Dahlia terus memandang satu sama lain. Dahlia sudah tersenyum apabila memandang Haider. Manakala, lelaki itu hanya beriak kosong. Dahlia terus mengangkat kameranya dan Haider mengangkat berus catnya serentak. Rachael pula mengangguk sebagai tanda faham.
"Can we take a photo together? You look like a famous singer!" ujar Rachael sambil tersengih-sengih. Dia terus menarik tangan Dahlia sebelum berlari-lari anak menuju ke arah pokok besar yang terdapat di situ.
"Okay! One, two, three! Click!"
Dahlia dan Rachael tersenyum ke arah kamera yang dipegang sendiri oleh pemiliknya. Selepas siap difoto, gambar mereka terus dipandang. Cantik!
"Okay. See you soon, akak Lia"
"You can speak Malay?" tanya Dahlia kepada remaja itu.
Rachael dengan cepat berpaling ke belakang untuk memandang Dahlia. Dia menganggukkan kepalanya.
"Yeah... A little bit" balas Rachael.
Dahlia hanya mengangguk faham. Rachael yang sudah meningalkan kawasan itu dipandang seketika. Dia terus menuju ke arah bangku di mana Haider duduki dengan tenangnya.
"Saya dah nak balik. Assalamualaikum" beritahu Dahlia.
"Hm, go on. It's dangerous for you to stay here. Waalaikumussalam" balas Haider pula sebelum menyambung kerjanya.
Dahlia tersenyum ke arah lelaki itu sebelum melambaikan tangannya. Ya, betul apa yang dikatakan oleh Haider. Ianya amat berbahaya baginya untuk terus berada di sini memandang matahari sudahpun terbenam. Ramai pemabuk dan pencuri akan berkeliaran di sekitar bandar.
PINTU pagar yang besar terus dibuka dengan luasnya oleh beberapa orang pengawal. Sebuah kereta Bugatti La Voiture Noire memecut masuk ke dalam perkarangan rumah yang mewah itu.
"Sir, young master has come" beritahu seorang pengawal yang berkot hitam. Namun, Ethan hanya mengendahkannya.
"Leave him alone. I'm not in the mood to talk with him" balas Ethan sebelum melabuhkan punggung di atas sofa yang terdapat di dalam biliknya. Sempat lagi dia mengerling ke arah tingkapnya. Haider yang sedang berjalan masuk itu dipandang. Apa pula yang anaknya mahukan?
"Ah, it's dark here" omel Haider sejurus sahaja pintu rumah tersebut dibuka dengan luasnya. Pengempalnya digempal dengan kuatnya. Tangannya mula berasa sejuk dan berpeluh.
"You did it on purpose, didn't you?" soal Haider kepada pengawal peribadi milik ayahnya, Kevin.
Kevin dengan cepat menggelengkan kepalanya sebelum menundukkan kepalanya sedikit. Lampu di ruang tamu tersebut dengan cepat ternyala. Ethan yang sedang menuruni tangga itu dipandang oleh Haider.
"What do you want?" tanya Ethan sambil menghirup kopi panas.
"Shah nak minta maaf sebab Shah tinggikan suara dekat daddy. I'm sorry..."
"Sekarang baru kau nak minta maaf? Ikhlas ke tidak? Itupun aku tak tahu" balas Ethan pula sebelum berlalu pergi.
"Ibu nak jumpa daddy" beritahu Haider. Sejurus mendengar kata-kata daripada anaknya itu, langkah lelaki tua itu terhenti seketika.
"What?" soal Ethan, tidak percaya.
Sebelum sempat Haider menjawab pertanyaan daripada ayahnya itu, seorang wanita yang bertudung terus menyampuk perbualan mereka.
"Oh, Akashah. You're here? Wanna have a coffee or food? I will ask the maid to make it" ujar wanita tersebut, Sabrina.
Haider memandang ayahnya yang sudah berlalu pergi meninggalkannya di ruang tamu. Pandangannya beralih pula kepada Sabrina yang turut sama memandangnya.
"So, how? You want me to cook for you?" tanya Sabrina sekali lagi.
"Yeah, sure" jawab Haider pula sebelum menghadiahkan senyuman kecil kepada wanita itu.
"You can call me mom" kata wanita itu sebelum berjalan menuju ke dapur.
Selepas makanan siap dimasak, beberapa orang pembantu rumah menghidangkannya di atas meja makan yang besar. Makanan barat dan makanan tradisional rakyat Malaysia terhidang panas di situ. Menyelerakan!
"Where's Mr Ethan? Call him" suruh Sabrina sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"I wonder how Mrs Noraini look like. She might be beautiful. That's why Mr Ethan love her" ujar Sabrina sebelum tersenyum ke arah Haider.
"Yes... She's. She's beautiful" balas Haider sambil memandang tepat ke arah lantai dibawah tapak kakinya.
"Hubby, can we go to Malaysia? I want to meet with your first wife. I heard she has a child. I really want to play with her child. You know that I like kids" kata Sabrina panjang lebar sambil memandang Ethan yang sedang menuruni tangga.
"I have something to do out there. I'm sorry because I can't join you two for dinner tonight" ujar Haider sebelum meminta diri.
Dia berjalan ke arah Ethan sebelum tangan lelaki tua itu disalami. Senyuman yang cukup ikhlas diberikan kepada Sabrina. Kacamata bulatnya dipakai semula sebelum dia melangkah keluar dari rumah mewah tersebut.
Enjin keretanya dihidupkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Rambutnya diraup ke belakang.
"Ya Allah... Macam mana kalau ibu tahu nanti?" soal Haider kepada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update)
Romance-Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebaha...