Series 2
Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya.
.
5 tahun berlalu dengan pantas. Setelah tumpasnya Organisasi Hitam, mereka sangka semuanya berakhir namun semuanya silap.
"Kita perlukan Red!" - K...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AYDEN regangkan badan. Mata dipejam seketika. Sudah lama dia tidak memandu sejauh ini. Marwah di sebelah sudah tertidur. Pemanduan mereka juga semakin lama semakin perlahan. Kira-kira mungkin sejam lagi mereka akan tiba di pintu gerbang C1 dan Ayden tak rasa mereka akan dapat masuk dengan mudah.
Tangan Marwah digapai lalu dielus lembut sebelum naik menemui bibirnya. Dikucup tangan itu penuh kasih. Ah kenapalah dia beri izin Marwah untuk ikuti misi ini? Jika tidak, mungkin sekarang mereka sedang bercuti sakan.
"Yang?" Tegur Marwah separa sedar.
Ayden menoleh sekilas sambil tersenyum. Dikucup sekali lagi tangan Marwah sebelum digenggam. Tangan kirinya masih memegang stereng kereta.
"Puas dah tidur?" Usik Ayden. Sesekali mata mengerling ke arah Marwah.
"Minta maaf Wais, saya ngantuk gila!" Genggaman tangan Ayden dilepaskan sebelum Marwah merangkul lengan suaminya ke dalam pelukan.
"Tak apa. Mungkin sejam lagi kita sampai pintu gerbang C1." Sambil-sambil memandu, mata Ayden melilau melihat sekeliling kawasan berpasir itu.
Sedang fokus memandu tiba-tiba sahaja ada lazer merah tepat di dahi Ayden. Tak semena Ayden menekan break kereta secara mengejut.
"Oh hell!" Jerit Ayden kuat apabila sekeliling mereka dipenuhi lazer merah.
"Wais! Jangan mencarut!" Marah Marwah yang turut panik dengan situasi mereka tiba-tiba sahaja diacu berpuluh sniper.
Tak menunggu lama, Ayden selak lengan jubahnya. Beberapa punat di jam tangan ditekan bagi menghantar isyarat. Dapat sahaja signal dari yang lain terus Ayden pecut ke depan selajunya.
"Pegang kuat-kuat Marwah!"
"Hah?!" Jerit Marwah apabila bunyi deruman enjin lebih kuat dari suara Ayden.
"Pegang kuat-kuat! Saya nak pecut gila babi ni!" Jerit Ayden sekali lagi tanpa sedar memaki. Kalut punya pasal. Tengah syok layan bini, datang pula malaun tak guna macam ni.
"Jangan mencarutlah! Saya tak suka!"
Jeritan Marwah dibiarkan sepi. Bunyi tembakan mula bergema. Pantas mata Ayden melilau memandang sekeliling. Lebih kurang lima hingga enam buah kereta mula mengejar mereka.
Tangan pantas membuka dashboard kereta. Diambil dua pucuk pistol. Mata memandang Marwah.
"You decide." Ringkas sahaja arahan Ayden buat Marwah mengeluh.
"Sinilah!" Dirampas kedua pucuk pistol di tangan Ayden. Tingkap dibuka. Tak menunggu lama Marwah keluarkan separuh badan.
Bang!
Bang!
Bang!
Tumpas tiga buah kereta yang mengikuti mereka. Sisanya tinggal tiga lagi. Marwah masuk ke dalam semula lalu tingkap ditutup.
"Lagi tiga?" Soal Ayden sambil memandang Marwah yang mula santai di sebelah.
Marwah menunjuk ke arah cermin side mirror. Zara dan yang lain turut mengeluarkan separuh badan mereka dan berbalas tembakan.
"Faham?" Soalan Ayden dibalas semula dengan soalan.
Sebaik sahaja mata memandang ketiga sisa kereta tadi terbalik di belakang, Ayden lorek senyuman. Rancak. Jadi nampaknya kena tukar plan memandangkan South Houth sudah tahu kehadiran mereka. Punat jam ditekan.
"Tak ada tempat yang selamat dah sekarang. Tak guna kita menyamar sebab mereka dah tahu kehadiran kita." Usai itu punat jam dilepaskan. Itu komunikasi pertama mereka. Secara tidak langsung menghantar isyarat bahawa mereka sudah tiba dan bersedia menghadap Khalid.
Serentak itu kesemua jam tangan yang lain berbunyi menerima informasi dari Ayden. Farhad hanya mengukir senyuman begitu juga yang lain. Masa main-main sudah tamat ya?
"Macam ni baru syok!" Suara Farhad bergema pada jam Ayden dan yang lain.
"Dah boleh buka tak jubah ni?" Muncul suara Salman buat gelakan mereka bersatu.
"Buka jelah, nama je Salman. Perangai macam Salmon, menggeliat bila kena pakai jubah. Ibarat tak dapat air!" Balas Marwah.
Waktu mula-mula kena pakai jubah, Salman lah orang paling lembap. Terkial-kial nak pakai. Tak tahulah nak cakap apa. Doakan yang baik-baik. Perangai pun bukan baik mana.
"Kita tak boleh masuk gerbang C1. Aku ada jalan lain." Beritahu Ayden. Hanya dia dan Marwah sahaja tahu tempatnya dimana.
"Pastikan jauh dari ancaman South Houth."
Suara Kapten Hanif dibiar tanpa balasan. Kalau mereka tahu apa yang ada di tempat itu, pasti mereka akan tolak cadangannya. Jadi Ayden diam sahaja tidak membalas. Marwah hanya mengerling. Punat jam ditekan mematikan alat komunikasi.
"Awak pasti nak bawa mereka?"
"Kita perlukan rehat. Lambat laun mereka akan tahu juga. Jadi tak salah pun kalau kita adakan sesi reunion kan?"
"Lagi pun saya rasa itu je tempat selamat yang kita ada. Tempat healing kita."
Marwah putarkan anak mata. Yang selalu healing tu Ayden! Dia ni healing layan anak-anak aje selalu.
"Ingat Wais, apa-apa jadi saya tak nak bertanggungjawab. Awak menjawablah sendiri dengan mereka nanti."
"Okey nanti diam je. Kalau awak cakap, saya ciu..."
"Wais! Kita baru je lepas kena serang!" Meninggi suara Marwah menolak wajah Ayden yang tiba-tiba sahaja mendekat.
Lupa. Ayden mana pernah serius. Kerana lelaki itu sentiasa melangkah ke depan lebih dari yang lain. Ayden tahu apa yang perlu dan tidak perlu. Dan Ayden ada rancangannya sendiri. Hanya dia yang tahu.
"Saya tak akan mati." Ucap Ayden tiba-tiba. Mata melirik ke arah Marwah.
Lantas stereng dipusing sebelum memasuki sebuah terowong. Tempat rahsia mereka. Tempat pertama yang mereka diami sebaik sahaja melarikan diri.
Bukan berdua.
Mereka tak larikan diri berdua tetapi,
***
TBC | 26 FEB 2025
Doakan jelah saya kekal istiqomah menulis walaupun entah apa-apa. Fiksi kan!