watak + moodboard

247 1 0
                                    

Taufiq Nuwair

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taufiq Nuwair

Seorang pemuda berusia 24 tahun yang kini berkhidmat dalam PDRM sebagai anggota VAT 69 Commando, setelah berjaya menamatkan kursus khas di Kem Ulu Kinta, Perak. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Cita-citanya untuk menjadi seorang polis telah ditanam sejak kecil lagi. Dikenali sebagai seorang yang tegas dan garang, dia jarang berkompromi, terutama apabila haknya mula dipersoalkan. Meski begitu, di sebalik ketegasannya, terdapat kelembutan yang hanya ditunjukkannya kepada orang-orang tertentu. Dengan penampilannya yang segak, wajah tampan, dan pangkat yang disandangnya, dia sering menjadi perhatian ramai. Namun begitu, dia tetap setia menanti cinta pertamanya.
 
 
 
 
 

Aniq Lathif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aniq Lathif

Seorang pemuda berusia 24 tahun dan kini melanjutkan pelajarannya dalam Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal bersama dengan ibu bapa saudaranya sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur. Ditinggalkan oleh ibunya sejak dari kecil dan tidak pernah langsung mengenali siapakah bapanya, dia membesar tanpa kasih sayang yang sebenar dan hanya menagih simpati dan kasih daripada orang lain. Merupakan seorang yang lemah lembut dan baik hati tetapi mempunyai hati yang ketal. Namun, sikapnya yang sentiasa mendahulukan orang lain, walaupun kadang-kadang mengorbankan perasaannya sendiri, sering kali menyebabkan dia ditindas. Tidak suka bergaduh, dia lebih cenderung untuk memendam perasaan.
 


 
 
 
 

Farhan Mikael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farhan Mikael

Seorang pemuda berusia 26 tahun dari Kuala Lumpur, berasal dari keluarga yang berada. Sebagai CEO syarikat milik keluarganya dan pemilik Club Malam terkenal, Midnight Black, dia mempunyai profil yang tinggi dan disegani ramai. Dikenali sebagai seorang yang panas baran dan sentiasa mendapatkan apa yang diinginkannya, dia juga seorang buaya darat sejati. Namun, semuanya berubah apabila dia mula jatuh hati pada seorang lelaki. Pada awalnya, dia telah mengambil kesempatan terhadap lelaki tersebut, tetapi seiring berjalannya waktu, dia menyedari bahawa perasaannya tidak dapat dibendung dan dia mula mencintai dia.
 
 
 
 
 

End Note:

Hi, auhtor kat sini. First of all, thank you sebab sudi luangkan masa even sikit untuk baca story yang tak seberapa ni ^^ Ni first time ya author post kat wattpad, selama ni tak pernah pun haha. So, ni ialah buku pertama author harap korang maafkan sekiranya ada plot yang tak consistent and penggunaan Bahasa yang tak betul. One more thing, if anyone notice, author ada unpublish this story once sebab perlu edit a few minor things, the character traits and also the plot story. Tak puas hati haha. Banyak betul author yapping, sorry, kome boleh terus sambung baca 😘

Suatu Hari NantiWhere stories live. Discover now