bab 10

228 24 0
                                    

ARAINNA memulas tombol pintu bilik tidur suaminya. Dia berkerut dahi kerana Jebat masih lena di buai mimpi. Arainna membuka langkah mendekati katil suaminya. Matanya tidak berkalih dari melihat wajah kacak suamianya. Rindunya dia ingin menyentuh wajah sempurna itu.

" Tuan..." Panggil Arainna sekali saja Jebat sudah tersedar. 

Mata Jebat terbuka sekilas dan kembali tertutup dek cahaya yang menembusi  biliknya yang menyilaukan perlihatannya. Kepala yang terasa sakit di urut. Mata cua dibuka perlahan.

" Tuan bangun solat subuh tak tadi?" Soal Arainna.

Jebat membalas dengan anggukan dan menyelak selimut tebalnya. Terbuntang mata Arainna apabila tersedar suaminya hanya memakai boxer saja. Cepat Arainna mengalihkan pandangannya. Laju pula jantungnya kali ini. 

Jebat yang baru saja perasan akan pakaiannya terus tersenyum nakal. Dia bangkit dari kedudukan dengan selamba. Dia menuju ke arah Arainna bagi mengusik si isteri. Arainna berkalih melihat wajah sang suami. Tertelan liurnya melihat senyuman nakal suaminya.

" Tuan nak buat apa ni?" Soal Arainna gugup.

Jebat hanya diam dan meneruskan langkahnya. Arainna mula mengundur ke belakang sambil tekaknya tidak kering dek tidak pernah berhenti menelan liur.

"Tuan... Kalau Cik Mia nampak macam mana? Tuan... Saya bukan isteri Tuan.." Tegas Arainna dalam masa yang sama dia gugup.

" Apa salahnya kalau Mia nampak saya dengan awak? Saya  pernah dengan ceramah tau..."

' Ceramah lagi! Suami aku ni memang minat tengok ceramah gamaknya. Dari dulu lagi... Agak - agak ceramah ustaz manalah dia ambil ni.' desis akal Arainna.

" Orang lelaki di sunatkan kahwin lebih daripada satu."  Seloroh Jebat.

Arainna mengetap bibirnya di balik purdah. Kenapa lelaki bila dengar ceramah seperti itu laju saja? Tetapi bila buat sunah yang lain. Susah pula nak buat.

' Abang takkan pernah duakan sayang. Abang masih ingat lagi janji abang pada sayang. Hati abang takkan mudah - mudah untuk abang bahagikan. Hanya sayang yang ada dalam hai abang, Arainna Asheera. Luahlah semuanya pada abang sebelum semuanya terlambat.' bisik hati kecil Jebat.

Tiba - tiba tekak Jebat terasa mual. Kaki melangkah cepat masuk ke dalam bilik air. Bertaut rapat kening Arainna dengan suaminya. Kenapa tiba - tia saja? Dia yang busuk atau suaminya yang sakit? Desis akal Arainna mula risau.

Arainna mendekati suaminya di dalam bilik air. Tidak endahkan lagi boxer yang di pakai oleh suaminya saat ini.

" Tuan okey?" Soal Arainna risau.

Jebat memapah badannya di sisi  singki. Kepala di angkat memandang wajah risau isterinya di balik purdah di pantulan cermin. Seketika dia berkalih memandang isterinya di belakang.

" Mia ada kat bawah ke?" Soal Jebat.

" Err...Ye." balas Arainna.

" Hm..." Jebat berkalih.

" Tuan okey ke? Tuan tak sihat?" Soal Arainna risau.

" Saya demam. Sebab tulah saya tak ke kerja." 

" Tuan tak pergi hospital?" Soal Arainna risau.

" Tak apalah. Sikit saja." Balas Jebat.

" Mana boleh... Tuan tetap kena pergi!" Arah tegas Arainna.

" Asal awak nak risau sangat dekat saya?" Soal ebat pelik terus berkalih memandang si isteri.

" Mestilah saya risau! Ab-" Arainna terdiam.

Jebat melangkah mendekati isterinya.

Arainna tertunduk.

FINAL - ARAINNA ASHEERA : KUASA CINTAMU 2Место, где живут истории. Откройте их для себя