PART 7 (edited)

9.3K 365 12
                                    

Pagi tiba dan Syirae sudah bersiap- siap untuk ke sekolah. Siap sarapan Syirae meninggalkan saraapn untuk Taehyung makan. Tepat jam 6.30 pagi Syirae mengayuh basikal kesekolahnya lebih kurang 15 minit kalau naik basikal.

Jam 7.30 pagi Syirae sudah terpacak di depan pintu pagar sekolah sambil mencatat nama pelajar yang datang lewat. Sambil itu juga Syirae menunggu kelibat seseorang.

Mana dia ni?  Tak bangun lagi ke? Teruk sangat ke eh aku buat dia semalam? Hmm.

Macam biasa juga Jungkook dan rakan- rakan nya selalu lewat kesekolah dan sering memberikan alasan yang tidak logik dek akal dan kadang- kadang alasan yang sama.

"Kim Seokjin 5A1 alasan alarm tak ada bateri. Kim Namjoon 5A1 alasan pagi baru nak iron baju."

"Min Yoongi 5A1 tak sedar dah lambat. Jung Hoseok 5A1 alasan tunggu Namjoon dengan Seokjin habis gaduh."

"Park Jimin 5A2 alasan sakit perut. Jeon Jungkook 5A2 alasan tak jumpa baju sekolah.  Alasan yang sama kan macam semalam? Tak apa aku dah tuliskan." ujar Syirae selepas habis mencatat nama, kelas dan alasan mereka.

Mereka memandang Syirae dengan pandangan tidak percaya.

"Apa? Aku dah predict dah alasan korang ni. Setiap hari alasan sama." kata Syirae lalu meolak mereka berenam ketepi dan mencatat nama pelajar lain yang berada dibelakang mereka.

"Syirae mana Taehyung?" tanya Namjoon apabila melihat Syirae berjalan ke tempat di mana Syirae meletakkan botol airnya.

"Haah lah Taehyung mana? Dia tak datang saing kau ke Syirae?" tanya Seokjin pula.

"Kenapa pula dia nak datang saing Syirae?" tanya Jimin pula seakan akan tidak ingat.

"Apa kau ni? Dah lupa ke majlis minggu lepas?" balas Hoseok kepada Jimin.

"Makan apa entah baru semalam dah tak ingat." kata Yoongi memandang Jimin tajam.

"Ouh majlis kah-" lima tangan menutup mulut Jimin sebelum Jimin sempat menghabiskan ayatnya.

"SHHHHH!!! Memang nak cakap bagi satu sekolah dengar eh?! Tanya saja lah perlahan- lahan!" marah Syirae selepas mengalihkan badannya kebelakang menghadap mereka berenam.

"Maaf." ucap mereka berenam lalu menunduk tidak mahu melihat muka bengis Syirae.

"Aku tak tahu lah dia pergi sekolah ke tidak. Kau orang jalan masuk kelas dulu. Lagi lambat lagi kena kelas tahanan." beritahu Syirae kepada mereka.

Mereka mengangguk tanda faham dan berjalan pergi ke kelas masing- masing kecuali Jungkook.

"Macam mana Syirae malam tadi? Best tak?" tanya Jungkook kepada adik kembarnya itu lalu memberikan senyuman sinis.

"Sibuk lah kau."

"Aik aku tanya saja."

"Jangan tanya lah."

"Iyalah. Jadi mana Taehyung? Kenapa kau tinggalkan dia?"

"Dia bangun lambat aku pergi lah sekolah dulu."

"Ap-"

"Aku dekat sini!" jerit seseorang dari belakang mereka berdua.

"Kim Taehyung! Woii asal muka kau lebam- lebam ni? Kau gaduh dengan siapa?" tanya Jungkook kelihatan agak cemas. Iyalah mana tahu Taehyung kena belasah dengan budak sekolah lain ke.

"Mana ada gaduh." jawab Taehyung lalu menunduk kepalanya.

"Syirae kau buat apa dekat dia?" tanya Jungkook. Kalau tak kena dengan orang lain orang kedua yang dia syak ialah adik kembarnya.

THAT MR.BYUNTAE IS MY HUSBAND! || Kim Taehyung (BTS) ImagineWhere stories live. Discover now