JEBAT tidak fokus mendengar penjelasan pekerjanya di depan. Matanya tidak berhenti memandang si isteri yang dari tidak berhenti menguap di balik purdah yang di pakai si isteri. Pabila melihat si isteri mengangkat wajah. Cepat dia mengalihkan pandangannya dan cuba fokus apa yang di terangkan oleh pekerjanya. Tetapi matanya masih gatal mahu memandang isterinya.
" Baiklah semua... Saya rasa. Cukup sampai sini dulu. Maria. Mari ikut saya." arah tegas Jebat.
Dia tak mahu teruskan lagi. Dia betul - betul tidak fokus dengan apa yang pekerjanya terangkan tadi.
Bermuncung pekerjanya yang menerangkan tadi. Tidak bestkah cadangan yang di berikan olehnya?
Arainna terus bangkit dari kedudukan. Cepat dia mengikuti langkah si suami dengan tergesa - gesa. Cepat benar langkah si suami. Letih pula dia mahu mengejar si suami. Termengah - mengah dia mengejar si suami.
" Tuan... Sabarlah!" Geram Arainna.
Jebat menyimpul senyuman dan berhentikan langkahnya. Cepat dia merubahkan wajahnya menjadi tegas dan mematikan senyuman nakalnya. Dia berkalih memandang si isteri dengan jongketn kening.
" Tuan ni jalan macam gajahlah! Langkah besar tak ubah macam gajah!" Geram Arainna.
" Selamba betul awak samakan majikan awak dengan gajah ye. Tak takut kena potong gaji ke?" Soal tegas Jebat.
Arainna menjulingkan matanya ke atas. Macam dia kesah tentang gaji. Dia datang kerana rindu si suami dan anak - anak.
" Maafkan saya, Tuan."
Jebat cuba mengawal bibirnya dari mengukirkan senyuman. Cepat dia mengawal dengan berdehem sedikit dan menutup mulutnya menggunakan tangan.
" Jom." Ajakkan Jebat membuatkan Arainna keliru.
" Eh... Nak pi mana? Meeting tuan tak habis lagi. Sepatutnya tuan habis 10.30 am. Tetapi tuan pandai - pandai je berhentikan meeting tadi. Kesian dengan pekerja tuan tadi. Terasa dorang semua nanti. Kan saya dah kata meeting tuan dari pukul 9.00 am sampai 10.30. Ni tak, baru duduk 30 minit dalam tu dah panas bontot." Bebel panjang Arainna membuatkan Jebat tersenyum kecil.
Tetapi apabila melihat sang isteri merenungnya dengan cepat dia mengawal senyumannya dari si isteri.
" Saya boskan? Jadi ada masalah ke?" Soal Jebat dengan lagaknya. Dia menyeluk kedua poketnya dan menundukkan sedikit tubuhnya dan meragamkan ketinggian seperti sang isteri. Keningnya terongket. Arainna sedikit kebelakang dan tertelan liur dengan renungan tajam si suami.
" Dah jom... Saya lapar." Ajakkan Jebat terus berlalu pergi
" Aik? Bukan baru makan ke pukul 7 tadi?" Soal Arainna pelik.
" Manalah saya tahu tetiba lapar. Cepatlah! Banyak tanya pula!" Tegas Jebat terus menyambungkan langkahnya semula.
Arainna mengeluh kasar. Teruk sangat si suami mengenakan dirinya. Apa dendam agaknya si suami dengan para pekerja. Arainna berlari masuk ke dalam lif VVIP. Dia berdiri di samping si suami. Jebat memandang isterinya dari hujung mata. Tangan di tahan dari ingin memeluk si isteri. Cepat dia menarik kembali tangannya ke sisi.
' Sabar Jebat.'
" Angkuhkan tuan ni?" Ujar Arainna tiba - tiba.
Bertaut rapat kening Jebat dengan kata - kata sang isteri. Dia memandang isterinya dengan pandangan keliru.
" Yelah... Mentang - mentang tuan bos. Tuan boleh buat sesuka hati. Buli saya sampai macam ni. Padahal tadi boleh je tuan izinkan saya naik lif tuan. Tapi sebabkan keangkuhan tuan... Tuan larang saya naik dan saya terpaksa naik tangga." Ujar Arainna suaranya mula sebak.
Jebat terdiam. Kejam sangatkah dia tadi. Tangan kanannya sudah terangkat bagi memeluk si isteri. Bagi menyatakan dia hanya bergurau. Tapi bagaimana. Dia mahu sang isteri sendiri bersedia mengaku semuanya pada dirinya. Jujur dia rindu sang isteri. Dia mahukan Arainna selalu berada dalam dakapannya. Tetapi waktu sekarang tak mengizinkannya. Dia menarik kemnbali tangannya ke sisi.
Di dalam lif itu merka mula mendiamkan diri. Jebat tidak berhenti merenung sang isteri dalam diam. Arainna pula tidak berhenti menyintl hujung tudungnya. Apabila pintu lif terbuka. Mereka melangkah keluar dari lif dan Arainna hanya mengikuti jejak suaminya dari arah belakang.
JEBAT memberhentikan keretanya di depan restorn mamak yang selalu dia datang bersama isterinya dulu. Sudah lima tahun dia tidak datang ke situ. Masih ingat lagikah Uncle itu dengan Jebat.
Arainna mengetap bibirnya menahan sebak. Ya Allah rindunya dia dengan restoran mamak itu. Arainna keluar dari perut kereta dan berlalu pergi masuk ke dalam restoran mengikuti langkah si suami. Arainna duduk berhadapan dengan si suami.
" Hui... Jebat. Banyak lama you tada mari sini. Sudah itu lima tahun tada datang. Ini bini baru ke?" Soal Uncle itu kepada Jebat dengan senyuman nakal.
" Tak adalah Uncle. Ini pembantu saya." Terang Jebat.
Arainna membalas dengan anggukkan bagi meyakinkan lelaki yang berbangsa india itu. Dia tertunduk kecewa juga dengan jawapan sang suami.
" Itu mana anak - anak. Zandra? Banyak lama tada nampak itu budak kecik? Aerine? Itu budak banyak cakap. Sudah lama tada jumpa. Hayo... Banyak rindu Uncle sama itu budak - budak." Terang lelaki berbangsa india itu kepada Jebat.
Jebat tertawa kecil.
" Sekolahlah Uncle." Balas Jebat apabila tawanya sudah reda.
" Yelah... Adik manis mahu makan apa?"
Arainna mengangkat kepalanya dan memandang ke arah orang yang menyoalnya.
" Saya nak makan mee goreng mamak." Pinta Arainna membuatkan lelaki india itu sedikit tersentak.
"Wah Banyak sama selera itu macam Nana ah..." Ujar lelaki india itu membuatkan Arainna tersentak.
Jebat tersenyum simpul.
" Ye... Memang sebiji. Kalau ada peluang. Saya nak kahwin je dengan dia Uncle." Usik Jebat.
Arainna memandang suaminya tidak percaya.
" Baiklah... Uncle pergi buat itu makanan dululah. Tunggu dululah..."
Lelaki berbangsa india itu terus berlalu pergi. Arainna masih menatap suaminya.
" Tuan nak ke kahwin dengan wanita cacat macam saya?" Soal Arainna serius.
Jebat memandang lama isterinya sebelum mengalihkan padangan. Arainna terasa dengan tindakan si suami.
' Mana dia nak Nana. Kau cacat. Siapa je nak wanita hancur macam kau.'
Arainna tertunduk kecil.
Jebat menyimpulkan senyuman di bibir merahnya.
' Siapa je yang tak nak kahwin dengan sayang. Cacat? Sayang lebih dari kata - kata sempurna. Sampai mati hati abang akan hanya memilih sayang. Sampai bila nak terus berdiam... Ungkaplah semuanya pada abang. Ceritakan semmuanya pada abang. Tak layakkah untuk abang mendengar semua luahan sayang. Abang bersyukur kerana Allah pertemukan kita semula. Terima kasih sayang kerana kembali. Abang takkan sanggup hidup tanpa sayang. Cukuplah dengan seksaan sebelum ini. Abang tak sanggup nak lalui semula. Abang bersyukur abang di lahirkan sebagai manusia dan lelaki kerana dengan nikmat ini abang dapat menghalalkan sayang yang lebih sempurna dari kata - kata SEMPURNA. Arainna Asheera.'

YOU ARE READING
FINAL - ARAINNA ASHEERA : KUASA CINTAMU 2
RomanceAMARAN‼️ 1 - THE LAST LOVE FOR US 2 - JEBAT DAZRAIN : KUASA CINTAMU 3 - ARAINNA ASHEERA: KUASA CINTAMU 2 JANGAN LOMPAT CERITA. NANTI TAK FAHAM. _______***________ " Jebat... Daddy nampak yang Mia tu sesuai sangat dengan kamu... Sampai bila nak ter...