Bab 57

2.1K 86 3
                                    

Eriq meraba ruang disebelahnya. Mata segera dicelik luas. Ruang kosong disebelah dipandang bersama kening yang berkerut. Mata meliar mencari keberadaan Kasturi. Namun, disegenap ruang bilik itu sunyi tanpa kelibat isteri. Eriq bangun dari katil. Dia tak ada niat hendak mencari Kasturi. Awal pagi macam ni, biasanya Kasturi berada didapur. Sudah menjadi rutin Kasturi akan bangun awal untuk menyediakan sarapan kepada penghuni rumah ini. Tugas mama, memang banyak diambil alih oleh Kasturi semenjak isterinya itu tinggal disini. Dia tak pernah suruh. Tetapi Kasturi melakukannya dengan rela hati.

Bilik air dituju. Dia perlu membersihkan diri sebelum menunaikan solat subuh. Jam juga menunjukkan waktu subuh hampir tamat tak lama lagi.

Setelah selesai menunaikan solat subuh, Eriq segera bersiap untuk ke pejabat. Dia ada mesyuarat pagi ni. Jadi dia perlu ke pejabat lebih awal. Saat mencapai telefonnya, dia sempat membuka satu mesej yang dihantar oleh isteri. Keningnya berkerut hairan. Kenapa pula isterinya menghantar mesej sedangkan mereka hanya tinggal serumah dan sebilik? Laju saja tangan menekan mesej tersebut. 

'Abang, maafkan saya. Saya pergi, bukan sebab saya tak sayangkan abang. Tapi saya pergi demi diri saya yang dah lama menanggung rasa sakit. Saya betul-betul ikhlas memaafkan segala kesalahan abang. Tapi saya juga perlu merawat hati saya. Doakan keselamatan saya dan anak kita sepanjang saya tiada disisi abang. Saya janji, saya akan kembali bila hati saya dah sembuh.'

Dum!

Jantung Eriq bagaikan telah gugur ke lantai. Mesej yang baru saja dibacanya membuatkan dia tersedar sesuatu. Bermakna, sejak tadi lagi memang Kasturi sudah tiada di dalam rumah ini. Jadi, Kasturi telah meninggalkannya?

"Mama!" laung Eriq kuat. Bergema rumah itu dengan jeritannya. Dia segera berlari ke tingkat bawah. Ruang makan menjadi tujuannya.

"Mama..." suara Eriq mengendur. Kakinya jadi lemah sehingga terduduk dilantai.

"Kenapa ni?" soal Puan Hanan. Terkejut dia apabila bila kaki Eriq menjadi lemah. Segera dia menghampiri anak sulungnya itu.

"Kasturi..." Eriq memeluk tubuh Puan Hanan. Dia mula menangis di dalam pelukan mamanya.

"Kenapa dengan Kasturi?" Puan Hanan menyoal risau. Ada sesuatu yang berlaku pada menantunya ke?

"Dia... Dia dah tinggalkan Eriq."

Puan Hanan telan air liur. Tak sangka Kasturi bersetuju dengan cadangannya. Dia fikir Kasturi tak jadi pergi. Patutlah sejak tadi Kasturi tidak membantunya didapur. Matanya bersatu dengan ahli keluarga yang lain. Masing-masing tidak memberi sebarang reaksi.

"Macam mana kamu tahu Kasturi dah tinggalkan kamu?"

Dengan tangan yang menggigil, Eriq hulurkan telefonnya. Dia menunjukkan mesej yang dihantar oleh Kasturi tadi.

Puan Hanan menyambut. Mesej itu dia baca dengan teliti. Sekarang dia mengerti kenapa Kasturi tetap membuat keputusan untuk pergi. Dia tak menyalahkan Kasturi. Apa yang Kasturi lakukan adalah yang terbaik buat masa sekarang. Dia sendiri juga tidak yakin anaknya telah berubah sepenuhnya.

"Kamu janganlah sedih. Kan Kasturi ada cakap dia akan kembali semula. Lambat atau cepat, dia akan pulang ke pangkuan kamu. Kamu kenalah banyakkan berdoa untuk dia," pujuk Puan Hanan. Sebagai ibu, terbit juga rasa kesian pada anak sendiri.

"Eriq berdosa dengan dia, ma. Eriq dah lukakan hati dia. Kalau Eriq tak buat perangai, mesti dia takkan tinggalkan Eriq. Eriq nak minta ampun dengan dia, mama."

"Eriq, sudahlah. Berikan dia masa. Nanti dia baliklah tu."

Eriq menyeka air matanya. Tak ada guna dia menangis dekat sini. Dia perlu mencari Kasturi. Dia harus memujuk Kasturi untuk kembali padanya.

Bahagia Yang Aku TungguWhere stories live. Discover now