Bab 23

141 8 0
                                    

Malam selepas majlis bersanding, Ariq dan Qasrina masuk ke dalam bilik mereka di rumah baru. Suasana agak tegang dan sunyi, dengan hanya lampu menerangi ruang. Qasrina duduk di tepi katil, kelihatan penat dan berfikir. Ariq, yang sejak awal perkahwinan penuh harapan, akhirnya memutuskan untuk memecahkan kesunyian.

"Qasrina... Aku tahu kau masih tak selesa dengan semua ini." Ariq berkata dengan lembut sambil mengambil tempat di sebelahnya.

Qasrina diam, hanya menunduk dan mengeluh perlahan.

Ariq, dengan hati-hati, mencapai tangan Qasrina, namun Qasrina menarik tangannya perlahan, memberikan isyarat bahawa dia belum bersedia. Ariq terdiam seketika, kelihatan sedikit kecewa tapi tidak terkejut. Dia menarik nafas panjang dan cuba tersenyum.

"Aku tahu kau mungkin tak nampak cinta aku sekarang... dan aku tak boleh paksa kau untuk rasa perkara yang sama. Tapi aku cuma nak kau tahu satu benda."

Qasrina akhirnya memandang Ariq, wajahnya masih kosong, namun matanya mengisyaratkan bahawa dia mendengar.

"Tak apa kalau kau tak nampak cinta aku... tapi aku tetap akan tunjuk setiap hari." kata Ariq dengan penuh ketulusan.

"Aku takkan berhenti mencuba, sebab aku sayang kau lebih dari apa yang kau boleh bayangkan." sambungnya lagi.

Suasana bilik menjadi sunyi sebentar. Qasrina terdiam sejenak, cuba memahami perasaan yang timbul dalam dirinya.

"Ariq, aku... aku tahu kau cuba. Dan aku hargai semua yang kau buat untuk aku... Tapi, aku tak boleh paksa diri aku untuk rasa apa yang kau rasa. Benda ni... bukan mudah untuk aku." jawab Qasrina.

Ariq mendengar kata-katanya dengan penuh perhatian, namun dia tetap tersenyum kecil, seolah-olah dia sudah menjangka jawapan itu.

"Aku cuma tak mahu kau buang masa dengan orang yang tak boleh balas perasaan kau, Ariq. Kau deserve lebih dari ni."

Ariq menghela nafas perlahan, masih tersenyum walaupun kata-kata Qasrina menusuk hatinya.

"Aku faham, Qasrina. Tapi macam aku cakap tadi, aku takkan berhenti tunjukkan perasaan aku. Aku tak minta kau balas cinta aku sekarang atau esok. Aku cuma minta kau beri aku peluang untuk ada di sini, di sisi kau. Walaupun kau pilih orang lain, aku tetap nak pilih kau, hari demi hari dan selamanya."

Qasrina sedikit tersentuh, walaupun hatinya masih berat dengan perasaan pada Fayyad. Dia tidak menjawab, tapi matanya mula berkaca, mungkin pertama kali dia benar-benar merasakan beratnya perasaan Ariq. Namun, dia tetap diam, hanya mengangguk sedikit sebelum berbaring, membelakangi Ariq.

Ariq tersenyum pahit melihat reaksi Qasrina, tetapi dia tahu ini bukan perjuangan yang mudah. Dia kemudian bangun, menutup lampu, dan berbaring di sebelahnya, menjaga jarak, memberi Qasrina ruang yang dia perlukan.

******

Pagi esoknya, Qasrina bangun dan sedar Ariq sudah tiada di sisinya. Dia pandang jam di telefon, sudah pukul 10 pagi. Perutnya mula berkeroncong, jadi dia terus berjalan ke dapur untuk mencari sesuatu yang boleh dimakan.

Setibanya di dapur, Qasrina terlihat tudung saji yang tertutup di atas meja. Dengan perasaan ingin tahu, dia membuka tudung saji dan mendapati hidangan sarapan sudah tersedia. Ada nasi goreng, telur mata, dan secawan teh o yang masih suam. Di sebelah pinggan itu, ada sekeping nota yang dilipat kemas. Dia mengambil nota itu dan membacanya.

'Kepada isteri tercinta Qasrina,

Sayang, saya dah cuba kejut awak masa Subuh tadi, tapi awak tak bangun. Saya rasa mungkin awak penat sangat. Saya minta maaf sebab kena balik ke Lumut tiba-tiba, ada tugas penting. Saya dah sediakan sarapan untuk awak, dan duit untuk perbelanjaan awak dah dimasukkan dalam akaun bank awak.

Untuk isteri tercinta, saya tinggalkan sarapan ni sebagai pengganti diri saya buat sementara waktu. Mungkin saya tak ada di sini, tapi setiap suapan nasi goreng tu ada rasa rindu saya untuk awak. Jaga diri, ya. Saya sentiasa ada, walaupun dari jauh.

-Daripada Ariq si suami  yang selalu rindukan isterinya Qasrina

P/S: Kalau nasi goreng ni tak cukup buat awak kenyang, jangan risau, sebab cinta saya untuk awak sentiasa cukup, dan takkan habis.'

Qasrina hampir tergelak membaca baris terakhir itu.

"Eee... cringe."

******

Qasrina sedang duduk di sofa bermain telefonnya selepas selesai makan. Tiba-tiba, telefon bergetar, menandakan ada pesanan baru.

Qasrina membuka notifikasi dan melihat nama yang tidak asing, Sofea.

Sofea:

"Hi Pengantin baru, Ariq saya macam mana?"

Qasrina hampir terlupa yang dia perlu updated kegiatan apa yang Ariq lakukan walaupun ada atau tak ada dengannya.

Qasrina:

"Aku lupa nak bagitahu. Ariq dah balik lumut. Kau buat la apa kau nak buat dekat dia"

Qasrina berbaring, memejamkan mata sambil berharap perbualan itu akan berhenti. Tetiba notifikasi dia masuk lagi.

Sofea:

Aku ada suruh orang aku pergi jumpa kau pukul 2 petang nanti dekat Serene Café. Nanti dia akan bagitahu plan seterusnya.

Qasrina hanya mengeluh dan membalas 'okay' sahaja. Dia baru saja berniat untuk berehat dan bersenang-lenang di rumah sahaja harini. 

Qasrina melihat jam di dinding. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Tanpa berlengah, Qasrina memaksa dirinya bangun dan pergi bersiap.

******

"Ariq, maaf ganggu kau yang baru nak merasai kemanisan hidup selepas berkahwin ni. Saya baru sahaja dapat arahan dari komander untuk misi baru, komander kata dia perlukan team kita jadi saya terpaksa panggil semua berkumpul." kata Tuan Syafiq yang berjalan beriringan dengan Ariq.

"Tak apa tuan. Lagipun ini memang tugas saya sebagai anggota kan?" Ariq hanya tersenyum. Apa dia boleh buat, tugas adalah nombor satu. 

___________

Okay harini kita updated 2 chapter ya^^ Terima kasih yang sudi baca dan jangan lupa vote sekali^^

Tbc

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now