Bab 49

1.9K 89 10
                                    

Keluhan kecil dilepaskan. Eriq pandang telefonya yang kembali gelap. Rasa bersalah pula kerana dia tidak memberitahu Kasturi lebih awal. Tak sangka pula isterinya menunggu dia pulang. Telefonnya disimpan ke dalam poket seluar. Baru saja nak melangkah pergi, Anis pula datang menyapa.

"Siapa yang call?" soal Anis.

"Isteri saya. Dia call sebab dia risau saya tak balik lagi. Saya pula lupa nak bagitahu dia yang saya hantarkan Anis ke kampung."

Anis mengangguk faham. Wajahnya berubah. Dia sudah membawa Eriq jauh ke kampung pun lelaki itu tetap tidak melupakan isterinya. Cemburu pula dia.

"Saya pergi dulu, Anis. Kalau Anis perlukan apa-apa, Anis call saya." Eriq meminta untuk pergi. Sudah lama dia singgah disini.

"Dah nak pergi ke? Rehatlah dekat sini dulu. Kesian Eriq penat memandu."

"Tak apa. Saya boleh rehat dekat hotel nanti."

"Eriq tidurlah sini. Membazir je kalau bermalam di hotel tu. Lagi pun, hotel tu agak jauh. Nak kena keluar kampung. Badan Eriq dah penat sangat tu."

"Betul tu, Eriq. Tidur sajalah dekat sini. Rumah ni banyak lagi bilik kosong," ajak Makcik Hasnah pula.

Eriq senyum segaris.

"Saya rehat dekat hotel jelah. Saya taknak susahkan Anis dan nenek pula."

"Kalau untuk Eriq, tak adanya kata susah tu."

Eriq garu hujung kening. Dia bukan tak mahu tinggal disini. Tapi dia takut jika kejadian yang tidak diingini akan berlaku. Bila teringat balik tindakan berani Anis dulu, tak mustahil Anis akan buat perkara sama lagi.

"Saya pergi dulu, Anis. Esok pagi saya kena balik ke Kuala Lumpur. Anis jaga diri. Assalamualaikum." Eriq segera melangkah pergi. Makin lama dia disitu, makin Anis memujuk. Bimbang dia tak sampai hati nak menolak nanti.

Anis hanya mampu melihat Eriq pergi. Dia tidak berjaya nak memujuk Eriq untum bermalam di sini. Makin hari, makin susah dia nak rapat dengan Eriq. Ada saja halangannya.

"Kau ni, Anis. Benda macam tu pun tak boleh nak buat. Kau tengoklah tu. Calon suami kau pun dah tinggalkan kau. Kau ni memang cucu yang tak boleh diharap."

"Anis bukan tak cuba. Macam-macam Anis dah buat. Tapi Eriq tetap tak pandang Anis lebih daripada seorang sepupu. Dah memang tak ada jodoh Anis dengan dia kot."

"Kau yang taknak berusaha. Lepas tu kau nak cakap tak ada jodoh pula. Kau memang pemalas. Lepas tu nak menyusahkan orang."

Anis menggenggam erat jari jemarinya. Neneknya, tak habis-habis nak salahkan dia. Apa neneknya fikir dia tak penat ke nak buat semua ni?

"Kenapalah kau tak mati awal je? Hidup memang menyusahkan keluarga," sambung Makcik Hasnah lagi.

"Nenek tu pun sama! Kenapa tak mati je? Tak perlulah menyusahkan Anis untuk jaga nenek. Tak perlu Anis jadi orang bodoh nak ikut semua kemahuan nenek," bidas Anis. Dia pun ada hati. Dia juga ada perasaan. Sungguh, dihina oleh keluarga sendiri lebih sakit berbanding dihina oleh orang luar.

"Kau dah jadi kurang ajar sekarang ni. Dah pandai melawan cakap aku. Kau ikut perangai siapa ni? Perangai mak kau? Kalau ikut perangai bapa kau, tak mungkin. Anak aku tu baik je. Masa muda dia dulu, dia tak pernah melawan cakap aku."

"Tak kisahlah Anis ikut perangai siapa sekali pun. Kalau hati nenek tu busuk, mulut tak bertapis, tak ada siapa yang dapat nak bertahanlah. Nenek patut bersyukur ada anak cucu yang sudi jaga nenek. Jangan sampai Anis tinggalkan nenek dekat rumah orang tua pula."

"Eh makin melampau kau ya? Kau memang cucu tak gunalah! Biar aku bagitahu mak bapa kau yang anak dia ni tak guna."

"Bagitahulah. Mama dengan baba pun tak kisahlah dengan nenek yang asyik menyusahkan hidup keluarganya sendiri."

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now