Bab 38

142 10 4
                                    

Fayyad terdiam, terpaku mendengar kata-kata Ariq. Dia tidak menyangka keadaan akan jadi begitu rumit. Fayyad memandang tepat ke arah Ariq, suaranya tersekat di kerongkong. Permintaan Ariq bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijawab. Dia cuba memahami situasi yang sedang berlaku, namun kata-kata Ariq masih bergema dalam mindanya.

"Kau betul-betul serius, Ariq?" tanya Fayyad dengan nada perlahan, masih terkejut.

Ariq menunduk, kelihatan semakin berat menanggung beban yang ada.

"Aku tak tahu apa lagi nak buat, Yad... Qasrina cintakan kau. Kalau aku lepaskan dia, sekurang-kurangnya aku tahu dia ada dengan orang yang dia cinta."

Fayyad mengeluh, meletakkan tangannya di belakang kepala. Dia tahu Ariq dalam keadaan tertekan, dan kata-katanya itu bukanlah keputusan yang dibuat dengan mudah.

"Ariq, kau cintakan dia..." kata Fayyad, cuba mengingatkan sahabatnya tentang perasaannya sendiri.

"Kau sanggup tengok dia dengan orang lain? Dengan aku?"

"Aku tak sanggup Yad... Tapi daripada dia dengan orang lain, aku lebih sanggup dengan kau..." kata Ariq sambil tersenyum pahit.

"Tapi kalau kau lepaskan dia... bukan ke kau akan menyesal?"

Ariq terdiam apabila mendegar kata-kata yang dilontarkan oleh Fayyad itu. Keheningan mengisi ruang pejabat itu. Fayyad menggaru belakang kepalanya, berfikir panjang.

"Aku tak tahu apa nak cakap, Riq..." Fayyad bersuara akhirnya, suaranya berat.

"Ini bukan keputusan yang mudah, Riq. Kau suruh aku terima amanah jaga Qasrina... aku tak boleh buat macam tu. Ini antara hidup kau dengan dia. Ya, dia memang cintakan aku, itu sesuatu yang aku tak boleh kawal. Tapi satu perkara yang aku tahu, aku tak akan rampas dia daripada kau."

Ariq mendongak, wajahnya sedikit terkejut dengan kata-kata Fayyad. Ariq menarik nafas panjang, matanya mula memerah, tanda keletihan emosi yang semakin berat.

"Aku faham... aku tak suruh kau rampas dia, Fayyad. Aku cuma... aku cuma tak sanggup tengok dia menderita dengan aku."

Fayyad merapatkan badannya ke hadapan, memandang Ariq tepat di matanya.

"Ariq, kau sayangkan Qasrina, kan? Kalau betul-betul sayang, kau takkan biar dia pergi begitu saja. Aku tak tahu apa yang berlaku antara kau dengan dia, tapi yang aku tahu kau tak boleh buat keputusan ni sebab kau nak puaskan hati orang lain. Ini soal hidup kau juga."

"Aku cuma... aku cuma tak tahu macam mana lagi nak buat dia buka hati untuk aku." kata Ariq sambil menundukkan wajahnya, memikirkan kata-kata Fayyad.

"Jadi kau serah kalah?" Fayyad menyoal, nadanya sedikit tegas.

"Kau bukan jenis yang macam ni, Ariq. Kau jenis yang lawan sampai habis. Jangan bagi orang lain tentukan hidup kau, termasuk Qasrina. Lawan untuk dia, kalau kau betul-betul nak dia."

Ariq mendongak, mata mereka bertemu lagi. Kali ini, ada sedikit harapan di wajah Ariq, walaupun kabur.

"Kau rasa... masih ada peluang untuk aku?"

"Selagi kau tak lepaskan harapan, masih ada peluang. Tapi kau kena yakin dengan diri sendiri, dan jangan buat keputusan yang kau akan kesali nanti." kata Fayyad sambil mengangguk.

"Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau kena usaha. Jangan serah kalah terlalu awal. Aku boleh jadi pendengar, boleh bagi nasihat, tapi kalau kau lepaskan dia semata-mata sebab orang lain, kau sendiri yang akan derita."

Ariq terdiam seketika, merenung jauh ke arah lantai. Dia tahu kata-kata Fayyad ada benarnya, tapi di sebalik semua tekanan dan konflik, dia perlu cari jawapan untuk dirinya sendiri.

******

Amir baru bangun dari tidur dengan rambut kusut-masai dan mata separuh terbuka. Dia berjalan keluar bilik, dan terus nampak Zakwan sedang bersiap-siap dengan minyak rambut penuh gaya di depan cermin.

"Bro, kau nak pergi mana pagi-pagi dah segak ni? Nak kahwin ke?" usik Amir sambil menguap besar.

"Eh, aku dengar jiran sebelah rumah Thaqif ada perempuan cantik. Jadi tak salah kan kalau kita buat 'introduction'?" kata Zakwan dengan penuh senyuman yakin.

"Perempuan? Anak jiran sebelah? Kau ni dah desperate sangat ke sebab tak dapat tengok penyu?" kata Amir dengan muka blur.

Thaqif yang baru keluar dari dapur sambil minum air terus menyampuk.

"Kau ingat kau pakai minyak rambut tu, perempuan semua jatuh hati ke? Minyak tu pun dah surrender dengan rambut kau aku tengok."

"Kau tak faham. Rambut ni senjata aku tau, bro." kata Zakwan dengan serius sambil membetulkan rambutnya.

"Senjata atau sebab rambut tu perempuan semua kau mengorat lari? Kau cakap je, 'hai,' mesti diorang anggap kau promoter syampu jalanan." kata Amir sambil ketawa, terus segar matanya. 

"Eh, jangan jealous. Perempuan suka lelaki yang rapi." kata Zakwan sambil mencebik.

"Rapi? Bro, perempuan sekarang bukan nak tengok rambut kau. Diorang nak tengok akaun bank kau." kata Thaqif pula sambil tersenyum sinis.

"Zaman dah berubah, bro. Nak rambut cantik? Hantar salon. Nak hati diorang? Hantar e-wallet." kata Amir sambil ketawa besar.

Zakwan menggeleng sambil mengambil jaketnya.

"Korang gelaklah sekarang, tapi tengoklah nanti siapa yang ada girlfriend dulu."

"Yalah, tapi kalau kau jumpa dia dan cakap, 'Hai, saya Zakwan, promoter syampu,' confirm dia lari." balas Thaqif dengan penuh sindiran.

Zakwan buat muka serius sebelum membalas. 

"Aku akan buat ayat yang lebih puitis. Macam, 'Hai, saya Zakwan. Saya bukan promoter, tapi saya boleh jadi boyfriend awak yang terbaik!'"

Amir dan Thaqif ketawa terbahak-bahak melihat gaya Zakwan.

"Dah, jangan nak merendah-rendahkan aku. Perempuan tu pasti jatuh cinta dengan keperibadian aku!" kata Zakwan sambil berjalan keluar.

"Bolehlah, kami doakan semoga minyak rambut tu jadi 'magic potion'!" balas Thaqif sambil ketawa.

******

Ariq baru sahaja ingin meninggalkan bangunan syarikat Fayyad tiba-tiba telefonnya bergetar dengan notifikasi mesej yang masuk. Hatinya berdebar berharap itu dari Qasrina, tetapi hampa. Mesej tersebut daripada Tuan Syafiq yang menyuruhnya kembali ke Lumut secepat mungkin.

Sebelum bergerak, Ariq mengambil masa untuk menghantar mesej kepada adiknya, memaklumkan bahawa dia tidak akan pulang hari ini. Tanpa melengah, dia terus menuju ke motosikal Kawasaki Ninjanya, memakai helmet, dan menghidupkan enjin. Bunyi deruman motor itu mengisi udara ketika Ariq meninggalkan tempat tersebut, membelah jalan menuju ke arah Lumut, penuh dengan tekad untuk segera sampai.

___________

Hehe lama dah tak upload sebab busy. Ada yang rindu Ariq ke?👀

Tbc

Istana Pemberian Tuhan  [OG]Where stories live. Discover now