PART 3 (edited)

9.4K 517 10
                                    

Tiba-Tiba

"Woi! Kau orang buat apa tu?! Tolong jangan buat perkara tak elok depan mata aku!" jerit suara yang amat dikenali Syirae.

Syirae yang sedar posisinya sekarang terus berdiri manakala Taehyung mengeluh. Kacau line lah! Baru nak syok Syirae rapat dengannya.

"Yah! Apa yang kau merepek ni Jungkook?" tanya Syirae dengan nada geram. Ada ke dia kata Syirae buat benda tak elok..

"Yah! Kau tak hormat aku sebagai abang kau! Aku bagitahu om.." kata- kata Jungkook terhenti apabila dia ternampak Taehyung berdiri tidak jauh dari Syirae.

"Yah! Kim Taehyung tu kau ke? Lama eh tak jumpa kau! Kau nampak handsome lah sekarang tapi tak boleh kalah kan aku lagi! Hahhaha!" kata Jungkook sambil ketawa terbahak-bahak lalu berlari kearah cousin nya untuk dipeluk.

"Biarkan dia. Tak ada siapa nak puji dia biar dia puji diri sendiri." kata Syirae kepada Taehyung.

"Jungkook aku memang tahu aku handsome dari dulu lagi. Kau jangan nak perasan sangat lah. Kau tu bukan handsome tapi comel!" kata Taehyung sambil mencubit pipi Jungkook.

"Sakitlah!" marah Jungkook menepis tangan Taehyung tetapi Taehyung masih lagi tak nak mengalah nak cubit pipi Jungkook.

"Omma! Auntie Kim! Ada dua orang ni bergaduh!" panggil Syirae kepada wanita itu.

"Apa yang kecoh- kecoh ni?" tanya Puan Kim sambil mengerutkan keningnya.

"Ni hah dia dua orang bergaduh. Bising saja." adu Syirae. Aku nak tengok dia dua orang kena marah biar padan muka! Muahaha!

"Mana ada omma. Jungkook dengan Taehyung gurau- gurau saja. Syirae tu yang selalu nak serius memanjang." adu Jungkook kepada ommanya.

"Syirae jangan nak serius sangat takut lama- lama lagi nampak tua dari omma." kata Puan Jeon kepada Syirae. Tahu sangat akan perangai anak perempuannya itu.

"Betul omma. Ni pun dah nampak tua sikit." balas Jungkook saja mahu menyakat adik kembarnya itu.

"Kau senyap lah Jungkook!" marah Syirae lalu memberikan pandangan tajam kearah Jungkook.

"Syirae dah berapa kali omma pesan suruh panggil Jungkook tu oppa."

"Omma! Dia awal 5 minit saja kenapa Syirae kena panggil dia oppa?! Geli lah." rungut Syirae dengan riak muka geli.

"Omma tak kira. Sekarang ni minta maaf dekat oppa kamu dengan Taehyung."

"Taehyung, Jungkook aku minta maaf." ujar Syirae sambil memandang ke bawah.

"Okay." balas Taehyung tersenyum manakala lain pula bagi Jungkook.

"Aku tak nak maafkan kau selagi kau tak panggil aku Jungkook oppa." kata Jungkook lalu tersenyum sinis kepada kembarnya.

"Jungkook kau ni-" darah Syirae sudah mula mengelegak dengan abang kembarnya itu.

"Jeon Syirae." panggil Puan Jeon memberikan amaran kepada Syirae.

"Minta maaf Jungkook o- o- oppa." tergagap- gagap Syirae mahu mengeluarkan perkataan itu.

"Aku nak muntah." kata Jungkook membuat sambil membuat riak mahu muntah.

"Kau ingat kau seorang saja yang nak muntah?!" marah Syirae.

Aku kalau tumbuk muka dia ni jadi isu pula nanti. Monolog hati kecil Syirae.

"Omma, auntie Kim ni Syirae naik dulu lah. Nak mandi lepastu ada homework lagi." ujar Syirae lalu naik ke atas ke biliknya.

"Merajuk lah tu." kata Jungkook lalu sambung berborak dengan Taehyung manakala fikiran Taehyung penuh dengan pasal Syirae saja.

Apa yang kau buat dekat aku Syirae? monolog Taehyung

Puan Jeon hanya mengeleng kepala tidak faham dengan perangai anak perempuannya itu. Puan Kim pula hanya tersenyum melihat telatah Syirae.

Siap edit so stay tuned and stay safe😚💜

THAT MR.BYUNTAE IS MY HUSBAND! || Kim Taehyung (BTS) ImagineWhere stories live. Discover now